Wednesday, December 21, 2011

Peringkat akhir undian (Top 8).. Cepat undi saya sebelum terlambat!!

Hello semua!=) Ingat lagi contest Next Al Shawl Icon dalam facebook tu? Huhu takpe, boleh refer ENTRI INI. Keputusan dah keluar? Belum lagi.. Tapi nak dikhabarkan bahawa saya terpilih dalam Top 8 Finalis!! Syukur Alhamdulillah..


Untuk finalis, proses undian kedua diteruskan. So, i need your help once again untuk teruskan menge"like" gambar saya! huhu.. 50% markah datang dari undian anda manakala 50% lagi daripada juri.. Hopefully ada rezeki saya nak berkolaborasi dengan Al Shawl dan juga Pwince Harry Photography.. UNDILAH SAYA!

Caranya... (Log in facebook dulu k)

First...... LIKE page Pwince Harry Photography

Second....LIKE my photo HERE (like above)

Dah like? Ok thank you so much! Yang telah mengundi bagi pusingan pertama diucapkan berbanyak terima kasih. Sudi-sudilah mengundi untuk kali kedua ya.;) And diingatkan tarikh tutup undian kedua ni adalah pada 28 Disember 2011!! So, jangan tunggu-tunggu lagi ok!=_+

Kalau nak shopping shawl cantik-cantik macam kat gambar bawah ni, usha-usha lah page Al Shawl ok!=)




Cik Misya : Walaupun penat promote undian, cabaran harus diteruskan! Chaiyok!

Saturday, December 17, 2011

Special entry for my friends... Selamat Bertunang & Selamat Pengantin Baru!!

Kali ni entri nak story tentang kisah-kisah bahagia kawan-kawan ku yang dah bertunang dan berkahwin. Dukacitanya aku tak dapat hadir majlis dorang kerana ada beberapa kekangan yang tak dapat dielakkan. Aku mohon maaf sebab tak dapat hadir di hari bersejarah korang semua. So, aku abadikan kenangan majlis korang dalam blog aku ni. huhu.. Aku mohon izin share ya gambar-gambar korang..


10th December 2011 :: Pertunangan my ex-coursemate Yana.. With her beloved guy Ahmad Afiq..

 
12nd November 2011 :: Wedding of Izzati & Faizul Izwan.. Owner of Butik IzwanIzzati Pretty Collections..

 
26th November 2011 :: Wedding of Faiz-Photographer (Scream Faith) & Hazel Faith.. 

 
3rd December 2011 :: Wedding of my officemate Ameer with his beloved girl Putry Qyra...

11st December 2011 :: Wedding of my officemate Syahnaz with her beloved guy Hasanol Adili...


10th December 2011 :: Wedding of my ex-coursemate Azura with her beloved guy Nor Muhamad

3rd December 2011 :: Engagement of my ex-schoolmate Nurul Fahana with her beloved guy...

 
23rd October 2011 :: Engegement of my ex-coursemate Husna with her beloved guy Mohd Said (Both of them sama-sama study matriks with me dulu)

11st November 2011 :: Wedding of Shahirah Al-Shahab with her beloved guy Nasir.. (Aku & Shera pernah join bengkel make-up Studio Mediakreatif sama-sama)

19th November 2011 :: Wedding of Norazrina Neyna with her beloved guy Rosmaini Abd. Talib.. (Nina and me sama-sama menari untuk kelab ASKOPUTRA)

 
3rd December 2011 :: Wedding of my ex-coursemates + ex-officemate Hidayatun & Zaid...

and the last....

Only this wedding je yang aku sempat hadir bersama incik abang aku sebab pengantin lelakinya ex-officemate incik abang aku..

30th October 2011 :: Wedding of Shuk with his beloved girl Noora Idris... (Shuk & me sama-sama kolej matriks)

Untuk semua teman-teman di atas, ku ucapkan Selamat Berbahagia di samping insan yang tersayang selama-lamanya. Amin....=) Maaf sangat-sangat tak dapat hadir tapi tak bermakna aku lupakan korang. Harap entri dapat menggembirakan korang semua.. Doakan untuk aku juga ya.. Friends are forever...^_^



Cik Misya : Hujung-hujung tahun ni memang ramai buat majlis. Buat duitlah mak andam dan photographer. huhu..

