Sunday, August 14, 2011

Kurus sangat, ada tips tak naikkan berat badan??

Alhamdulillah dah nak masuk minggu ketiga kita berpuasa. Camne puasa anda semua? Pada mereka yang berazam untuk menurunkan berat badan tu tercapai tak? ;) BUT.... Aku sangat sedih sebab aku gagal mengekalkan sesuatu di bulan Ramadhan ni..:(

Apa dia? Maybe kedengaran agak kelakar tapi itulah hakikatnya yang terpaksa aku tanggung. Cewah! Ayat lawa konon. huhu. Apa yang membuat aku risau dan sedih adalah disebabkan berat badan aku turun secara mendadak! Huaarghhh! Rasa nak nangis je. huhu..

Sebelum Ramadhan, Alhamdulillah aku dapat mencapai berat badan yang ideal iaitu 46 kg. Memang aku sangat-sangat happy!:p Dan berazam untuk cukupkan sehingga 50 kg. Boleh? hehe..

Tapi lepas masuk bulan puasa, Minggu first sahaja, aku timbang berat aku dah menurun sehingga 42 kg! Itu aku timbang kebetulan lepas buka puasa. Maknanya sebelum buka puasa, lagi ringan badan aku kan?? Oh tidak!! Sangat horror beb! Tak mahu timbang-timbang lagi.. huhu


Mungkin kedengaran agak pelik tapi itulah dilema yang aku hadapi setiap kali menjelang Ramadhan. Bila sambut aidilfitri, rasa longgar je semua baju raya. Walhal before puasa bila test, muat-muat je baju raya tu. :(

So, korang ada tips tak camne nak naikkan berat badan untuk orang yang kurus macam aku ni? Actually dari segi physically ramai orang kata aku dah ok dah. Cuma bila timbang, jadi ringan sangat, membuatkan aku takut. Kira kalau dalam BMI tu dah kategori underweight tau. huhu. Kurus-kurus sangat pun tak best. Nanti senang dapat penyakit sebab imuniti yang lemah. Tapi taknaklah gemuk sangat. Incik abang aku pun dah pesan, jangan sesekali badan aku kembang macam orang dah beranak 8. huhu. Memang kedengaran agak kejam tapi itulah yang dia selalu pesan. Sebab dia nak wife dia nanti pandai jaga badan dan sentiasa sihat. Kira kalau dah kahwin, dah beranak-pinak pun masih maintain dan berdisplin dalam soal berat badan.:)


Cik Misya : Kalau aku ni ditiup angin, mahu terbang agaknya! hahaha...;p (Melampau sangat ayat ni. huhu..)

Saturday, August 13, 2011

Contest Belog Pinky by Combi Lola=)

Hai semua.. Em dah lama aku tak join blogging contest. Selalu contest like-like je dalam facebook. huhu. Kebetulan, dalam group Kelab Blogger, ade sorang blogger comel bernama Combi Lola wat contest khas untuk blog-blog bertemakan warna pink. Menarik! Walaupun hadiahnya sekadar topup RM5.00. huhu. But sekurang-kurangnya dapatlah aku menambahkan kenalan. Sama-sama pinky blog! huhu..


Nak tag sape ye? Nak kena cari blogger teman-teman yang berkaler pink juga. huhu. 

1st Cik adik comel Emyra Rosly
2nd Si gadis manis Ada Sya

Ok done!=)

Memang saya suka pink!! huhu...


Cik Misya : Dulu aku sangat anti dengan warna pink. Masuk U je suddenly hatiku berbunga-bunga bila melihat kaler pink. @_@ Terus jatuh hati dengan warna pink sampai sekarang. heheh.. 

