Thursday, June 9, 2011

Trendy Dress with Romantic Style Contest

Salam semua.. Dah makan? huhu.. Okla malam ni ada kelapangan sikit untuk update blog. Walaupun kepala den ni agak berpinar-pinar daripada balik kerja tadi, tapi tetap rasa nak update blog jap. Tak tahu nape.. Nak kata tak makan, aku rasa hari ni la paling banyak aku makan! huhu.. Okla seperti title kat atas tu, aku nak share tentang 1 contest special yang aku join baru-baru ni.. Contest ni diberi nama Trendy Dress with Romantic Style..=)

1 lagi pengalaman outdoor photoshoot tapi konsep yang agak berlainan. Dianjurkan oleh Izz and Felix, contest ni berkonsepkan romantika de amor tetapi masih mengekalkan ciri-ciri kesopanan. Tiada gambar peluk-peluk, pegang-pegang or yang sewaktu dengannya. So, aku pun ambillah peluang join. Mula-mula nak cari mana-mana member untuk jadi model lelaki tapi Cik Abg ku awal-awal sudah kasi warning! hehe.. Cemburu ler tu.. hihi.. Last-last aku paksa dia join! Baru cukup syarat. kehkeh.. Kira photoshoot kali ini ala-ala pre-wedding la juga. @_@ huhu..

So, event ni diadakan di Taman Tasik Permaisuri Cheras. Pagi-pagi buta lagi aku, Mr. J and MUA aku Misz Yan dah bertolak ke sana. Kami team paling awal sampai ok! Dahlah memang team 1st yang register dalam event. huhu.. Photographer pula adalah adik-adik junior aku masa sekolah dulu si Acap and juga Mirul from Polarize Photography. Dorang ni still new, jadi aku bagi peluang untuk dorang kembangkan bakat. Walaupun kami tak berjaya dinobatkan sebagai pemenang tapi semangat kitorang tu yang best. Sepanjang photoshoot, asyik bergelak ketawa je. huhu. Okla cecite punya panjang, jom tengok several photos from our team (edited by me)..=)

Close-up on me..

Really love this picture! My real man!;))




Nostalgia de amor.. huhu..





Candid! hehe..


Menggapai impian bersama... Semoga tercapai... Amin...:)

Wif Cik Ayu yang sangat comel...:) Dia ni model Butik Mama tau. Dia pun partner ngan cik abg dia, Ayman from Orange Photography...;))

I'm happy!=)

Dah penat pose, bedal jela..:p

Make-up by Misz Yan..

Tangkap gambar ramai-ramai after photoshoot...

Jadi photog plak. hehe.. Cer cari mana aku..?;))

Ok dah. Nak tengok gambar asal? Lets click HERE from Polarize Photography.. Thanks to them for their efforts in this event. Also to my MUA, Yan.. Walaupun tengah pregnant, tetap semangat join event ni. huhu.. Thank you dear..=) Tak lupa juga pihak penganjur Izz dan Felix. Makanan yang disediakan memang sangat sedap! =) Cuma part air minuman tu kena perbaiki lagi sebab agak menyusahkan kena bayar berasingan. huhu.. Ok see you all in other entries.. InsyaAllah.. Salam...


Cik Misya : Lepas event, kecewa gak sebab photographer banyak tangkap gambar tak full. Tapi lepas aku edit-edit gini, cantik plak. hehe.. 

Sangat busy!

Waarghhh! Minggu ini sangat busy!!;(( Penat, ngantuk, letih, tak larat, semua ada la.. huhu.. Ni pun time lunch hour ni.. Saja gatal tangan nak tengok blog. :p

Takde apa nak story pun.. Seriously sangat busy skarang. Next week ada event besar. Nak kena prepare macam-macam. Hmm... Dengan selesema nya lagi. Hidung oh hidung tolonglah pulih. Kalau tak aku asyik kena perli je dek suara sengau ini! haha.. Okla nak sambung kerja! Papai..=)



Cik Misya : Yang penting semua kerja siap ok!

