Thursday, March 26, 2020

Food Technologist || Work from Home vs Work at Office

Salam. Saja nak share 1st day Perintah Kawalan Pergerakan hari tu saya kena datang kerja. Kami work from home ikut jadual memasing. So disebabkan saya pregnant, so bos bagi saya jadual giliran work at office 2 hari terawal. After that saya boleh proceed work from home sampai bersalin. Almaklum due date semakin dekat. So my bos taknak merisikokan saya dan baby. Tq Puan Noraliza, my Timbalan Pengarah for consideration. But after day 1, petang tu dia whatsapp, no need to come to office anymore. Boleh work from home terus. Yeayy! Tq again Puan Noraliza! Moga Dipermudahkan urusan Puan Liza sekeluarga.

Saja selfie @cubicle. Agak sunyi sepi office but still ada beberapa officemate datang siapkan tugasan. Walaupun kami ni bukanlah kategori frontliner yang berhadapan dengan pesakit Covid19, tapi peranan kami juga penting untuk pastikan bekalan makanan kepada rakyat berada dalam keadaan bersih dan selamat. Import eksport makanan masih berjalan. Premis-premis makanan masih beroperasi walaupun hanya buat take away and delivery services. So tugas kami kena monitor semua ni so that rakyat dapat menikmati makanan di rumah tanpa was-was. 

Siap sempat organize meeting lagi! Social distance tetap jaga tau. Thank you ahli mesyuarat yang sudi hadir. Penting meeting ni sebab ni last day saya datang office untuk settlekan permohonan lesen ais yang dah complete but still need endorsement by committee. Alhamdulillah selesai..


Walaupun tak perlu gi office dah, but kat rumah still standby dengan laptop in case office perlukan anything. With husband, kami work from home. Sambil mengunyah kudap-kudapan Puding Buah Pic (resipi saya share semalam boleh tengok SINI). Diharapkan buat mereka yang perlu bertugas especially frontliner yang bertungkus-lumus memastikan rakyat Malaysia bebas daripada virus Covid19 ni dipermudahkan segala urusan. Jasa kalian tidak terbalas. #salute



Misya : Stay at home.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...