Alkisah Cik Misya dapat bunga dari si dia...

Yippie! Hehe.. Hari tu aku dapat bunga dari insan tersayang. Siapa lagi kalau bukan dari my Mr. J! Thank you so much laling. huhu.. Dah lama dah aku dapat bunga ni cuma tak sempat nak share ngan kawan-kawan semua. Gedik je kan? huahua.. Sharing benda yang menggembirakan, apa salahnya kan? 

Bunga ros.. my favourite!! Like it so much..!

Ramai kata senyuman kami sama... Si tembam! Hehe.. [Kenangan masa shoot ngan KrulMatric Photography]


Rasa cam bidadari plak dapat bunga...@_@


Kebetulan Mr. J ke Cameron Highland then singgah rumah aku semata-mata nak hantar bunga.. huhu...



Cik Misya : Wangian bunga ros sangat menusuk kalbu...^^

Speechless Saturday...

Apa nak tulis ek?? Erm actually dalam kepala banyak idea nak tulis tapi tak tahu mula dari mana. Huhu.. Bila dah banyak sangat fikir dalam kepala otak, dah bercampur-baur terus hilang dah idea tu. Em ada tips tak camne nak susun idea bila menulis entri? 


Aku berblogging ni bukan sepenuh masa. Bila rasa mood nak menulis datang, baru aku terjah blog ni. Bukan apa, it takes more time to update something compare dengan update status dalam facebook. Hehe.. Rasa MALAS pun ada. huhu. Yang mana memang 24 hours ngadap PC okla kot. Sampai leh generate income dan jadi kaya-raya. Syabas! Aku masih belum mahu sampai ke tahap itu. Cukuplah dapat menambah kenalan dalam alam siber ni. 

Tengokla ni, entri merepek apa aku tulis ni. Huhu.. Okla, takde mood nak tulis panjang-panjang. Mahu siapkan kerja lain yang lebih penting. See you again. Papai..


Cik Misya : Speechless Saturday..:p

Tuesday, December 13, 2011

Pencarian Model DJC - DECEMBER 2011

Salam semua? Apa khabar? Lama dah ye rasanya aku tak update entri. Ok just want to invite you all vote for me in this new contest. Like usual, just like my picture.:) Tapi yang ni korang kena add friend dulu dengan penganjur then baru like korang dikira sebagai valid. Kalau sudi VOTE FOR ME ok!^^

Pencarian Model DJC - DECEMBER 2011


Contest bulanan ni dianjurkan oleh Butik Dlia Jane Collection. Kalau anda nak join pun boleh. 
Ok jom undi saya sekarang sehingga 3 Januari 2011!!

Dah log in facebook? 
Now go to the profile Dlia Jane Butik.. Please ADD FRIEND with her..
Done?
Then, go to my picture by clicking HERE.. Please click LIKE...
::Photo by Butik Mama::

Easy right? 

Thank you so much for lending me your hand. huhu.. Doakan saya berjaya ya..:)

Kalau nak shopping baju-baju kurung moden yang sangat cantik dan gojes, boleh tengok page Dlia Jane Collection di facebook atau website http://www.dliajane.com.my





Cik Misya : Hopefully ada rezeki terpilih. Kalau takde rezeki, cuba untuk bulan-bulan seterusnya pulak. hehe..

Wednesday, December 7, 2011

Gigi lain yang dicabut, gigi bongsu pulak yang sakit!!

Aduhai.. Dah kat 4 hari aku menderita sakit gigi. Sangat menyiksakan! Macam-macam jenis ubat penahan sakit aku makan. Actually semalam aku dah cabut sebatang lagi gigi bagi memberi ruang kepada braces untuk merapatkan gigi-gigi yang masih belum rapat. Yang menyakitkan adalah bukan kesan cabutan tu tapi gigi bongsu aku! 

Huaarghh rasa nak menangis je! Dahlah yang bekas cabutan tu still bleeding sikit. Makan panadol kuranglah sakitnya dan Alhamdulillah hari ni dah tak sakit. Cuma rasa ngilu-ngilu dan tak berani aku nak usik! Horror! Huhu..


