Wednesday, October 7, 2015

Istanbul Trip #8 :Hagia Sophea antara Masjid dan Gereja

Salam. Ok sambung Part 8 pula. Boleh baca Part 7 dulu kalau anda belum baca.:) Ok disebabkan belajar dari kesilapan akibat tak memakai winter boot (kaki jadi pedih dan sakit ya amat), saya sempat shopping 1 kasut winter di Istanbul. Kebetulan memang ada jual kat lorong pejalan kaki bawah tanah tempat kami lalu untuk naik tren ke hotel. Apa lagi terus rembat sepasang. Lega rasanya dapat pakai winter boot. Yang paling best kalis air dan memanaskan kaki dari dalam. Baru syok nak jenjalan!

Jom jalan!

Bangun je pagi jenguk kat tingkap, MasyaAllah tebalnya salji yang melitupi bumbung-bumbung bangunan. Ni saya snap dari tingkap bilik kami. Perhatikan berapa tebal salji di tepi tingkap kami ni. Betapa bersyukurnya saya dapat menikmati pemandangan sebegini.

Sampai di Sultanahmed.. Disebabkan kami sampai agak awal di kawasan ni, salji dari malam tadi masih fresh tak terusik. Apa lagi kami posing sepuas yang mungkin sementara salji masih fresh!

Wefie jangan dilupakan...

SubhanaAllah... Indahnya Masjid Biru tatkala dilitupi salji. Rasa nak menangis! T_T Cantik sangat-sangat... Takkan jumpa di mana-mana negara Islam melainkan di Istanbul, Turki... Ohsem sangat!


Seterusnya kami dibawa melawat ke Muzium Hagia Sophea. Apa yang menariknya muzium ni merupakan bekas gereja dan masjid! Pelik kan?;)

Pada asalnya memang Hagia Sophea ni Masjid. Dibina sebagai hadiah semasa Islam memenangi penaklukan Kota Istanbul. Tetapi dirampas oleh orang Kristian dan menjadikannya sebagai gereja. 

Tak lama lepas tu Islam kembali berkembang dan tempat ini ingin dijadikan sebagai Masjid semula. Tetapi mendapat tentangan dari pelbagai pihak dan perkara ni masih dibincangkan di peringkat kerajaan Turki. So wat masa sekarang ianya dibuat sebagai Muzium. 


Kelihatan tulisan Allah & Muhammad tapi dalam masa yang sama ukiran dan lukisan berdasarkan agama Kristian masih dikekalkan.

Kalau di Malaysia masuk tempat camni comfirm dicop jatuh Akidah. Mana mazhab la dorang pakai. Bila masuk sini baru saya tahu oh gini rupanya gereja. At least ada ilmu supaya akan datang kita sebagai orang Islam tak diperbodohkan bila masuk ke mana-mana tempat pun.

Walaupun dah beratus tahun tetapi bangunan ini tetap utuh. 


Kami sangat mengagumi bagaimana Hagia Sophea ini dibina sedangkan bongkah-bongkah batu yang digunakan sangat besar dan berat. Tiang-tiang yang kukuh dan tinggi didirikan. MasyaAllah hebatnya orang dahulu kala... 

Sempat melalui lorong-lorong yang dibina untuk ke tingkat seterusnya..

Sekali imbas mengingatkan saya kepada filem Harry Potter atau Lord of the Rings. Seperti memasuki istana zaman dahulu kala. If nak wat shooting filem memang sesuai sangat tempat ni.

Allah Tuhanku, Muhammad pesuruh Allah...

Part 9 telah menyusul...


Misya : Islam di hatiku.

Istanbul Trip #7 : Melawat Miniaturk dalam salji tebal...

 Salam.. Fuh punya lama tinggal baru nak sambung kisah trip saya ke Istanbul. Sape belum baca Part 6 dan sebelum-sebelumnya silalah singgah.=) Ni sambung Part 7 pula. Haiyaa tak tahu sampai part berapa baru setel. hehehe.. Selepas melawat Muzium Panorama dalam Part 5, kami dibawa pula ke Miniaturk- sebuah tempat mempamerkan replika senibina ajaib seluruh dunia dalam bentuk mini. Contohnya Taj Mahal, Tembok Besar Cina.. Kira kalau datang sini ibarat macam dah gi seluruh dunia la gitu. Huhu..

