Thursday, May 18, 2017

Jom undi saya dalam Garnier feat. Hijabista Contest!

Salam semua. Kebetulan lepas habis je casting majalah Hijabista, saya diminta membuat sedikit rakaman video untuk mempromosikan produk Garnier Micella Cleansing Water. Tak sangka pula saya terpilih untuk record video dan seterusnya melayakkan saya untuk join contest bersama Garnier. Contest tersebut berlangsung di laman instagram. Jadi, buat rakan-rakan blogger mahupun mereka-mereka yang ada account instagram, marilah undi saya ramai-ramai ya dalam contest ni! Please, please, please.........^_^ Ngeee........ Dah lama tak minta tolong undi-undi ni. Hehe.. Camne nak vote? Senang je...

1. Makesure uols ada account instagram atau nak gunakan member-member punya account pun takpe. hehe..

2. Then klik link berikut :


3. Then tekan button LOVE (Like) tanda anda telah vote saya. ^_^ Sampai bila boleh vote, katanya sampai hujung Mei ni. Hopefully ada rezeki nak menang produk Garnier bernilai RM200. Ngee..

4. Yang dah vote, tq so much! Jasa anda tidak terbalas.. Doa saja mampu saya iringkan. :)



Misya : Tak beri rasuah untuk pancing undi.

Casting Model Majalah Hijabista 20.0

Salam. Dah lama tak share saya pergi casting untuk modelling job rite? Erm kalau nak tahu casting adalah salah 1 cara untuk kita apply modelling job. Ala-ala interview mintak kerja gitu. Baru-baru ni saya berpeluang ke casting majalah Hijabista di PWTC sempena Pameran Buku Antarabangsa. Simple je castingnya. Datang, snap gambar depan bunting Hijabista then rakam video. Okla walaupun belum tentu di offer job but at least ada experience pergi casting untuk magazine.





Saya makeup sendiri tau. Hehe dah pandai makeup sendiri ni best pula nak try memacam jenis makeup. Ok moga boleh join another casting kalau ada.:)


Misya : Ujikabat atau ujibakat?


Friday, May 12, 2017

Potong kuku ikut sunnah Nabi...

Salam. Kebetulan hari ni hari Jumaat yang penuh barokah. Antara aktiviti yang elok dilakukan pada hari Jumaat adalah memotong kuku. Kebanyakan orang main potong je kuku ikut dan tanpa follow turutan tertentu. Why not kita ubah sedikit turutan time memotong kuku menggunakan amalan Nabi. Lebih bertertib dan senang je nak hafal. Even saya sendiri pun amalkan potong kuku ikut sunnah Nabi. Bukan kuku jari tangan je. Kuku jari kaki pun sama ada turutan. Trylah ya..:)

Antara benefit saya dapat, no more kuku yang tertinggal untuk dipotong. Ahakss.. But serius, dulu berterabur main potong je tak ikut apa-apa turutan, pastu ingat semua kuku jari dah setel potong. Lama-lama baru perasan ada lagi jari tertinggal. Aduyai... Bila potong kuku ikut sunnah ni so far semua kuku dipotong dengan sempurna. :)

Misya : Jangan memotong barisan.

The Pines Hotel, Melaka || Apa pendapat saya?

Salam. Kali ni saya review pula satu lagi hotel di Melaka. Huhu saya and husband memang suka try stay macam-macam hotel. Ok this time, kami stay di The Pines, Melaka. Antara hotel mewah jugalah di sekitar Melaka. Hotel ni agak baru so semuanya kelihatan baru. Tapi saya tak sempat snap gambar di lobi sebab orang agak ramai ketika kami check-in. Dan agak mengecewakan bila servis di kaunter agak slow. Staf di kaunter nampak busy ke sana ke mari tapi tak membantu apa-apa pun. Saya yang menunggu pun rasa fedup. Dengan tempat duduk terhad. Haiyaa awal-awal dah bagi bad impression. 