Yang gigi dah cabut tu ok lah. Yang menjadi masalahnya gigi bongsu yang baru tumbuh separuh dan senget tu! Aku terpaksa makan menggunakan bahagian gigi bongsu tu. Bertambah-tambahlah sakit!! Gusinya pun dah bengkak. Berdenyut-denyut! Tapi aku bertahan jua... Gigi bongsu ni tak boleh dicabut sebab doktor braces aku nak gunakan gigi tu. Katanya dia akan tegakkan gigi bongsu tu, then bolehlah digunakan sebagai geraham yang baru untuk tarik gigi bawah. Agak complicated! huhu. 

Aku rasa gigi bongsu aku berada dalam keduduakan Distoangular.. Dia nak keluar semua tapi tak boleh sebab gusi menghalang.. Nanti doktor pacak besi untuk tarik bagi tegak. 

Aku harap gigi bongsu ni cepatlah sembuh. Sebab dia sakit adalah kerana dia nak tumbuh tapi terpaksa mengoyakkan gusi yang menghalang. Takut tak? huhu.. Tapi sebenarnya sakit dia sedap. Kadang-kadang saja je aku tekan-tekan bagi lagi sakit. Huahua.. ;p Tapi sesetengah orang, leh jadi sampai demam. Nasib baik aku ok lagi. 


Cik Misya : Setahun lagi perlu memakai braces.. Ngeee...

Saturday, December 3, 2011

Bagaimana saya boleh jadi model? Jom tengok kaedahnya!

Salam semua.. Ramai yang bertanya macam mana saya boleh berkecimpung dalam dunia model ni. Nak explain, agak panjang ceritanya. huhu. So saya pendekkan cerita melalui blog saya ni.

Actually jadi model ni memang senang. Tapi the way you bring yourself tu yang susah. Mula-mula yes, sayau rasa agak kurang confident. Yela, model ni selalu dikaitkan dengan kecantikan, kulit yang licin, tinggi lampai atau erti kata yang lain 'sempurna' la. Macam kat iklan-iklan TV tu. Sedangkan saya hanya gadis biasa yang memakai braces!!



Ok soalan yang biasa saya dapat; "Kak, saya minatlah nak jadi model. Camne caranya ya?" Minat memang kena ada tapi minat hanya boleh dieksperesikan melalui usaha dan kesungguhan. Wah, berfalsampah plak saya. Hehe. Walaupun tak cantik, u still can become a model. Yang penting confident dan profesional. InsyaAllah..:)

1. Contest
Ok2, saya dulu pun bermula dengan minat. Kebetulan saya ada masa lapang (tengah menganggur- kontrak kerja tamat), tiba-tiba saya terjoin satu contest dalam facebook. Bermula daripada Contest Pencarian Model ni la saya terus mengorak langkah dalam dunia modelling. Mesti ramai tahu tentang contest like-like ni? So, daripada situ saya berusaha gigih untuk mendapatkan undian tertinggi. Alhamdulillah berkat sokongan kawan-kawan dan family, saya berjaya dapat vote paling tinggi tapi sayangnya, penganjur contest tersebut berpaling tadah  menangguhkan keputusan contest tu. Dah hampir 5 tahun tapi masih tiada jawapan!! Dugaan pertama. Tapi saya tak patah semangat, saya teruskan plak join contest-contest lain. Syukur feedbacknya sungguh memberangsangkan. Banyak yang saya berjaya termasuk dalam senarai finalis dan ada juga yang menang. So, kalau anda semua minat ngan modelling, cer try pape contest untuk test market. Bukan nak cari pakwe/suami ye. huhu.. Just to ensure korang dapat sokongan ke tak.