Kami dibawa ke tempat ini dengan menaiki bas. Sebab ianya berada di seberang Turki belah Asia. Train tak sampai ke sini so kena naik bas.


Sepanjang menunggu bas, salji kejap turun kejap reda.. Macam biskut Chipsmore! Kejap ada kejap takde. huhu

Sampai-sampai je SubhanaAllah cantiknya pemandangan kat sini... Serba putih! Feeling macam cite frozen dah masa ni. Let it go.... Let it go....=P

Tak ramai pengunjung yang datang. Almaklum bila salji turun mostly orang duduk dalam rumah je banding keluar rumah. Kami je excited nak feel salji.

Its real!! Habis kereta dilitupi salji. Kalau salji tu keras jenuh juga nak bersihkan.

Kawasan letak kereta Miniaturk..

Peta Miniaturk.. Boleh plan nak tengok replika apa dulu sebelum masuk.

Tiket lebih kurang 5 TurkiLira (RM12.50). Murah kan?

Masa ni saya dah start kesejukan terutama part kaki sebab saya tak pakai kasut tebal/winter boot! Menyesal tak bawa sekali dari Malaysia. 

Gagahkan jua snap gambar walaupun kaki dah sakit sangat masa ni. Bayangkan kasut dah basah dek ais. Tambah cuaca 1-2 degree celcius masa tu, kaki dah kebas macam tak rasa apa. Pedih mencucuk-cucuk!=(

Husband saya nasib bek pakai sport shoes agak tebal so dia teruskan perjalanan. Saya just menanti dari dalam bangunan-lepak di cafe.


Antara replika bangunan terkenal di seluruh dunia dipaparkan di sini. Macam permainan Lego pun ada.










So ini antara Miniature yang dipamerkan di sini. Actually banyak lagi tapi kalau buh sume dalam ni jadi panjang berjela entri saya kali ni. hehe..

Lunch time! Alhamdulillah dapat juga makan nasi.. Kat Miniaturk ni ada disediakan cafe dan kedai souvenirs. Kalau nak panaskan badan boleh relax dulu di sini. 

Ayam Masala ni sedap!

Turki Tea.. Antara minuman special di Turki. Wajib try kalau datang sini. Gelas comel dan kecil ni pun dah cukup untuk warga Turki menikmati teh yang enak.

Puas jalan-jalan kami sempat menikmati keindahan salji yang turun. Orang lain semua lari bila salji turun, kami sangat excited bila salji turun. [Jakun!]

Sejuk tahap gaban bila salji turun siap dengan angin sekali, perghhhh memang menggeletar!!!^^


Plan asal nak naik kereta kabel melihat keindahan bandar Istanbul tapi disebabkan cuaca yang bersalji tebal maka hasrat dibatalkan. Lagipun memang servis kereta kabel ditutup bila salji tebal turun.

Nampak kereta kabel tu? Salji semakin lebat menyimbahi bumi Istanbul. Kami pun dah tak larat sebab cuaca kian sejuk, so pulang saja ke hotel..

Next Part 8! =)


Misya : Salji adalah titisan hujan dalam bentuk ais.

Enjoy menggosok dengan SteamQ Iron!

Salam semua.. Huhu syoknyer nak gosok baju since ada SteamQ Iron yang saya beli dari GoShop ni. Memang enjoy la sebab dah tak melekat-lekat dah bila menggosok. Iron saya sebelum ni pantang terlebih panas sikit je habis melekat lalu berlubang baju saya!=( 1st time saya n husband tengok Iron SteamQ ni kat channel GoShop terus husband saya kata, ok Yang kita beli 1!. hehe.. Disebabkan husband sendiri pun memang jenis ringan tulang menggosok baju so dia pun turut feel apa masalah saya time menggosok baju especially part terlekat-lekat tu. Dengan harga RM199.00 saya pun dail no.fon GoShop untuk order. Dalam masa beberapa hari dah sampai...

Ginila rupanya SteamQ Iron tu.. Comel je.. Plus sangat ringan. Tak berat macam iron biasa. Kat facebook saya ada jumpa orang jual tapi tak berani nak beli sebab benda murah sangat... comfirm tak terjamin dari segi kualiti dan keselamatan. Buatnya meletup takde waranti, adoii... Biar mahal sedikit janji selamat dan berkualiti.