Monday, June 6, 2011

Minit-minit yang sangat berharga untuk memohon segala-galanya daripada Allah s.w.t


Minit-minit sangat berharga dalam hidup

Tempat mengadu, meminta, dan kembali segala urusan bagi orang beriman hanyalah Allah.. Rasulullah SAW memberitahu minit-minit yang sangat berharga untuk mengadap dan memohon kepada Allah adalah seperti berikut:


1. Waktu sepertiga malam terakhir saat orang lain terlelap dalam tidurnya.
Allah SWT berfirman Petikan dari Surah Adz Dzariyat: Ayat 18-19:  “….Mereka para muttaqin sedikit sekali tidur di waktu malam, dan di akhir malam, mereka memohon ampun kepada Allah ”.
Rasulullah SAW bersabda: “Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke langit yang terendah, iaitu saat sepertiga malam terakhir, maka Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepadaKu maka Aku kabulkan, siapa yang meminta kepadaKu maka Aku berikan kepadanya, dan siapa yang meminta ampun kepadaKu maka Aku ampunkan untuknya ” – Petikan dari Hadis Riwayat Al-Bukhari.

Dari Amr bin Ibnu Abasah mendengar Nabi Muhamad SAW bersabda yang maksudnya :“tempat yang paling mendekatkan seorang hamba dengan Tuhannya adalah saat ia dalam sujudnya dan jika ia bangun melaksanakan solat pada sepertiga malam yang akhir. Kerana itu, jika kamu mampu menjadi orang yang berzikir kepada Allah pada saat itu maka jadilah ” – Petikan dari Hadis Riwayat  At-Tirmidzi dan Ahmad.
2. Waktu antara azan dan iqamah, saat menunggu solat berjamaah
Rasulullah SAW bersabda : “Doa itu tidak ditolak antara azan dan iqamah, maka berdoalah!” – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban.

Hadis Abdullah bin Amr Ibnul Ash ra, bahawa ada seorang laki-laki berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya para muadzin itu telah mengungguli kita,” maka Rasulullah SAW bersabda: “Ucapkanlah seperti apa yang diucapkan oleh para muadzan itu dan jika kamu selesai (menjawab), maka memohonlah, kamu pasti diberi ” - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Hibban.
3. Pada waktu sujud, iaitu sujud dalam solat atau sujud-sujud lain yang diajarkan Islam. (seperti sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi).
“Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa”  - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim.

 Dan dalam hadis Ibnu Abbas ra, ia berkata: “Rasulullah SAW membuka tabir (ketika beliau sakit), sementara orang-orang sedang berbaris (solat) di belakang Abu Bakar ra, maka Rasulullah SAW bersabda; ”Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak tersisa dari mubasysyirat nubuwwah (khabar gembira lewat kenabian) kecuali mimpi baik yang dilihat oleh seorang muslim atau diperlihatkan untuknya. Ingatlah bahawasanya aku dilarang untuk membaca Al-Qur’an ketika ruku’ atau ketika sujud. Adapun di dalam ruku’, maka agungkanlah Allah dan adapun di dalam sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa, sebab (hal itu) pantas dimaqbulkan bagi kamu semua ”  - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim.
4. Setelah solat fardu. Iaitu setelah melaksanakan solat-solat wajib yang lima waktu, termasuk sehabis solat Jumat.
Allah berfirman: “dan bertasbihlah kamu kepadaNya di malam hari dan selesai solat”– Petikan dari Surah Qaaf Ayat  40.
  “Rasulullah SAW ditanya tentang bila doa yang paling didengar (oleh Allah), maka beliau bersabda: “Tengah malam terakhir dan setelah solat-solat yang diwajibkan ”– Petikan dari  Hadis Riwayat  At-Tirmidzi.

5. Waktu-waktu khusus, tetapi tidak diketahui dengan pasti batasan-batasannya.
 “Sesungguhnya di malam hari ada satu saat (yang mustajab), tidak ada seorang muslimpun yang bertepatan pada waktu itu meminta kepada Allah kebaikan urusan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti memberi kepadanya ” – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim.

Dalam kitab Al-JAwabul Kafi dijelaskan: “…JIka doa itu disertai dengan hadirnya kalbu dan dalam penuh khusyu’ terhadap apa yang diminta dan bertepatan dengan salah satu dari waktu-waktu yang ijabah yang enam itu iaitu :-
PERTAMA - sepertiga akhir dari waktu malam,  KEDUA - ketika azan, KETIGA - waktu antara azan dan iqamah, KEEMPAT - setelah solat-solat fardu, KELIMA -  ketika imam naik ke atas mimbar pada hari Jumaat sampai selesainya solat Jumaat pada hari itu, KEENAM - waktu terakhir setelah Asar.

