Salam. Oopss dah lama saya tak create entry yang bertajuk agak heavy camni. Sebenarnya dah lama nak tulis tapi sebelum tulis kenala wat research sedikit kan. Ini just pendapat saya sahaja. Sebab kebelakangan ni makin hangat plak isu hantaran perkahwinan diperkatakan. Ada yang sampai bergaduh-gaduh sebab hantaran terlampau tinggi, ada juga yang bermegah-megah viralkan hantaran paling murah. Lepas tu ramai lah jadi keyboard worrior komen macam-macam. Keluar hadis macam-macam, timbul ramai Ustaz dan Ustazah online macam cendawan tumbuh lepas hujan. hehe. Bukan nak kondem tapi saya ni suka memerhati gelagat orang respon terhadap sesuatu isu.
Petikan daripada blog Ustaz Dr. Shauqi ; Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud ) , Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Riwayat Ahmad )
Apa yang saya nak komen adalah, tersebarnya hadis facebook "Semulia-mulia perkahwinan adalah paling murah hantarannya" Oh, come on......! Habis yang berkemampuan bagi hantaran tinggi tu hina ke? Hadis mana yang dorang pakai ya? Dari kecil sampai sekarang yang saya dengar, apa-apa kita buat kena bersederhana. Takde istilah yang murah tu mulia, yang mahal tu hina. Kenapa pemikiran camni wujud? Sebab dalam TV, radio, majalah, media sosial dah disogokkan camtu. Orang kaya/berada selalu dianggap jahat, dan orang miskin dianggap sangat mulia. Sedangkan tiada beza kaya atau miskin di sisi Allah as long as orang tu ada iman dan taqwa.
Silap-silap saya kena bash lepas ni. Mesti ada yang ingat, eleh Misya ni letak hantaran tinggi kot masa kawin so sentap. Haha lawakla kalau ada yang fikir camtu. Saya orang biasa-biasa saja. Fokus saya masa kahwin adalah nak sederhana yang mungkin. Tapi Alhamdulillah rezeki orang sponsor macam-macam menampakkan wedding saya seperti berhabisan banyak. Fine? Taknak cite lelebih takut jadi riak.
Terus terang saya nak tekankan, tahap kemuliaan dan keberkatan sesebuah perkahwinan bukan terletak pada nilai mas kahwin atau hantaran tapi 100% bergantung pada nilai peribadi dan hati budi seseorang itu. Tapi orang Melayu suka compare nilai duit dengan apa yang bakal dorang hadapi. Saya lihat artis dan selebriti yang kahwin beratus-ribu siap orang sponsor juta-juta Alhamdulillah bahagia hidup dorang. Ziana Zain wedding of the year Alhamdulillah happy siap dapat anak kembar lagi. Dah berhijab pun. Mawi Ekin pun grand majlis dorang. Dato Siti Nurhaliza pun gah giler wedding masih utuh rumahtangga dorang walaupun belum ada rezeki dapat baby. [mesti ada mulut kata hah tula kawin grand2 last2 takde anak! Cili gak mulot tu karang] Dan ramai lagi orang biasa-biasa yang wedding berbelanja besar Alhamdulillah bahagia sehingga sekarang. Sebab dorang mampu tapi tak bermakna dorang boleh menunjuk-nunjuk. Jadi nape yang orang suka sangat cakap hantaran tinggi-tinggi tu tak berkat? Lepas tu doakan yang bukan-bukan?
Yang letak hantaran rendah, semua orang kata wah berkat ni, bahagia ni, mulia ni.... Alhamdulillah part hantaran rendah tu memang bagus dah tapi tang mana mulia nya kalau sengaja paparkan kerendahan hantaran di media sosial. Dengan harapan ramailah viralkan. Dapat pujian sampai kembang setaman. [Tipu kalau takde niat sedikit pun begitu. Jauh di lubuk hati mesti tetap rasa bangga rite?] Whats the point babe? Saya geleng kepala je bila melihat orang posting sebegini. Yang paling best siap compare lagi dengan kes-kes gaduh tentang hantaran tinggi. So, do you think itu perbuatan yang mulia? How come nak bina rumah tangga dengan baik kalau awal-awal kahwin sudah menunjukkan sikap kurang baik sebegitu? Adalah lebih baik diam-diam sahaja. :)
For me, sebelum kahwin sebab tu fikir sebaik-baiknya. Tips sebelum kahwin, bincang all-out apa yang kita suka dan tak suka sebelum, semasa dan selepas wedding. Yang kahwin belanja tinggi jarang saya nampak dorang posting sendiri tentang wedding dorang. Sebaliknya melalui media sharing by friends & family. Even cousin saya weddingnya sangat gah belanja puluh ribu di KL tapi cool je. Share gambar pun sekeping 2 je.. Bahagia siap ada anak dah. Artis kahwin belanja besar, dah nama pun dia artis. Memang kerjaya dia memerlukan dia sebegitu, kenapa perlu ada comparison hina dan mulia. Yang kahwin hantaran rendah ni yang banyak saya jumpa habis di story nya. Semua orang nak yang the best untuk wedding masing-masing. Yang mampu mestilah nak grand sedikit. Yang tak mampu, buat yang termampu. Cukup. Doakan perkahwinan itu bahagia till jannah. At least dia jemput makan free. Yang kahwin lari? Itu memang mintak makan kaki la kan... Sengaja cari penyakit. Tak tembak, bom terus. Haha..
Siapa baca entry ni mungkin ada yang setuju dan tak setuju. Tapi apa saya tulis tak salah kan? Jangan dihinakan atau dimuliakan perkahwinan itu hanya kerana nilai mahar atau hantaran. Sederhana itu lebih baik.
Misya : Kahwin sekali seumur, mesti buat yang terbaik.
Saya setuju kalau tinggi ke rendah ke asal bahagia. Asal mampu. Tak gitu kan... Bak kata peribahasa 'Ukur baju dibadan sendiri'
ReplyDelete@Kelana Cinta yezza..:)
ReplyDelete