Friday, August 12, 2011

List blogwalking hari ni. Mari tengok follower mana yang kena! ;)

Wah.. Hari ni hari Jumaat.. 12 Ramadhan 1432 H.. Alhamdulillah sudah 12 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa.:) Di tengah-tengah hari Jumaat ni, kebosanan melanda diri ini. Waktu rehat yang panjang, nak gi makan, mana boleh!! huhu.. Pose tau! So lepak-lepak jela ngadap pc office ni. PC ni pun dah bosan nengok muka aku agaknya. huhu. 

So, akibat kebosanan, aku pun pergilah blogwalking.. Actually aku baru je join 1 kelab dalam facebook yang dinamakan KELAB BLOGGER. Alhamdulillah dari kelab tu, aku dapat berkenalan dengan ramai blogger and kami saling bertukar-tukar link. Kira konsep i folo u folo back lah. Tapi aku bukanlah kisah sangat pasal follow memfollow ni. Saja mahu berkongsi ceritera dalam blog. Pape pun Alhamdulillah cause melalui kelab ni, follower aku bertambah. Thanks so so so much to my new followers.=)

Disebabkan aku kesuntukan masa, baru hari ni aku dapat jalan-jalan ke blog follower aku balik. Sebagai menghargai kesudian dorang menjengah blog aku ni, aku pun follow dorang balik. Tak sangka blogger-blogger Malaysia ni kreatif-kreatif belaka.:) Aku sendiri pun masih baru juga dalam dunia blogging ni. Adalah dalam 2 tahun.. Suka-duka, telah aku lalui bersama blog ni. Kena hentam dengan stalker tu dah jadi makanan dah. Telan, kunyah then jadi taik! Uwekkks! hahaha.. ;D

So, antara list blogwalking aku hari ni adalah blog-blog berikut.. (Aku dah follow semua dah) huhu..

Blog yang betul-betul hangat by Kaki Wayang - Blog ni banyak menceritakan tentang info-info terkini dan nasihat-nasihat yang berguna. Bagus3x!:) Dah macam blog politik pun ada sebab banyak informasi. hehehe..

Blog My Life My Soul by Emyra Rosly - Blog yang simple.. Lebih banyak kepada private story.. (Tips : Kurangkan penggunaan short form dalam berblogging k.) 

Blog Buku Harian Ikah by Atiqah - Blog ni pun simple juga.. Suka font dia guna. Senang nak baca.. Memang macam diari harian. huhu..:)

Blog La Dolce Izatie by Izatie - Nice blog.. Owner nya pun sangat comel. Teringat officemate aku bernama Athirah. Hampir serupa wajah dorang..:)

Blog Dayah Dior by Dayah Samad - She has perfect English! Suka style dia menulis. Maybe aku boleh belajar English ngan dia kot.. huhu..

Blog A Little Crazy by Ayuzara - Story kaum hawa yang telah bergelar ibu dan isteri. Anaknya sangat comel. Suka juga baca entri dia. Kelakar pun ada.:)

Blog Adam Roslan by Adam Roslan - Suka juga baca entri blog ni sebab informasinya terkini dan mudah dibaca serta difahami.

Blog Ewan Si Budak Baik by Muhammad Syazwan - Mula-mula tengok tajuk pun dah tahu blog ni mesti kelakar. I mean entri dia lah.. Ayat-ayatnya pendek-pendek dan mudah dibaca.:)

Blog Little Girl with Big Dreams by Jaja - Blog ni menarik untuk dibaca sebab entrinya ringkas tapi padat ngan mesej. Cuma agak berat untuk diupload tak tahu sebab apa

Blog Rudy's Fortress by Rudy Tensai - Aku suka gak baca blog ni. Ada 1 entri tu bertajuk "Konsep I folo u, u follow me back" memang aku setuju sesangat. Jaranglah ada orang nak wat entri membina semangat blogger baru camni. Good!:)

Blog Tiada Kepalsuan by Muhamaad Yunus - Memang tiada kepalsuan, huhu.. Entrinya semua simple-simple. Tak panjang berjela macam entri aku. hehe..

