Wednesday, October 26, 2011

Believe it or not that... I'm married!;)

Salam.. Hi guys! This is my new modelling portfolio. Lets see me in this photoshoot event!

Theme: Modern and Classic Wedding
Make-up artist by Que Ninie
Photographer by Md. Rosman & Sapphire Black
Organizer: Sentuhan Wan Eiza
Wardrobe by Yon Ramzie Collection
Location: Taman Bukit Jalil



























Cik Misya : Ala-ala pengantin Gothic Style pun ada. hehe...

Friday, October 21, 2011

Camne nak menangis? [Tetibe tak reti menangis] :p

Salam Jumaat semua..:) Haa.... Siapa tak pergi solat Jumaat tu??? Please ya kaum Adam, tunaikan tanggungjawabmu ok. Barulah Cik Misya suka!^^

Adus.. Hari shooting video klip SATU dah nak tiba dalam 2 hari lagi..! Mood, tolonglah mood.. I need mood untuk menghayati watak yang diberikan. Dahulunya aku memang seorang gadis yang mudah menangis, lemah semangat, dan kerap putus asa. Tapi tu semua masa lalu.. But now, i need them back!! huhu.. Only for a while. Only-only for the video shoot. Kalau korang tertanya-tanya apa yang aku merepek ni, please refer entri sebelum ni atau klik SINI.

Dalam video ni aku perlu banyak menangis. Kisahnya begini..... Ooopss! Mana leh bagitahu...;) Nanti korang tengokla apa kisahnya. Rahsia hoccayyyy! Sekarang adalah waktu menghafal skrip dan menghayati watak. Yes, tadi dah try berjaya juga air mata ini keluar.. Wakaka...

Aiyo.. Dulu punya senang aku nak menangis but now nak menitis 1 titik pun payah!;p Agaknya segala pengalaman lalu telah berikan aku kekuatan yang aku sendiri tak jangka. Syukur Alhamdulillah segala onak duri aku dapat tempuhi walaupun sentiasa bergenang dengan air mata.. Yes, aku boleh gunakan kenangan itu untuk membuatkan aku menangis. Thanks Abang Razzi Rahman cause beri kepercayaan untuk aku pegang watak yang agak heavy ni. Walaupun tak 100% tapi dalam 50% tu sedikit sebanyak ada juga kena mengena dengan diriku...

InsyaAllah aku dapat bawa watak ni dengan baik.. Menangislah sepuas hatimu Aimi Syahirah... Kau telah lalui pelbagai dugaan dan rintangan untuk mencapai ke tahap ini. Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah aku kekuatan berterusan dalam menempuhi hidup ini. Amin...

So, kawan-kawan semua, ada tips tak bagi mudah menangis???;p Huarggghhhhh.................



Cik Misya : Letak eyemore je leh tak? hehe.. Jangan mara ye Brother Love..@_@

Thursday, October 20, 2011

Nantikan hasil lakonan aku dalam video muzik SATU!!

Nantikan kemunculan Muzik Video terbaru daripada Razzi Rahman berjudul SATU.. Gandingan mantap 3 orang gadis yang terpilih sebagai model Muslimah iaitu saya, Melissa dan Yuyu... Hopefully kami dapat buat yang terbaik untuk video klip ni. InsyaAllah.. Watak yang diberikan agak mencabar... Sama-sama kita nantikan. 


Chaiyok-chaiyok!^^

Siapakah Razzi Rahman? Boleh klik SINI atau SINI


Cik Misya : Seminggu ni dok feeling-feeling sedih je.. Untuk bawa watak nanti. huhu..

Keputusan Pencarian Model Muslimah Video Klip SATU by Razzi Rahman

Hoorrayyy!!! Wah, apa yang aku happy sangat nih?? huhu.. Actually dah kat 3 hari dah aku dalam mood kehappyan. hehe.. Cuma terrrrsangatlah busy sampai tak sempat update entri. Actually aku menang contest! TUNGGU! Bukan sebarang contest tau..;) Nak tahu contest apa? Pencarian Model Muslimah Video Muzik SATU oleh Razzi Rahman atau INI

And the result is....... Alhamdulillah aku merupakan salah seorang pemenang dan terpilih untuk membintangi salah satu watak untuk klip video tersebut!!!=) Masa Abang Razzi Rahman umumkan pemenang, rasa macam tak percaya jek! Nak nanges pun ada! Terharu ok.. huhu.. Memang sepanjang hari tu aku tersenyum je.^_^ Syukur sangat-sangat..