2: Event
Ok, kalau tak menang contest takpe. Jangan patah semangat k. Teruskan dengan cara lain. Sesi photoshoot saya bermula dengan menyertai event-event photoshoot yang dianjurkan oleh photographer, Make-Up Artist (MUA) dan talent-talent lain. Memang akan rasa rendah diri tapi rasa rendah diri tu yang bagus. Mesti ramai suka tapi jangan sampai rendah diri yang melampau. Kalau taktahu sesuatu, cari dulu maklumat baru tanya. Sometimes saya tengok talent baru ni hanya pandai bertanya tapi tak pandai nak cari maklumat. Saya mula-mula dulu, tanya senior-senior dalam 2-3 soalan. Selebihnya saya korek sendiri maklumat. Lagi puas hati sebab kita BERUSAHA.:)

3: Portfolio
Yang ni memang sangat penting. Kalau korang ada rakan-rakan dari kalangan photographer memang sangat beruntung. Portfolio ni maksudnya koleksi gambar-gambar shoot korang. Thats why kena join event (studio/outdoor). Dan tolong jangan demand! Sebagai newbie, korang janganlah minta bayaran bila orang nak shoot. Biarlah diorang nak bayar ke tak. Kalau dah tahap supermodel, yes you boleh demand. Sekarang banyak dipanggil win-win situation. Talent+Photog+MUA dapat benefit yang sama melalui satu sesi photoshoot. Berbaik-baiklah dengan ramai talent, mua & photographer k. Contoh portfolio boleh refer page INI. Album facebook korang pun dah leh jadi portfolio tau. Biasanya butik, majalah or pape agensi akan tengok portfolio korang sebelum offer apa-apa tawaran.

Jangan lupa baca tentang istilah-istilah penting yang wajib anda ketahui apabila bergelar seorang talent/model di SINI. So far ni je tips yang saya dapat share untuk permulaan. InsyaAllah next time saya share lagi. Salam.


Misya: Saya juga masih baru. 

You Tube berwajah baru?

You Tube berwajah baru? Em aku tak surelah apa yang berwajah barunya. huhu. Menurut sumber Warisan Chanteq Online Magazine, sesiapa yang ada akaun You Tube sekarang lebih mudah nak layari laman sosial tu. Dan katanya ia lebih ceria sebab ia di connect secara langsung dengan facebook. So korang leh tahu aktiviti rakan-rakan facebook yang menggunakan laman web tersebut. Cerita lanjut di SINI.


Nak tengok lakonan saya dalam Sketsa Komedi "Tersilap"? Tekan SINI. Klik like tau! hehe..


Cik Misya : Tak layan sangat you tube. huhu..

Thursday, December 1, 2011

Tips untuk mendapat LIKE banyak-banyak contest facebook!

Salam semua. Em ramai yang tanya aku apakah tips-tips untuk mendapatkan undian/vote/like yang banyak dalam apa-apa contest facebook yang disertai. Alhamdulillah dengan menggunakan beberapa kaedah ni, kebanyakan contest yang aku join, berjaya sebagai pemenang. So, aku share sikitlah beberapa kaedah mudah yang boleh digunapakai untuk mereka-mereka yang obses dengan contest fb macam aku. hehe..

1st : Paste link melalui komen atau wall

Kaedah ni senang je tapi kena rajin meng 'copy dan paste' link contest korang kat komen atau wall kawan-kawan. Tapi biasanya kaedah ni ada limit sebab fb kadang-kadang akan block sementara waktu bila kita dah terlampau banyak sangat paste link. huhu.. 

2nd : Inbox/Private Message(pm)/ chat

Yang ni biasa juga orang guna. Hantar seberapa banyak mesej minta undian kepada rakan-rakan yang rasa-rasa akan like contest korang. Makesure bukan kawan yang jenis emo sebab ada setengah orang akan maki kita balik hantar link bukan-bukan. huhu. Sama juga paste link kat wall atau komen. Ada limit.

3rd : Create event 

Yang ni kalau rajin buat event, lebih mudah guna cara ni. Reka satu event untuk ajak kawan-kawan like contest korang. Tulis lah description yang menarik minat orang nak undi. Tapi ingat! Jangan memaksa. Korang invitelah sesiapa yang korang nak. Ala-ala nak jemput majlis kahwin camtu. Contoh : SINI

4th : Wall sendiri

Lupa plak! Ni cara pertama sebenarnya. Bila contest korang dah publish oleh penganjur, sentiasa post/share contest kat wall. Bagi kawan-kawan alert. Kalau dorang tak undi pun takpe asalkan dorang tahu. Maybe bila dorang bosan-bosan, ternampak contest korang, terus dorang sudi nak like. Sesiapa pun takleh nak marah kalau korang post/share banyak kali pun sebab wall korang kan? Lantaklah nak post juta-juta kali pun. huhu..

