Monday, November 9, 2015

Selamat Tinggal office lamaku...

Salam semua.. Maaflah saya sangat jarang update entry kebelakangan ni. Kalau update pun kadang entri mengarut. hihihi.. Sebabnya saya busy berpindah ke office baru! Kerja packing-packing barang memang ambil masa yang lama. Hasilnya berkotak-kotak jadinya untuk diangkut. Ramai ingat saya naik pangkat. Huhu kalau betul Alhamdulillah.. Tapi bukan.. Saya pindah bersama-sama seluruh department saya yang lain. Kami berpindah ke bangunan lain yang telah siap diubahsuai. Kat mana tu? Area Putrajaya juga. =)

Tak sangka barang saya selama 6 tahun kerja kat sini boleh menghasilkan lebih daripada 10 kotak! hehe..

Tinggal kenangan... Rasa sedih juga nak tinggalkan office ni sebab too many memories had been created here. Tempat pertama saya berkerja after grad tu.. Dari Pegawai sambilan, kontrak sampailah dapat permanent. Alhamdulillah dapat menyumbang sedikit bakti kepada rakyat marhein. 

Rak buku kesayangan.. Hobi suka membaca tapi sejak dah kerja ni ermmm hobi tu macam dah tak jadi hobi dah sebab masa lapang pun takde! hehehe.. 

Apa-apa pun saya harap kat office baru nanti suasananya lebih best. Actually office mana-mana pun tak kisah kalau bos/ketuanya best. Ngehehehe.. Goodbye my old office @Parcel E....



Misya : Taknak jadi bos takut lupa diri.

Sunday, November 8, 2015

Intipati Bajet 2016

Salam. Wah baru nak update pasal Bajet 2016. Tertinggal kapal betol saya ni. Hehe.. Tapi saya rasa ada juga yang tak tahu apa intipati Bajet 2016 yang diumumkan oleh PM kita baru-baru ni. So saya share rumusan a.k.a ringkasannya.


  • Bajet 2016 memperutukkan RM 167.2 Billion dan Bajet 2016 kali ini bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” bertunjangkan 5 keutamaan utama.
  • Kelajuan intenet luar bandar akan ditambah kelajuan 5 kali ganda daripada 5 Mbps kepada 20 Mbps
  • Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang dengan anggaran kos pembinaan RM10b mula dibina 2016, siap pada 2020.
  • RM 200 juta menaiktarafkan jalan di kawasan FELDA. Manakala RM1.4b bagi membina serta naik taraf jalan luar bandar sepanjang 700km di seluruh negara
  • Pengecualian duti setem sebanyak 20% ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah
  • Projek Bus Rapid Transit KL-Klang pada kos melebihi RM1.5b dan Bus Rapid Transit Kota Kinabalu pada kos hampir RM1b akan dilaksanakan.
  • Kerajaan akan bina tambahan lagi 30 Sekolah Rendah, 27 Sekolah Menengah, 4 MRSM dan 5 SBP
  • Bantuan Persekolahan RM100 akan diberikan kepada Pelajar Sekolah Rendah dan Menendah.
  • Bantuan Persekolahan RM100 akan dibayar pada Januari 2016 namun dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan kebawah.
  • Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar IPT sebanyak RM250 diteruskan pada Bajet 2016.
  • Bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) hanya boleh ditebus di Kedai Buku yang diiktiraf Sahaja dan tidak boleh ditebus dikedai yang tidak berdaftar.
  • Lebuhraya pertama iaitu Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan bebas daripada bayaran tol.
  • Program e-Rezeki dan e-Usahawan akan diperluaskan ke seluruh negara untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan.
  • Program Rumah Mampu Milik diperluaskan seperti PR1MA, Rumah Mesra Rakyat, Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Program Rumah Pertama dan Program Perumahan Rakyat.
  • Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bagi individu yang belum memiliki rumah. Melalui skim ini, kerajaan akan membantu individu yang belum pernah memiliki rumah untuk mendapatkan bantuan deposit perumahan.
  • Gaji kakitangan awam naik kepada 1 Gred
  • Gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1200 sebulan
  • Kadar pencen minimum bagi golongan pesara kerajan dinaikkan kepada RM950 sebulan
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 diteruskan dan dinaikkan
  • BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000.
  • BR1M Kategori baru diperkenalkan bagi penerima dalam senarai e-Kasih yg berpendapatan bulanan bawah RM1k akan terima BR1M sbyk RM1050.
  • BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000
  • BR1M Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4k, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800
  • BR1M Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2k sebulan, bantuan ditingkatkan drp RM350 kpd RM400
  • BR1M Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.
  • Berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kpd RM1,000 sebulan bagi Semenanjung
  • Gaji minimum Sabah, Sarawak dan WP Labuan dinaikkan RM920 sebulan daripada RM800 bagi semua sektor kecuali perkhdmatan domestik/pembantu rumah
  • Bayaran khas bonus RM500 bagi kakitangan awam akan dibayar pada Januari 2016.
  • Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas atau bonus sebanyak RM250 dan dibayar pada Januari 2016.


Misya : Bersyukur untuk rakyat.

Lebih yakin bila lukis kening.

