Friday, March 27, 2020

Bos saya masuk TV3 Suara Konsumer - Mesin Jual Air

Salam. Wow baru-baru ni my boss Mr. Shanmugam masuk TV3 untuk rancangan Suara Konsumer berkaitan topik Mesin Jual Air. Tau kan Mesin Jual Air tu apa? Ala yang korang selalu jumpa kat kaki-kaki lima depan kedai ada mesin air, masuk 10sen boleh dapat 1 liter air mineral tu. Biasanya students or foreigner yang suka beli air dari mesin-mesin ni. So sebagai pengguna, uols kena tahu mesin jual air tu selamat ke tak. Camne nak tahu? Makesure ianya berLESEN under Kementerian Kesihatan Malaysia. So, team Suara Konsumer hari tu datang office saya untuk interview my boss berkaitan lesen Mesin Jual Air ni. 

Last week slot ni dikeluarkan. Proud of you Encik Shan! hehe.. 

Terbaiklah boss bagi explanation. Tepat, padat dan jelas. huhu.. 

Kelihatan beberapa Pegawai Kesihatan Persekitaran dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya buat operasi menyita mesin-mesin jual air yang tidak berlesen. 

My friend, Kak Ecot pun masuk TV! Cayalah kak Ecot. Hehe.. Glamour gitew..

Contoh mesin jual air yang disita kerana beroperasi tanpa lesen. So buat pengusaha-pengusaha mesin ni, pastikan uols melesenkan mesin masing-masing sebelum beroperasi. Dah beli mesin mahal-mahal tapi tak berlesen, kena sita, kan dah rugi?





Ni sedikit sedutan yang sempat saya rakam masa Mr. Shan ditemuramah. Actually secara ringkasnya why kena beli air dari mesin yang berlesen? Sebab bila berlesen means, mesin tersebut diselenggara dengan baik. Kebersihan, keselamatan dan kualitinya lebih terjamin. Sebelum dilesenkan, sample air akan diuji dari segi kimia, mikrobiologi, fizikal dan tahap radioaktif terlebih dahulu di Jabatan Kimia Malaysia. So uols if nak beli air dari mesin-mesin ni, makesure ada lesen KKM yang masih valid tau. 

Selain Mesin Jual Air, terdapat juga produk lain yang perlu dilesenkan iaitu ais, air mineral dan air minuman berbungkus. Basically our team incharge untuk semua lesen-lesen ni. Dan saya sendiri incharge untuk permohonan lesen ais. Tanpa lesen, mesin or kilang anda tidak dibenarkan beroperasi ya! Tindakan enforcement boleh dikenakan kalau ingkar. But apa-apa pun untuk info lanjut uols boleh visit http://fsq.moh.gov.my atau Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk memohon ya!


Info-info lain berkaitan keselamatan dan kualiti makanan boleh visit fanpage Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan



Misya :  Jangan main mesin kuda.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...