Cik Misya : Setiap saat adalah berharga dalam kehidupan manusia tetapi Allah telah beri waktu yang khusus hanya untuk hamba-hambanya tawadduk mengadap dan memohon sesuatu daripadaNya.. Jadi, janganlah disia-siakan minit-minit tersebut..:)

Sunday, June 5, 2011

1st Portfolio by Photophobix.. Kelas lighting yang sempoi..;))

Salam semua... Sempat juga aku update blog ye.. Actually sejak kebelakangan ni aku dah kurang idea nak story apa dalam blog aku ni. Karang cerita pasal diri aku, terlebih merepek meraban plak karang. huhu.. 

So, malam ni baru aku teringat tentang 1 job photoshoot yang aku pernah join. Thanks to Abg Yusree Senpai yang sudi invite aku untuk jadi talent dalam aktiviti group dia on that day. Kebetulan, tempat photshoot pun tak jauh. Dekat je kat rumah aku. Jalan kaki pon boleh! huhu.. Lagipun memang Abg Yus nak talent yang duk dekat-dekat. Senang...

Actually sejarah aku bermula dengan team Photophobix ni bermula selepas event Arabic Photoshoot (leh refer entri INI). Abg Sani yang menjadi photog team aku masa tu yang invite join group photophobix. Korang ada facebook? Leh refer page dorang kat SINI. Dorang ni sebenarnya 1 team yang terdiri daripada photographer-photographer otai, MUA dan juga talent. Tapi asasnya lebih kepada nak share teknik-teknik dan ilmu dalam bidang photography. Dorang semua memang sempoi. Otai-otai semuanya. Mana-mana photographer yang nak share ilmu atau nak tunjuk ajar dari abang2 and kakak2 photographer ni, leh je join group dorang ni. =)

Okla cecite-cecite, melalut dah aku ni. huhu. Pada 15 mei 2011, Abg Yusree Senpai invite aku join aktiviti pertama Photophobix iaitu sesi belajar Lighting untuk Photoshoot dalam Studio. Jadi, aku dijemput sebagai model untuk aktiviti ni. Kira Abg Yusree nak share ilmu kat kawan-kawan photophobix yang lain cara-cara nak tangkap gambar dalam studio. Sebab mostly phootgrapher banyak teror shoot outdoor je. Bila dalam studio, lighting la yang diutamakan. Aku pun secara tak langsung sama-sama belajar. Ada 1 teknik tu, dinamakan "Butterfly".. =) Nak tahu hasilnya? Jom tengok gambar-gambar aku kat bawah ni.. 

Photog by Kak Aida.. Aku tak ingat nama teknik ni tapi ia untuk dapatkan mata yang sharp. Means, leh nampak lah urat-urat mata tu. Especially untuk fokus mata yang pakai contact lens.  huhu..

Ni koleksi Abg Zaidi.. Banyak gak shoot dia ambil.. Tapi dia kira salah seorang photog yang bersungguh-sungguh nak belajar.;)

Teknik ni yang dipanggil Butterfly kalau tak silap. Tang mana tu? Cer tengok kat bawah hidung. Ada bayang-bayang kan? Itulah Butterfly. Kalau gambar yang betul-betul cantik, Butterfly akan kelihatan sampai bawah dagu, bibir dan mata. Sebab lighting betul-betul kat depan muka talent. Biasanya lighting ni untuk shoot model iklan produk kecantikan..=)


Photog by Abg Zaidi.. Edited by me.. huhu... Koleksi gambar pasport versi terbaru! Ahakss...;P Maaflah kalau gambar agak kaku sebab dah disuruh sebegitu. Shoot ni hanya untuk test lighting je. Takleh nak pose over-over.. hehe..

Pose berangan atas kerusi. Habis je aktiviti ni tiap orang kena tangkap gambar kat kerusi ikut kreativiti masing-masing termasuk photographer ok! haha.. 

Lighting dari sudut 45 darjah.. 

Last pose! huhu...