Ok check-in! Orait saya suka biliknya. Lega sikit lepas keserabutan di lobi. Husband dapat bilik ala-ala suite. Rezekilah company sponsor sebab ada event kat sini. hehe.

Siap ada kabinet dapur tapi takde dapur pun untuk memasak. huhu. Honestly saya rasa tak penting pun ada benda ni. Better dia buat macam bentuk minibar. Nampak lebih elegen.

Menarik bekas toiletries di bilik air. Geram macam suruh bawak balik je sekotak tu. hehe

Ahha ni paling best, ada bath tub! Kalau buka bidai tu kan boleh nampak seluruh kotaraya Melaka. Duk tingkat tinggi takdak sapa nak intai. Haha. bath tub tu boleh alih-alih tau. Hehe..

Ahha table top di bilik air besar, memang husband saya suka. Selesa bilik airnya.

Gitulah posing ala-ala model katanya.. 


Breakfast seperti mana hotel-hotel juga. Macam-macam menu disajikan. Puas makan. 


Part lif ni saya suka. Susunatur nombor level yang unik. Belum pernah jumpa lagi. hehe..

Nak kata tak ok, actually ok. Cuma dia kena perbaiki dari segi servis di kaunter supaya bekerja cepat sejajar dengan hasilnya. Husband saya pelik staf tu tekan-tekan keyboard PC, kalkulator nampak sibuk ya amat tapi tak tahu apa dibuatnya. Walhal masa tu takdelah ramai pun yang beratur nak check-in. Maybe kena perbaiki sistem dorang dalam menguruskan tempahan bilik pelanggan. Saya bagi 3 setengah bintang.  

Ok siapa berminat nak stay sini bolehlah ke http://www.thepines-melaka.com/


Misya : Bekerja biar ikhlas.

www.dietspotlight.com can solve your health problems?

Salam. Have you heard about one website called www.dietspotlight.com? Ahha, if uols want to find out about healthy life with a balance diet, I really suggest uols to visit this site. My first impression when enter this side, wow so many things I could explore about health, diet and good supplement for our body. Also you can get many health tips here! 

One of the article I really like is about Belly Fat reviews. Ahha almost Malaysian people will have this problem rite?;) hehe.. 

Click for more information
What is more interesting about this site, they will suggest the best and safe food supplements for every health problem that you have. For example Biovea, they are using natural ingredients such as Ginkgo Biloba, Ginseng and many mores. Actually it is for slimming but at the same time could help your health status.


Actually there are so many food suplementary that can be found in this site. Every single product has clear explanation for your guidance. Maybe you can make this site as one of your tool to get more information about healthy diet. Happy exploring!:)

Credit to https://anikalovesyou.blogspot.my/ for sharing this site with me. 


Misya :  Sesekali test power writing in English.

Teaser Event Pencarian Wajah Deena Secret

Salam. Pernah dengar tentang skincare Deena Secret? Kalau belum, bolehlah mula berkenalan dengan produk Deena Secret. Apa saya nak story bukan tentang produk but corat-coret event Pencarian Wajah merangkap Duta Deena Secret. Actually saya salah seorang peserta yang bertanding but rezeki tak menyebelahi saya so tak terpilih untuk ke peringkat akhir. But owner Deena Secret berbesar hati menjemput semua peserta untuk jayakan runway show during event Peringkat Akhir Pencarian Wajah Deena Secet. Memang favourite saya runway a.k.a catwalk ni. hehe.. Entry kali ni saya share teaser dulu. 

Bertemakan gold black, saya mix and match gold glitter mermaid skirt dengan black lace peplum ala-ala princess. Plus satin shawl warna gold. Okla, janji ikut tema diberi.