Syukur Alhamdulillah... Setelah mengharungi 2 cabaran yang memang SANGAT mencabar akhirnya aku berjaya!!! =) Its not easy to become a winner. Perlu mengharungi cabaran-cabaran tertentu tau baru boleh pemenang dinobatkan.

Selepas mengharungi cabaran pertama iaitu proses undian, Alhamdulillah aku tersenarai Top 11 finalist yang mendapat undian tertinggi.

Kemudian setiap peserta ditemuramah oleh Juri-Juri yang sangat hebat untuk menentukan 3 orang pemenang. Petang Ahad aku mengharungi cabaran ini oleh Kak CT Rose Hamza nun jauh di Sabah sana..:) Sesi interview ni dijalankan melalui fb. Nampak mudah tetapi soalan-soalan yang diberikan amat menguji minda ok! huhu.. Alhamdulillah aku dapat wat yang terbaik masa cabaran ni. Agak berdebar juga menanti keputusan.

Esoknya aku dikejutkan dengan ucapan tahniah daripada Coco (penulis lirik SATU) di wall fb aku. Agak blur lah juga. Huhu.. Then Abang Razzi Rahman pm aku minta approve friend request sebab nak tengok portfolio aku. Bila dah approve, then dia bagi link pengumuman keputusan. Alangkah terkejutnya aku apabila nama aku pun tersenarai sebagai pemenang bersama Kak Melissa dan Adik Yuyu.. Walaupun tak menang tempat utama, tapi dapat menjadi salah seorang watak dalam video klip ni pun dah ok.:) Syukran Jazakallah...

Thank you so much buat para juri yang menilai.. And paling penting buat team Razzi Rahman yang anjurkan contest ni, terima kasih sangat-sangat sebab bagi peluang bakat-bakat baru macam aku ni. huhu.. Also buat para pengundi yang sudi klik like kat pic aku masa proses undian, I really appreciate that. Dah tak tahu nak ucap apa dah. hehe. Sebab ramai pengundi setia yang memang akan vote aku tiap kali aku join contest. Love uols so much! Doa kalian amat bermakna wat aku..:)

So, nantikan hasil video ni k..! Harap dapat wat yang terbaik. Amin...=)


Cik Misya : Watak yang sangat mencabar... Praktis3x!!! huhu..

Sunday, October 16, 2011

Congratulations to 25 blogs yang terpilih!!!

Salam semua..! Maaflah lama tak update entri. Sangat busy sampai tak sempat nak tengok blog ni. huhu. Pape pun, maaf sangat-sangat buat peserta-peserta The Chosen 25 Bloggers by Cik Misya yang aku anjurkan baru-baru ni. Supposely dah diumumkan siapa yang terpilih. Tapi tak nyempat-nyempat nak masukkan entri. So, siapa 25 blog yang dah terpilih tu boleh tengok belah kanan blog ni..:)

Tahniah buat mereka yang terpilih!=)

Actually hanya 22 blog sahaja yang terpilih disebabkan terdapat peserta yang bagi link error, maka dikira batal penyertaannya. So, rajin-rajin update entri k! 

Sebagai penghargaan, aku dah follow semua peserta yang join pencarian ini. Thank you so much!=) 

Untuk makluman, bloglist ini akan aktif selama 25 hari bermula hari ini. So kawan-kawan follower semua, jom jengah blog kawan-kawan kita ni ek. Selamat blogwalking...:)

Monday, October 10, 2011

5 hari lagi untuk mengundi!!! Cepat sebelum terlambat...!!

Alhamdulillah tersenarai dalam Top 20 Pencarian Model Muslimah muzik video SATU by Razzi Rahman. TAPI!! Belum habis lagi la contest ni. MASIH ADA 5 HARI LAGI untuk mengundi sebelum ke peringkat seterusnya!! Cepat!! Sokongan anda sangat-sangat dihargai!! 


Cara mengundi, sila tengok SINI. [atau klik gambar di bawah]


Jangan lupa ok!!! Thank you so much kalau anda sudi mengundi..!!=)



Sunday, October 9, 2011

Tinggal 24 jam sahaja lagi untuk Join Pencarian 25 Blogger Terpilih by Cik Misya!!!


Salam semua... Tinggal lebih kurang 24 jam lagi untuk Pencarian 25 blog terpilih oleh saya (Cik Misya)!!! So, mana-mana yang tak join tu, cepat-cepatlah join. Walaupun anda tak terpilih di kalangan 25 blog tu, saya tetap akan jadi follower anda sebagai penghargaan. Kira kalau gi kursus tu, kalau tak dapat sijil lulus, just dapat sijil kehadiran jelah diibaratkan. So, memang rugi kalau tak join especially yang nak tambah follower tu. hehe..