Ok, inilah sebahagian team Photophobix..:) Gelagat dorang ni memang wat semua tak kering gusi. Ada je benda-benda kelakar yang dorang wat. huhu.. Nice to see all of you.. ^_^



Cik Misya : Alhamdulillah, ni lah rezeki pertama aku dapat selepas join bidang modelling. Walau pun tak banyak, rasa macam syukur sangat-sangat. Thanks Abg Yus! Kalau ada lagi jangan lupa invite k..=)

Senarai baru produk dari Taiwan yang kena banned!!!

Tak best tul kena datang kerja hari Ahad..:( Waaarghhh tak bestnya! Hari ini hari ahad tapi sungguh tak best!:( Awat ni Cik Misya oiiii?? haha.. Memang hari ni tak best sebab kena jaga Bilik Gerakan "Pencemaran Di(2-Ethylhexyl) Phtalate (DEHP) dan Di-Isononyl Phtalate (DINP) dalam makanan import dari Taiwan!" haa amik kau! huhu.. Berbelit tak lidah korang nak menyebutnya? huhu..

Antara produk yang terlibat...



As i mention in my entry named Jus Sunkist Kena Banned, so aku sebagai Food Technologist di Ministry of Health ni kenalah menjalankan tugas yang dipertintahkan. "Saya menurut perintah" ye..;))) Huhu... To ensure semua pintu masuk pelabuhan Malaysia ni dipantau, so kami pun kenalah mengambil langkah berjaga-jaga supaya produk yang di banned daripada Taiwan tu tak masuk negara kita. Kesihatan rakyat perlu diutamakan ok! Gitu...:) Dah ala-ala tentera yang menjaga sempadan pula ya.. huhu..

Actually prosedur sebegini memang sering berlaku. Ingat lagi tak isu Melamin di dalam Susu Bayi dari negara China? Also isu makanan yang dicemari radiasi daripada negara Jepun? Juga isu Bisphenol A dalam botol susu bayi? Jadi, tugas kami seperti biasa mengaktifkan bilik gerakan serta-merta. Inilah salah satu tanggungjawab yang perlu dipikul oleh kami bila bekerja di Kementerian. Hari Sabtu dan Ahad pun kena datang kerja tau. Kadang-kadang kena balik sampai 2-3 pagi untuk siapkan apa-apa perkara berkaitan isu keselamatan makanan dalam dan luar negara sebagaimana yang diarahkan oleh Pak Menteri Kesihatan... Dato' Liong Tiow Lai. 

So, hari ni aku terkena plak giliran aku untuk jaga bilik gerakan. Takpelah, bukan susah sangat pun. Syukurlah hari Ahad tak banyak sangat benda nak dilaporkan sebab makmal semua tak wat sampling. Pintu masuk pun tak bergerak aktif sangat macam weekdays. Okla kan..

Untuk tahu senarai produk terbaru boleh refer online newspaper here...





Cik Misya : Baik korang beli buah-buahan sendiri, blend and minum! Lagi selamat dan fresh!=)


Saturday, June 4, 2011

Mana nak cari benda alah ni..???

Adus... Peningnya kepala ku..! huhu... Gara-gara untuk event 12 Jun ni aku agak stress mencari sesuatu untuk kelengkapan pada hari tersebut. Event apa tu? Jeng-jeng-jeng.. Surprise! hehe... Dah banyak sumber aku cari tapi masih belum berjumpa. Pening memang pening.. Ada juga tanya-tanya orang lain tapi masih belum dapat membantu diri ini.:p

Actually aku nak cari aksesori untuk baju tradisional vietnam! huhu.. Korang mesti pernah tengok kan orang Vietnam punya baju camne.. Cantik je dorang pakai kan? Nama baju tu Ao Dai (Sebutan vietnam: Aou Yai) Aku ada beli sepasang baju tu masa aku berkunjung ke negara Vietnam pada tahun... entah, dah tak ingat.:p. Tapi sayangnya, baju tu hanyalah baju. Aku tak berkesempatan nak beli topi/headgear untuk pelengkap busana vietnam tu..! So, event 12 Jun ni memerlukan aku dapatkan pakaian vietnam dengan lengkap! 

Aku sangat admire topi merah tu!! huhu..


Ni pun cantik..:)


Waaarghh.... memang pening nak cari. Kalau tak lengkap, tak jadilah tema vietnam yang team aku nak..:( Em camne ni...?? Aku ada minta tolong somebody yang kebetulan nak gi Vietnam. Harap-harap dia belikanlah topi tu. Amin9999x! Jenuh nak mencarinya...! Rata-rata aku tanya kedai kostum plak, takde kostum vietnam. Yang ada, aku plak tak free nak gi tempat dorang. Time aku free, dorang plak tutup. Hmm...