Ok saya makeup sendiri tau untuk event runway ni. Almaklum undangan khas saja so takde makeup artist disediakan. hehe. Takpe saya memang boleh makeup sendiri.:)

Event berlangsung di Petak Event Space, Setapak, KL. Nasib baik saya pernah datang area sini sebab my cousin pernah kahwin di Kampung Pengantin (building yang sama). Agak sukar nak cari sebab tiada signboard daripada depan. Nasib datang awal takdelah rushing nak cari tempat.

Suasana dalam Petak. Actually ramai artis pernah wat event kat sini. Antaranya Anzalna - celebrate her birthday.

Juri pertandingan. Walaupun tak bertanding tetap nervous ok. haha. Teringat dolu-dolu masa saya jadi finalist pertandingan. Berdebar tapi dalam masa sama excited nak wat yang terbaik.


Tetamu semakin ramai yang tiba.

Pertandingan bermula..

Antara task yang finalist kena buat adalah product presentation. Menarik!

Oklah saya sempatlah wefie dengan peserta-peserta lain yang turut join runway.

Haha tu kenapa saya kat belakang tu?







Semua comel-comel kan? Hehe.. But untuk terpilih sebagai peserta pun Deena Secret memang tapis dengan ketat. So kira kami bertuahlah antara yang terpilih walaupun tak sampai peringkat final.


Inilah barisan finalist yang terpilih. Semua cantik-cantik. 


Inilah Kak Diyana.. Owner Deena Secret. Cantik kan? Body slim giler! Patutlah jadi pengasas produk kecantikan. Moga beliau dan Deena Secret terus sukses.


Gitulah corat-coret teaser event Pencarian Wajah Deena Secret. Takde rezeki saya kali ni, mana tahu next time kalau cuba lagi boleh terpilih. Hehe.. Amin. Entry penuh event ni nanti saya blast ya. Tunggu......;)

Nak tahu tentang rangkaian produk Deena Secret boleh visit ig  https://www.instagram.com/deena_secret/


Misya : Masih layakkah diri ini?



Makeover Model for Golden Rose Alamanda Putrajaya

Salam. Wanita dan makeup memang tak dapat dipisahkan rite? Walaupun anda tak bermekap sekalipun at least letak juga bedak nipis. Takdelah keluar rumah wajah macam hantu Kak Limah. hehe. Buat penggemar makeup, why not uols try menggunakan alat solek keluaran Golden Rose. Kebetulan Golden Rose open sesi makeover di branch Alamanda, Putrajaya so ambil peluanglah try jadi model makeover. 

Ahha inilah hasil selfie lepas dimekapkan. Suka sangat hasil tangan MUA Marinaz Ahmad ni. Nampak tebal kan but honestly tak rasa berat dan tebal pun mekap dari produk Golden Rose ni.

Nak tahu produk GR ni asalnya daripada Turki tau. So memang dibuat sesuai untuk wanita Muslimah. Yang paling best semua produk GR adalah Halal. So GR antara produk kosmetik jenama antarabangsa yang mempunyai sijil Halal.

Beginilah keadaan butik GR di Alamanda Putrajaya

Butik GR ni berhadapan dengan butik UniqLo. Senang nak cari.

GR ni jenama antarabangsa but harga dia sangatlah murah compare dengan brand-brand oversea yang lain. Most product below RM50! Sangat berkualiti setanding dengan brand lain.



Wajah saya sebelum dan selepas disolekkan. 

With photog Mohd Irwan Hakim Wong, sorang lagi model dan MUA Kak Marinaz. Nantikan gambar-gambar hasil photoshoot. Dalam entry ni saya share gambar yang diambil melalui fon sahaja. Nak gambar lawa kenalah gunakan Oppo! hehe.. Tetiba promote plak.



Suka sangat makeup ni sampai tak boleh move on berhari-hari. huhu. Hasil tangan kak Marinaz dengan produk Golden Rose memang gojes. TQ Golden Rose!=)


 Misya : Makeup menyerlahkan keyakinan diri.

Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...