5th : Blog 

Wat mereka yang ada blog, untung gak kaedah ni. Especially yang dah ada follower beribu-ribu tu. Promotelah dalam blog korang. Then, share kat facebook, nuffnang, twitter dan sebagainya. Lebih sesuai guna English sebab omputih pun leh like. hehe.. Contoh : Tolong Undi Saya!!


6th : Iklan

Yang ni memang sangat jarang dilakukan melainkan korang banyak duit. huhu. Biasanya orang buat bisnes yang iklan-iklan ni. 

7th : Fan page 

Haa yang ni biasanya mereka-mereka yang agak femes macam artis, model, blogger dan sebagainya. So far, aku tak berminat lagi mahu buat fanpage. Susah nak kawal. Kena upah admin yang leh tolong jaga. Tapi tak perlulah sebab aku bukan femes pun! Wakaka..;p Tapi cara ni menyusahkan juga sebab bukan semua orang akan like fanpage kita. Contoh : Alya Syaqiera

8th : Beli vote/like

Yang ni kaedah paling laris di oversea. Dorang boleh dapat beribu-ribu vote dengan hanya membayar beberapa US Dollar! Tapi duit Malaysia banyaklah jadinya. So far aku tak berminat pun! Contoh : SINI

9th : Exchange votes

Ok, kaedah ni makin femes sekarang. Tapi kaedah ni korang kena rajin sesangat! Rajin create account dan mengexchange (tukar-tukar). Ada sesetengah orang pinjam akaun family/sedara-mara/kawan-kawan tukar vote dengan orang lain yang juga join contest. Tapi ada setengah orang memang rajin reka akaun fb banyak-banyak dan exchange votes dengan orang lain. Tapi kena makesure ia dibenarkan oleh penganjur contest.  Silap hari bulan korang disqualified tau! Sebab yang like bukan friends kita tapi orang luar yang turut create banyak akaun fb. Kira adillah tukar vote suka sama suka. Dan JANGAN MENIPU tau. huhu. 

10th : Group/Community

Yang ni korang leh luaskan lagi empayar like-mngelike ni. Leh combine dengan kaedah-kaedah di atas dan ajak kawan-kawan tolong undi/exchange. Kebanyakan orang yang buat group ni adalah orang-orang yang sama-sama memerlukan bantuan like. Contoh : SINI

11th : Emel/YM/Skype/Twitter/Social Webs

Cara ni taktaulah ok ke tak. Kalau emel tu, agak leceh jugalah sebab bukan semua orang buka emel. YM, Twitter and other social webs pun sama juga. Skype plak, aku tak pernah guna, taktau camne korang nak promote! Hehehe..

Ok itu sahaja tips yang dapat aku kongsikan wat masa ni. Selamat mencuba! Hopefully korang berjaya dalam setiap contest yang korang join k! Good luck!^^



Cik Misya : Menang kalah adat bertanding.

Pemenang Pencarian Model Butik Pengantin! Thanks voters!!

Syukur Alhamdulillah.. Aku berjaya memenangi contest Pencarian Model Butik Pengantin Sentuhan Nadhira!!! Tanpa para pengundi yang sudi meng'like' picture aku, takde rezeki aku nak menang. Thanks you so much uols!!^_^



Contest ni unik sikit sebab pemenangnya seorang sahaja. Alhamdulillah aku bertuah terpilih as a winner. Paling penting aku hargai kawan-kawan yang sudi undi aku untuk contest ni. Jangan lupa undi saya untuk 2 contest lagi yang sedang berlangsung iaitu:

& 


Alang-alang tu aku nak promote pakej promosi Butik Pengantin Sentuhan Nadhira (facebook) yang sedang berlangsung sekarang. So, sesiapa yang nak kahwin tu, jom try khidmat butik ni k!


^_^



Cik Misya : Hopefully dapat wat yang terbaik untuk shoot with this boutique.Amin..

Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...