Blog Everything Happens For A Reason by Ada Sya - Aku suka writing dia sebab short form yang digunakan sangat minimum. Baru syok nak baca..:)

Blog Masrina Sidek by Masrina Sidek - Blognya sangat cantik dan ceria!=) Tapi agak heavy untuk upload page sebab banyak aplikasi kot..

Blog Mate Saye Bulat by Siti Zarizza - Suka tengok kad kahwin Memey-Norman Hakim dalam entri INI. Kita sependapatlah sebab suka tengok Norman ngan Abby masa dulu. huhu..

Blog Si Gadis Kepoh by Mishnurlin - Tergelak aku tengok gambar artis jadi gemuk dalam entri INI. Huhu.. Pandai dia edit gambar. hehe.. Nice blog also..:)

So, who will be in my next blogwalking list? InsyaAllah kalau ada kelapangan aku akan jalan-jalan singgah blog korang. To all followers, again many thanks to all of you. Sudi-sudilah jenguk entri saya ya.=) Selamat berpose... huhu..





Thursday, August 11, 2011

SimplySiti halal ke haram? Aku pilih Syahirah!

Alamak hai.. Sekarang ni macam-macam isu pasal agama Islam timbul. Dahlah time bulan-bulan puasa plak tu. Dengan isu gereja la, murtad la, blogger mangkuk ayun bernama Makcik Hajjah Sitt al-Wuzara la and macam-macam lagi. Apa nak jadilah Malaysia ni..? Agama Islam sesuka hati dipermain-mainkan. Dah nak kiamat agaknya. Hmm...

Tak payah pening-pening fikir pasal kehalalan SimplySiti, guna Syahirah pun boleh! Wakaka....:p

And yang latest tentang produk kosmetik yang terkenal yang diasaskan oleh penyanyi popular Malaysia iaitu Siti Nurhaliza. Apa lagi kalau bukan produk SimplySiti yang meletop-letop tu. Isu yang dibangkitkan adalah soal kehalalan produk tersebut yang dikatakan menggunakan bulu babi sebagai berus solekan! Mula-mula aku tak percayalah kot-kot ada orang nak sabotaj produk ni ke tapi bila terbaca surat daripada Jabatan Agama Islam Pahang yang dikongsi oleh rakan blogger, terkejutlah juga aku. Sebab salah satu produk yang tersenarai adalah SimplySiti. Berita ni dah lama tersebar tapi aku baru take part dalam isu ni sebab ingatkan ia sekadar gosip biasa.



Memang agak mengejutkanlah juga. Walhal beberapa hari sebelum tu aku terbaca dalam paper Sinar Harian yang Siti telah pun menafikan perkara ni. Mana satu yang betul? Wallahualam..


Berikut adalah kenyataan Siti yang menafikan berita yang tersebar luas ni, "Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut BUKANLAH bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti tetapi hanyalah berus yang terlibat di dalam kerja pembersihan di kawasan kilang dan kerja-kerja menyamak dan penyucian menurut syarak telahpun dilakukan bagi memastikan tidak ada apa-apa langsung yang tidak suci terdapat di dalam premis kilang tersebut lagi sebelum proses pembuatan produk dilakukan di kilang tersebut."

Tapi aku sendiri pun tak pernah guna produk ni walaupun masa awal-awal produk ni release di pasaran, aku agak excited nak beli. Yela, dah penyanyi kesayangan aku punya produk kan.. Tapi bila tengok part 'harga' tu, awal-awal aku surrender. Better aku stay dengan produk asal yang dah sah-sah Halal dan dah lama pun aku pakai. Apa lagi kalau bukan brand aku sendiri (Perasan jap);p iaitu Syahirah... Harga pun masih affordable. :) Tak perlu beli produk mahal-mahal untuk kelihatan cantik. Right? Tapi janganlah guna produk terlalu murah pula ye. Lagi bahaya!