Kawan-kawan semua tahu ke tempat mana yang terdekat area Putrajaya, Bangi, Kajang, Serdang or mana-mana yang ada perkhidmatan menyewa kostum? Kalau dapat sponsor lagi baguih! haha.. Over plak.. huhu.. Harap-harap berjayalah aku mendapatkan topi tu... Kalau tak, pakai jela topi keledar! hahaaha.. Ok cau! Salam....


Cik Misya: Nasib baik takde orang lain pilih tema yang sama. Kalau tak lagi pening nak tukar tema lagi. Hopefully photog and MUA pun ok ngan tema tu. Chaiyok-chaiyok!!

Thursday, June 2, 2011

Jus Sunkist kena banned!!

Buat penggemar jus Sunkist keluaran Country House Inc dari negara Taiwan, sila berhati-hati ok. Ada food alert daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia tentang produk jus tersebut yang tercemar dengan bahan kimia tak sepatutnya..

"Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati supaya orang ramai tidak membeli minuman SUNKIST LEMON JUICE, SUNKIST LEMON JUICE DRINK WITH ALOE VERA PULP, SUNKIST ORANGE JUICE DRINK, SUNKIST ORANGE JUICE keluaran Country House Inc., Taiwan dan produk UNI-PRESIDENT ASPARAGUS JUICE keluaran Uni-President Enterprise Corp., Taiwan yang dicemari oleh bahan kimia DEHP." Sumber BKKM.

Nak tahu produknya macam mana? Sila rujuk gambar-gambar senarai produk Sunkist yang terlibat dalam link INI.


Menteri Kesihatan Malaysia, Dato' Sri Liow Tiong Lai telah mengeluarkan kenyataan akhbar tentang perkara ini dan korang bolehlah rujuk artikelnya di SINI

So, to all my friends please alert yourself towards this and be carefull when choosing any food products ok..=) Stay healthy ya! huhu..



Cik Misya : Sebarang maklumat terkini tentang Food Safety and Quality boleh refer website fsq.moh.gov.my.

Aku berjaya menjadi matchmaker! Congratz Adzan & Amyra!=)

Salam semua.:) Hehe.. Mahu berkongsi cerita.. Cerita sebuah kisah cinta! huhu.. Aku tak sangka la aku leh jadi matchmaker yang berjaya! hehe.. Syukur Alhamdulillah akhirnya mereka mengikat tali perkahwinan yang suci setelah melalui pelbagai ranjau dan dugaan. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..
huhu.. Tibe jek kan??;p

Okla, nak ceciter skit.. Ini kisah cinta antara sahabat merangkap cousin aku bersama rakan baik ku semasa study di UKM. Aku ni kira jadi orang tengahlah memperkenalkan dorang berdua. Cousin aku ni kebetulan saudara dengan salah seorang Makcik aku yang berasal dari Batu Pahat, Johor. Kira pusing-pusing, kat situ jugalah perginya. Huhu.. 

So setelah bertahun menganyam cinta, berulam duka dan tawa, Alhamdulillah tanggal 28 Mei 2011 yang lalu Adzan dan Amyra diijabkabulkan.. Syukur.. Aku rasa happy sangat-sangat sebab berjaya satukan mereka berdua. Jodoh namanya kan...=) So, the next day nya kebetulan kakak sepupu aku bertunang di Jaybee, petangnya aku rush ke Batu Pahat memenuhi jemputan pihak pengantin.. Walaupun dengan keadaan tak sihat, terpaksa telan panadol berbiji-biji, ku gagahkan jua singgah ke majlis dorang. Excited nak gi tau! huhu.. Habis pengantin dok canang akulah yang memperkenalkan dorang. Naik segan aku. hehe..



Selamat Pengantin Baru Adzan & Amyra...=)


Ambil berkat daripada kedua-dua mempelai! Ngehehehe..;))


Sempat merakam kenangan bersama-sama family aku.. Jauh tau datang ni! huhu..