Salam.. Huarghhh esok dah Isnin! Huhu takpe redha je ok. Hehehe... Just nak share dengan uols wajah saya sebelum dan selepas melukis kening. Baru saya sedar bila kita lukis sikit kening, wajah lebih nampak fresh dan meyakinkan. Dan automatik saya pun rasa lain macam. Nak selfie pun lebih semangat. Wakakaka! Sebab apa, saya suka tengok rakan-rakan Muslimah saya yang lain walaupun tak mekap tebal tapi wajah dorang nampak 'naik' dan baru saya perasan dorang lukis kening rupanya. So saya pun try la...=) 


Ahha ni wajah saya before saya lukis kening. Sebab nak tunjuk kat uols maka saya adjust sikit tudung so nampak dahi yang terbentang luas. Wakaka. Orait, kening saya ni agak pelik sebab tak lebat dan bentuknya... tak macam ada kening pon! haha..  Sometimes bila lipstick hilang, automatik muka jadi pucat dan tak bermaya. Ngeee...

Finally inilah hasilnya... Dari nampak macam budak-budak, now kelihatan matang, yakin dan fresh! Hehehe.. Tanpa mencukur/mencabut sehelai pun bulu kening tau!. Now dah tahu la rahsia nya. Just tambah sedikit eyeliner dan listick/lipgloss, siap! If lipstick hilang pun, muka tetap nampak segar sebab kening dah cover. Macam mana saya lukis kening ni? InsyaAllah ada masa nanti saya wat tutorial. 


Misya : Bukan tangan seni.

Friday, October 23, 2015

Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Thursday, October 22, 2015

Ucing Nak Url 2

http://ucingkadayan.blogspot.com/2015/10/segmen-ucing-nak-url-2.html
Hi Blogger Kali ini Saya Nak Buat Segmen "Ucing Nak Url Bahagian 2" Kepada yang ketinggalan Segmen Ucing Nak Url Bahagian 1.Bolehlah Menyertai Segmen ini.

Syarat-syarat nya Mudah :

1) Masukkan Email Anda Kekotak (Animasi Melalui Email Mudah) Tekan Subscribe dan Cek Email Anda   Aktifkan.
2) Buat Tajuk Post " Ucing Nak Url 2 "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.

Sukaa Sukii Giveaway by SFCT

Klik untuk join

Segmen blogwalking by mirza syazwina

Klik banner untuk join

Monday, October 19, 2015

Jaga kesihatan semasa jerebu dengan produk MRT.

Salam semua... Dari sehari ke sehari, jerebu yang melanda negara semakin membimbangkan sampai sekolah-sekolah terpaksa ditutup. Saya sendiri pun tidak terlepas dari terkena tempias jerebu ni sampai asyik jatuh sakit seperti demam, batuk dan selesema. Dah lah pernah ada sejarah athma, dengan udara yang kotor ni boleh menjadikannya semakin worse! If IPU naik je, bila keluar rumah comfirm saya dah mula rasa sesak nafas, badan berpeluh-peluh sebab haba tubuh tak dapat dikeluarkan dan disejat dengan baik. Bilakah ianya akan berakhir..???

 

Tapi Alhamdulillah saya masih boleh bertahan sebab amalkan beberapa produk konsep Molecular Renewal Therapy (MRT) dari Elken. Sedikit sebanyak membantu menguatkan sistem keimunan saya dan elakkan penyakit saya bertambah teruk. Antara produk MRT yang anda perlu ada adalah seperti berikut :


Antara yang wajib saya ambil adalah Spirulina, ELG6 dan EsterC. Ni memang saya standby dalam beg if ke mana-mana. So far memang produk MRT ni sangat superb. Actually ada banyak lagi tapi khas untuk penjagaan kesihatan semasa jerebu, anda boleh amalkan Spirulina, EsterC, ELG6, Phytomaz, AOII, VZIO dan Elfahex. Mana nak dapatkan? Wasap je saya di 016-9561764. Saya sendiri akan consult anda kaedah pengambilan produk-produk MRT semasa jerebu ini.

Haaa jangan lupa amalkan juga pemakanan yang sihat semasa jerebu. Elakkan minum ais dan makanan berminyak tinggi. Pesanan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. hehe..


Misya : 

Wednesday, October 7, 2015

Wow! Hospital Pantai guna Biopure Elken untuk rawat air!

Salam. Wahhh hebatnya sistem penulenan air Biopure dari Elken sehinggakan Hospital Pantai menggunakannya untuk merawat air minuman mereka! Saya tumpang bangga dan happy sebab saya sendiri pun menggunakan sistem air yang sama. Kenapa mesti guna Biopure? Jawapannya adalah tentang air sakit atau air mayat dan anda boleh baca selanjutnya di SINI dan SINI.

Biopure memang best! Menghasilkan air yang betul-betul tulen iaitu H20. Tiada lagi air sakit atau air mayat atau benda-benda mengarut yang related dengan pH air. Apa yang penting air tu bersih, selamat dan sihat diminum. Alhamdulillah Hospital Pantai menyedari keperluan air sihat ini dan memasang sistem penulenan air terbaik ni di hospital mereka.=)

So lepas ni if nak dapatkan rawatan, saya akan pilih Hospital Pantai sebagai keutamaan. Ngeee.. 

Tak percaya lagi? haaa meh wasap saya 016-9561764. Kita test air rumah anda secara PERCUMA samada ianya selamat atau tidak. Kalau hospital yang hebat boleh bertukar kepada Biopure, kenapa tidak anda? Serahkan kepada yang pakar... Only Biopure!=)


Misya : Mesti ada ilmu bukan ada ego.


Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...