"COSMETIC products containing goat’s milk, ginseng, aloe vera, liquorice extracts, thanakha, biotin and Vitamin C and E could do wonders to your skin. The Syahirah brand of products come with a halal certification. It carries a comprehensive range comprising whitening cream, cleansing lotion, compact powder, lipsticks in vibrant and pastel shades, hand and body lotions and perfume."- The Star Online


Cik Misya : Ada harapan tak nak jadi duta produk Syahirah? Ngehehe.. (Berangan!);p

Wednesday, August 10, 2011

Tetap support Butik Mama walaupun dilanda kontroversi, ok!

Aduhai.. Penat tul hari ni.. Tapi rasanya semalam lagi penat kot. huhu.. Hari ni steady lagi lah. Em cuma hari ni agak sedih ngan satu berita kat facebook. Actually bukan berita lah tapi satu pengumuman atau statement yang tak betul tentang sesuatu perkara tanpa usul periksa.. Jangan fikir bukan-bukan plak ye..;) Tapi sebenarnya more on produk. I mean bisnes-bisnes ni la kan.. 

As u all know aku one of the model Butik Mama.. Tapi untuk produk baru ni bukan aku lah yang peragakan. Kak Mia yang jadi model.:) Salah satu produk terbaru Butik Mama adalah Koleksi Selendang Zulaikha. Baru je keluar semalam tapi laris macam goreng pisang! huhu. Tahniah Kak Aina! 100 helai dalam masa 2 hari.. Perghh...! 


So, dalam pada-pada tu, ada pula yang salah sangka ingat design selendang ni diciplak aka ditiru daripada salah satu Butik yang memang terkenal dengan tudungnya. Kalau sekali imbas mesti korang dapat agak butik apa. Senang cerita aku panggil Butik F la ek. Mungkin dorang tak tengok, tak siasat, tak pastikan betul-betul selendang Zulaikha ni sama ke tak ngan design tudung dorang. On the day aku photoshoot tu, aku sendiri dapat lihat, pegang dan rasa (bukan ngan lidah lah) selendang ni macam mana. Memang berbeza sangat-sangat dari segi warna, jahitan, saiz, material dan design. Ropol-ropolnya juga dijahit dengan cara berbeza. Ia merupakan shawl yang perlu dililit selepas memakai inner. Manakala tudung Butik F pula dah siap-siap ada awning dan kainnya daripada material berbeza. 

Kasihan Butik Mama tak pasal-pasal kena kondem ngan pesaing sendiri. Tapi rezeki beliau, beliau dapat menjual selendang ni dengan sangat laku beb! Dugaan di bulan Ramadhan agaknya. Cuma aku terfikir, napelah orang Melayu suka sangat nak wat isu sebegini. Apa salahnya support sesama sendiri. Kaum sendiri, seagama, sebangsa.. Aku salute lah satu lagi Butik tudung yang sangat terkenal dengan modelnya Ekin dan Wardina iaitu Ariani. Aku tengok berlambak-lambak orang kat luar sana copy design dia, tapi relax je aku tengok. Malah ramai lagi yang datang membeli walaupun harganya aku sendiri tak mampu nak beli. huhu.. Sepatutnya rasa banggalah when gaya yang kita hasilkan menjadi inspirasi buat usahawan-usahawan yang lain. Sharing is caring..^_^ Tapi bukan bermakna dorang ambil bulat-bulat macam produk-produk dari negara China or Siam.  Take it positively.. Bukan kutuk-kutuk dalam facebook, rite..? Baru leh berjaya! Kan?;)

Aku sendiri pun bukan tak pernah beli tudung dari Butik F ni. Memang kualiti dia sangat baik. Awning elok je terletak, kain ringan (nipis) dan sangat mudah dipakai. Lilit sekali je dah siap. Memang inilah kelebihan produk dia. Cuma nak beli selalu tu memang aku tak mampulah. huhu..