Dah nama pun SteamQ so, air adalah benda utama kena ada sebelum kerja menggosok dijalankan. Isi air hingga paras MAX (tulisan kelabu kecil)  tu then baru on power.

If anda betul-betul nak totally menggunakan stim semasa menggosok, laraskan hingga MAX so sepanjang masa air akan dipanaskan dan ready untuk menggosok pakaian. Dont worry dari segi safety sebab anda boleh letak cover plastik di bawah besi pemanas. Jadi tak risaula if ada anak kecil terpegang ke kan. Walau ada cover plastik tetap kerja menggosok berjalan dengan lancar.

Setiap kali gosok, saya akan picit punat kecil di bawah lengan Steam! Iron ni untuk mengeluarkan stim. Compare dengan iron stim yang lain, butiran SteamQ lebih halus dan menghasilkan pancutan stim yang lebih jau-meresap lebih cepat ke dalam fabrik. Dats why pakaian kita yang renyuk tu cepat giler dia ratakan. Sambil hanger baju pun kita still boleh menggosok.

Jadi, inilah gadget terbaru yang memudahkan kerja rumah saya dan suami. Biasa nak gosok sehelai kemeja ambil masa 2-3 minit tapi dengan SteamQ iron ni tak sampai seminit dah siap. So tak bazir masa nak hadap ironing board lama-lama. Banyak kerja lain boleh dilakukan.

 Nak bawa travel pun senang sebab dia ringan dan kecil saja. Cuma kelemahannya dia still kena guna elektrik. Tapi okla sebab kerja menggosok lebih cepat selesai jadi menjimatkan elektrik juga. Oh ya, selain menggosok, uols leh guna untuk spray carpet, winter coat, kasut, langsir, teddy bear or apa sahaja untuk mensterilkan benda-benda tersebut daripada kuman. Macam saya inform tadi stim yang dihasilkan sangat powerful. Kuman kalau terkena stim yang panas comfirm mati. Jadi memang berbaloila kalau beli 1 untuk setiap rumah.

 Info lanjut : http://www.goshop.com.my/


Misya : Bukan dealer Go Shop.

A Street Cat Named Bob || Mana nak cari?

Salam semua.. Aduhai sejak ternampak kisah seekor kucing yang menakjubkan bernama Bob ini dibukukan, saya terus memasang impian nak miliki buku ini juga. Merata-rata saya cari tapi tak berjumpa. Ada kedai yang jual tapi habis pula. Sedih pun ada. Saya teringin gilerrr nak baca kisah penyanyi jalanan, James Bowen dengan kucing jalanan yang ditemuinya lalu membawa tuah kepada kehidupan James Bowen sendiri. "A Street Cat Named Bob". Apa yang wat saya excited sangat nak baca sebab kucing oren memang feveret saya. Pergi mana-mana pun kucing oren tetap jadi tumpuan 1st saya. Walau ada banyak lagi kucing spesis yang gebu-gebas, orange cat still in my heart. hehe.. Dats why saya teruja nak baca kisah si Bob ni. Hope saya dapat cari buku ni. Puas ke MPH, Popular, Kinokuniya semua tak jumpa! Nak beli online, mak aihh harganya berkali ganda termasuk kos shipping. Almaklum buku ni dari oversea. Setelah survey-survey saya dapat tahu buku ni dijual di mana. Minta tolong incik husband belikan sebab kedainya di KL. Dalam 3-4 hari ni hope dapatlah saya miliki Bob si kucing jalanan pujaan ramai ini!!^^

Melihat wajah Bob ni je wat saya rasa geram! Oh lagilah wat saya teringat-ingat buku ni. Mana nak cari??

Tengok tu aksi dia! Sangat bijak...! Orang datang sedekah kat James Bowen sebab teruja melihat aksi si Bob ni.

Amboi.. Dah fofular ya Bob! Sejak buku ni dipasarkan, ianya menjadi No.1 Best Seller sekaligus mengubah kehidupan James Bowen dari seorang penyanyi jalanan kini popular sebagai penulis buku.

Sangat setia menemani tuannya.. Kalaulah saya dapat jumpa Bob ni, boleh tak saya nak peluk dia? Geramnyer.... Gemuk!
Terbaru dari James Bowen.. Lagi kisah Bob dibukukan. Wah makin femes la Bob ya! Kucing lain jangan jeles...! Hehe...


Misya : Dulu kaki novel, sekarang minat buku motivasi, agama dan travelling.

Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...