Pelamin yang sangat cantik! Like3x!:)

Wish both of you happy forever and ever.. Cepat-cepat dapat baby tau! Hihihi..;)))

Cantik kan Amyra? Lawa baju ni.. Tema black and white, lain dari yang lain.. Good!=)

Jadi, aku ucapkan Selamat Berbahagia wat Adzan dan Amyra.. Semoga dapat menjalani alam rumah tangga dengan sebaik-baiknya.. Amin...^_^




Cik Misya : Baru tadi ibu aku bagitahu, ada kawan-kawan office dia suruh aku carikan jodoh untuk dorang plak! haha.. Anakmu ini pun masih tertunggu-tunggu jodohnya ibu...^_^ Mr. J! Sila jawab!!;)))

Tuesday, May 31, 2011

Congratz to Kak Yon & Abg Nazli on your engagement day..! =)

Salam semua... Apa khabar..? Lama aku tak update blog aku ni.. Beberapa minggu ni memang sangat busy.. Sampai aku jatuh sakit, demam 3 hari! Semalam langsung tak boleh bangun. Kepala berat ala-ala migrain. Hari ni Alhamdulillah dah leh bangun and wat kerja ringan-ringan.. Nasib baik dapat mc 2 hari.. Leh la rest secukupnya.. 

Okla, tanak cerita panjang-panjang. Entri ni nak story about my cousin's engagement ceremony at Jaybee..:) Tanggal 29 Mei 2011, tersarunglah cincin di jari manis Kak Yon sebagai tanda pertunangan bersama insan dicintai, Abg Nazli.. Congratz Kak Yon! Happy for u.. huhu.. So, kali ni aku pun try la jadi MUA (make-up artist) and photog! huhu.. Bakat yang ada serta ilmu yang dipelajari sedikit sebanyak telah aku gunakan untuk membantu Kak Yon semasa majlis pertunangannya.. Thanks to Kak Farina yang pernah mengajarku cara-cara mekap dengan betul (leh refer entri ini) and thanks also to my opismate Nazri yang sudi bagi aku pinjam kamera DSLR yang best tuh! haha.. Menggeletar gak tangan pegang kamera mahal-mahal nih!:p Alhamdulillah kamera Nazri masih selamat di tangan aku.. huhu.. Seriously azam nak beli DSLR sebiji semakin berkobar-kobar. Mana tahu aku leh jadi professional MUA or photog plak after this. But modelling tetap takkan dilupakan.:) 

Okla, just sharing my experience in my cousin's engagement ceremony.. Become a MUA and photog. huhu.. Lets see what was happen there..;)

Hasil sentuhan jemari ku.... Comel tak Kak Yon aku ni? huhu.. thanks Kak yon cause beri kepercayaan pada Syira untuk mekapkan Kak yOn on your engagement day..:) Alhamdulillah dapat banyak pujian.. Syukur...^_^

Hantaran daripada pihak perempuan.. 7 dulang..


Saat cincin disarungkan oleh bakal ibu mentua.. Kak yOn neves gila masa ni..! Sure sejuk tangan dia. huhu..

Mencium tangan bakal ibu mentua..:)


1 happy family.. Mokde, Kak Nor, Kak yOn, Pokde & anak saudara aku si Apis..

Amik berkat.. Aku & kak YOn, ngehehehe... (Walaupun aku tengah demam, tugas yang diamanahkan tetap berjalan) huhu..

Spontaneous and classic...;)

Ayu gitu... Pinky theme, my feveret theme..=)

Kak yOn wif sorang lagi anak saudara.. Hazieqah..

Sebahagian family belah lelaki.. From Malacca..

Cincin tersarung di jari manis.. Fuhh lega tak rasanya kak yOn? hehe..

"Aku dah tunang!" hehe..;))

Seri pengantin...=)

Hantaran daripada pihak lelaki..

Corat-coret sepanjang majlis..:)

Tahniah Kak YOn.. Semoga happy dengan Abg Nazli hingga ke jinjang pelamin.. Amin..=)



Cik Misya : Tak sangka rupa-rupanya aku ada bakat wat macam-macam benda. Syukur Alhamdulillah.. Semuanya kurniaan Allah s.w.t. Thanks to Pokde yang bagi support kata aku leh buka butik andaman sendiri lepas ni. huhu. InsyaAllah...=) Tapi kena gi cari ilmu banyak-banyak lagi untuk asah bakat yang terpendam.. huhu..


Nota: Saya budak baru belajar, kalau tak cantik harap dimaafkan. huhu..

Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...