Banding Butik Mama, kualitinya pun bagus tapi harga masih mampu milik. Sesuailah untuk golongan sederhana tapi masih leh bergaya. Butik Mama bukan sekadar menawarkan tudung tetapi produk utamanya adalah Jubah Bussaina yang diperbuat daripada kain lycra yang sangat selesa dipakai. Tak perlu digosok pun dah leh sarung je kat badan. So, apa yang nak dikecoh-kecohkan sangat kan? Masing-masing ada kelebihan masing-masing..:) 

Kita seharusnya yakin dengan kekuatan dan kelebihan produk kita. Janganlah bila tengok sama sikit, eh dia tiru lah, cetak rompak lah apa la. Yang VCD-VCD pirate tu lagilah berlambak-lambak jual kat luar. huhu.. (Tibe jek):p If kita confident, mesti takde masalah punya. Pelanggan tetap datang sebab dorang tahu dia ni punya kualiti camne, dia ni plak camne. Pusing-pusing, kat situ juga bertemunya. Sebab semuanya dalam kelompok bisnes yang sama

Papepun, to Butik Mama, jangan risau-risau ok. Will always support you! Inilah Butik pertama yang menawarkan aku jadi modelnya. Of courselah aku sentiasa support butik ni. Ownernya pun sangat merendah diri. Tu yang aku suka tu..=) Tapi aku tetap support semua butik-butik tudung/baju/shawl or pape pun yang diasaskan oleh anak Melayu especially yang menawarkan pakaian dan tudung untuk wanita muslimah. Makin bercambah-cambah sekarang ni.. Tak kiralah Butik A, B, F, J atau Z sekalipun sebab masing-masing ada trademark masing-masing. So, baguslah kan sebab banyak pilihan. Barulah meriah industri butik muslimah kat Malaysia ni.:)


Cik Misya : Sama tapi tak serupa..:)

Monday, August 8, 2011

Tahniah penjawat awam dapat duit raya tahun ini! =)

Syukur Alhamdulillah... Rezeki di Bulan Ramadhan.. First time la aku rasa nak ucap terima kasih bebanyak kat PM kita Najib. huhu.. Setelah bertahun-tahun kakitangan kerajaan tak dapat bonus, akhirnya tahun ini dibukakan pintu hati PM untuk memberikan bonus kepada penjawat awam sempena Aidilfitri ini. Tak percaya? Leh refer berita terkini dari BERNAMA.. "Kerajaan Umum Bonus Setengah Bulan Untuk Penjawat Awam, RM500 Untuk Pesara"


KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - BERNAMA

Pape pun syukur kepada Allah s.w.t yang memberikan rezeki ini. :) Patutlah barang-barang naik harga secara mendadak! Kuih sebiji RM0.50! Kalau saiz makin besar takpelah. Ni makin kecil! Memang beza gila lah harga makanan sekarang. Kalau orang yang susah/miskin/papa camnelah nak menyara kehidupan dengan kos hidup semakin meningkat. Kasihan dorang. Harap Najib ambil berat sikitlah golongan sebegini. Jangan sok JAIS wat serbuan lagi kat gereja udah ler.. Sebab orang Melayu miskin terpaksa menerima bantuan hidup daripada pihak gereja. Siapa yang patut dipersalahkan? Entahlah.. Yang penting muhasabah diri k. 


Dah dapat bonus tu, berpada-pada sikitlah bila berbelanja. Maklumlah kakitangan awam ni pantang je dapat bonus atau naik gaji. Mulalah berlumba-lumba nak beli itu ini menunjuk-nunjuk kat orang lain. Ni nak raya ni lagilah. Tengah bulan sok, menganga je takde duit sebab habis dijoli. Hopefully kawan-kawan aku kat sini tak macam tu k. Sambut Aidilfitri dengan penuh kesederhanaan dan keberkatan itu lebih baik. Tahniah wat mereka yang keje gomen ya!=)


Cik Misya : Ibu aku kata, Rosmah dah gadai cincin RM24 juta tu kot.. Dats why Najib dapat bagi bonus! Ngehehehe.. Kelakar je...;P

Kehebatan 4 ayat Quran!!