So, cara nak join boleh refer The Chosen 25 Bloggers by Cik Misya! Tepat jam 11.59 malam, bertarikh 10.10.2011, penyertaan ditutup! Apa tunggu lagi?? Cepat ikut syarat-syarat penyertaan dalam link di atas. Senang je!=)

Senarai blog yang terpilih akan diumumkan beberapa hari selepas tarikh tutup. Kalau takde aral melintang, a day after closing saya akan umumkan. Almaklumlah saya agak busy sekarang ni. huhu.. Ok selamat mencuba ya..=)


Cik Misya : Seronok tengok orang kreatif wat macam-macam giveaway, contest dll. Tengoklah nanti camne kalau contest ni berjaya...;))

Wednesday, October 5, 2011

Cara memilih ikan keli haram atau halal

Korang suka makan ikan keli tak? Aku pulak... Tak suka! hehe.. Tak pernah terlintas pun nak makan ikan keli. Entahlah, sampai sekarang tekak dan perut ini sukar nak terima ikan seperti ikan keli. huhu... Aku tengok ramai kawan-kawan aku suka sangat makan ikan keli. Tapi terfikir tak korang status kehalalan ikan tu. Mungkin benda ni dah lama tersebar tapi tak semua orang tahu. Jom semak ciri-ciri ikan keli tu halal ke haram!

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam) 
· Kepala berbentuk 'V' 
· Bentuk badan mirip torpedo 
· Badan berwarna hitam berkilat 
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak 
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning 
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak
Camni ke V-shape? 


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin) 
· Kepala berbentuk 'U' 
· Bentuk badan tirus 
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat 
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu 
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan 
· Digoreng tidak meletup 

U-shape ke ni?

Aku tak makan ikan keli jadi tak pandai la nak nengok sangat bentuknya.. huhu.. Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar. Pandai-pandai korang ek.. huhu..


Cik Misya : Salah seorang lecturer pernah cerita, beliau pernah tarik diri daripada audit halal salah sebuah kolam ikan keli ni kerana tak sanggup bersubahat (dibayar) untuk bagi approval sijil halal sebab makanan yang diberi kepada ikan keli tu memang dari sumber khinzir. Dari atas kolam tak nampak. Tapi bila dinaikkan tapak/jaring bawah kolam tu, kelihatanlah tulang-temulang dan sisa daging khinzir..

Pantang-larang dalam mengerat kuku

Salam semua.. Tak sangka memotong kuku ni ada pantang-larang nya. Jadi takleh potong kuku sesuka hati korang. Tu sebab disunatkan memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Ada maksud rupanya...

Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar.. seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. Bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih


sumber:
Mufakkiratul Mukmin 2009


Cik Misya : Kalau anda tak potong kuku, sediakan/sentuh makanan, bagi customer (penjual) atau suami dan anak-anak (kaum ibu/isteri) makan, apa hukumnya? Tu sebab manusia semakin "benak" atau bengap.. 

Saturday, October 1, 2011

Kaki Ping Blog!

Aku dah lama nak buat entri ni tapi asyik mendapat kekangan daripada pelbagai benda. huhu.. Dan kadang-kadang lebih kepada lupa sebenarnya. hehe.. Minta maaflah kat admin group ni sebab terlupa buat entri special for this community group.

Untuk blogger-blogger kat luar sana tu, jom join group ni untuk tambah kenalan blogger dan mengembangkan pengaruh blog korang. Leh share link dan bertukar-tukar cerita. Maybe leh tambah follower kan..
Yes.. Itu nama diberi.. Baru je lagi group ni tapi dah ramai yang join. Syarat untuk masuk dalam list blogwalking dorang, kena buat satu entri simple macam aku buat ni. Mula-mula aku tak tahu. Then main bantai je masukkan blog aku dalam blogwalking list dorang. Hehe.. Maaf banyak-banyak ya admin. Tapi pape pun aku sangat berterima kasih lah kat admin yang buat group ni. Alhamdulillah, follower aku bertambah. Memang orang Malaysia ni sangat suka menulis [menaip] dan sangat kreatif. So, jom join Kaki Ping Blog sekarang!=)



Cik Misya : Kadang-kadang sengal jugak aku ni. Huhu..

Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...