Sedikit pedoman pada petang 8 Ramadhan 1432 H ni.. Jom lihat kehebatan salah satu surah dalam Al-Quran yang mempunyai 4 ayat iaitu Surah Al-Ikhlas. Ayat-ayatnya pendek tetapi membacanya memberi 1001 nimat kepada pembacanya oleh Allah s.w.t...=)

1. "Au zubillah himinashsyaitan nirrajim.. bismillahirrahmanni rrahim"
Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

2. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut . Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

3. Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahawa si fulan ini telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari. 

4. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengkhatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

5. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:  Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000
malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. 

Sabda Rasulullah SAW lagi:

6. Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Sesiapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikutnya. Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.Subhanallah.. betapa banyaknya kelebihan yang Allah s.w.t kurniakan dengan hanya membaca Surah Al-Ikhlas yang singkat ni. Jadi, sama-samalah kita mengamalkannya..:)


Cik Misya : Thanks to Norina from JKN Pulau Pinang who sharing this knowledge..:)

Koleksi jubah terbaru dari Butik Mama cantik-cantik!

Salam semua.. Koleksi Butik Mama yang terbaru telah keluar! =) Jom tengok! Aku sertakan beberapa contoh jubah koleksi terbaru ni ok. Selebihnya please refer to website Butik Mama di SINI untuk mengetahui lebih details tentang harga dan cara pembelian. Ini sebagai membantu mempromosikan 1st butik yang invite aku sebagai modelnya. Thanks Butik Mama!=)

Koleksi MAimi... Bunga-bunga penuh pada jubah menceriakan si pemakai. hehehe.. (Nama koleksi ni diambil sempena nama aku AIMI)@_@



Koleksi MShereen.. Jubah corak bertingkat menampilkan kelainan..;)

Koleksi MAzni.. Mewah dengan ropol-ropol di dada dan hujung lengan. Warna-warnanya sangat ceria dan meriah untuk Hari Raya..

Koleksi MSuri.. Lengan kembang yang sangat vogue! huhu.. Sesuai untuk dinner juga..:)

Koleksi MSara.. Simple but nice.. Ada ropol-ropol.. huhu. Sesuai nak gi Majlis Rumah Terbuka di Hari Raya..=)

Set Ibu dan Anak... Sedondon berhari raya... Mesti jadi perhatian mata memandang.. ^_^


Koleksi MRaudah.. Design unik dan mempunyai pelbagai warna menarik..:)

Apa tunggu lagi? Jom serbu Butik Mama di Bandar Baru Bangi sekarang! Harganya pun sangat berpatutan. Ada mega sale tau! Aku pun tak melepaskan peluang sambar 3 pasang! hehe..


Cik Misya : Gambar adalah copyright by Butik Mama. Penyalahgunaan adalah dilarang sama sekali ok.

Sunday, August 7, 2011

Umat Islam semua, undi Palestin sekarang!!

Salam semua!! Umat Islam sekalian, mohon sebarkan dan bertindak segera!!


Google sedang menjalankan undian untuk menamakan 

Israel @ Palestin 

dalam peta Google Earth. 

Israel kini sedang mendahului.. !!

Anda ambil beratkan? Jom undi Palestin!!!


                                   Cara-caranya :

Pergi ke pautan ini....
 



Selepas itu..,

Klik Pada BeNdEra Palestin daN 

Tulis perkataan yang Di Beri..!

Kemudian vOte..!




Ini bukan contest ok!! Selamatkan bumi Palestin yang kian

 terancam dek kerakusan Yahudi Laknatullah!! 

Cepat VOTE for Palestin!!


Cik Misya : No place for Yahudi in this world..!!!

Saturday, August 6, 2011

WOW! Tak sangka dapat jadi model Butik Mama!;)

Salam semua... Alhamdulillah dah nak masuk seminggu kita menyambut Ramadhan yang mulia ni.. Syukur sangat-sangat dapat mengerjakan ibadah puasa di samping ibadah-ibadah yang lain. And yang paling aku tak sangka bulan Ramadhan ni, Allah s.w.t melimpahkan rezeki buat aku. Apa dia?;))

Alhamdulillah aku berjaya menyertai team modelling Butik Mama setelah lebih setengah tahun aku mencuba nasib. Terkejut juga aku masa mula-mula dapat panggilan. Huhu.. Baru-baru ni Butik Mama perlukan 2 orang model untuk menggayakan koleksi terbaru sempena Aidilfitri. Jadi, aku pun hantarlah beberapa keping gambar sebagai portfolio. Then, petang tu aku dapat message minta datang shoot! Antara percaya tak percaya je. hehe.. Yela, dah lama aku try tapi still takde peluang. Lagipun model-model yang terpilih sebelum ni semua cantik-cantik and ada experience.. Aku still baru lagi. So, memang sangat shock! hehe..

So, aku pun menghabiskan masa sehari berphotoshoot lebih kurang 80 pasang jubah koleksi terbaru Butik Mama sempena Hari Raya ni. Semuanya cantik-cantik. Rasa geram je. hehe.. Kalau anda semua still tercari-cari baju raya tahun ni, cubalah try Butik Mama. Jubah Bussaina dan Ainna's Scarves keluaran Butik Mama memang berbaloi untuk digayakan pada Hari Raya nanti. Harganya pun berpatutan. Sempena musim perayaan ni juga Butik Mama wat diskaun 10%-70%! JUALAN MEGA RAYA dari 30 Julai-30 Ogos 2011. Jom ke Butik Mama di Bandar Baru Bangi sekarang! Kalau ada kad keahlian VIP leh dapat diskaun lagi.:)

Antara koleksi menarik yang ditawarkan ialah sepasang jubah bagi dewasa dan kanak-kanak. Kira kalau ada anak perempuan, lehla pakai sedondon ibu dan anak untuk hari Raya nanti. Warna-warnanya pun sangat menarik..=)



Shoot dengan Maya.. Anak kak Aina (Owner Butik Mama).. Comel kan dia? Macam Mia Sara dalam cerita Adamaya tu. Maya ni pun sangat petah bercakap. Kitorang berlumba-lumba sape tukar baju paling cepat! hehe..


Untuk koleksi jubah Bussaina yang lain leh tengok page Butik Mama.. Anda leh beli secara online. Borong pun boleh!:) Kalau yang mana dekat-dekat tu leh je datang terus ke Butik Mama di Bandar Baru Bangi. Every month biasanya memang ada koleksi baru dari Butik Mama. Semua koleksi diperbuat dari material lycra. Kainnya sejuk dan mudah digayakan. And tak perlu digosok kalau malas! hehe.. 






Cantik-cantik kan? Warnanya pun ceria. Sesuai sangat dipakai untuk Hari Raya nanti...:) Yang corak bunga-bunga tu diberi nama Koleksi MAimi tau.. hehe.. 

So, apa tunggu lagi? Jom shopping di Butik Mama..!!^_^ Pape pun thanks to Kak Aina who give me an opportunity to become one of your model. She's so simple woman. Sangat sederhana walaupun dia seorang business woman yang berjaya. Also thanks to my MUA Kak Zila.. Make-up yang sangat cantik. Lembut and sejuk je tangan dia time mekapkan aku. huhu. Juga credit to Abang Man, selaku photographer (husband kak Aina).. :)

Kenangan with another models.. Shireen, Shikin, Mia and me..=)


Cik Misya : Habis shoot, kaki sangat sakit sebab kena pakai heel 5 inci dari pagi sampai petang! huhu..

Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...