Salam. Rezeki semalam singgah office jap kebetulan nak ambil something. Tengok atas meja ada sekotak hadiah yang comel ni. Rupa-rupanya daripada our Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Speciall for every gomen staff. Alhamdulillah rezeki..
Friday, May 15, 2020
Thursday, May 14, 2020
Lahirnya Dhiya Soffea..
Salam. Wow sebulan lebih my blog tak ber update any entry. Ke mana saya menghilang? Huhu. Actually tak ke mana pun. Just nak share good news, saya dah selamat bersalin 2nd baby pada 29 March 2020 yang lepas. Alhamdulillah..
Tepat jam 3.03 pagi lahirlah puteri kedua kami di Hospital Putrajaya (HPJ). Disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, kali ni saya beranak sengsorang without my husband di sisi akibat new SOP yang ditetapkan oleh HPJ. Huhu sedih but atas doa dan sokongan husband & family, saya berjaya beranak dengan selamay secara normal. Kali ni duk dalam labour room dalam setengah jam je terus baby keluar. Syukur dipermudahkan..
Dats why saya tak sempat nak jenguk blog ni sampai berhabuk dah. Hehe. Ni kebetulan dah habis pantang, mommy dapat me time jap, so updatela sedikit khabar berita di sini. Dah ada anak dua ni bertambah busy la saya. But Alhamdulillah anak 1st saya, Erina menerima kehadiran adiknya dengan happy. Siap tak sabar nak ajak adiknya main sama-sama. Dah tunjuk-tunjuk dah mainan dia ada kat adiknya. Haha. Yang penting dia sayang adiknya sampai asyik nak kiss je adiknya. Moga Erina sentiasa jadi kakak yang penyayang.
So what is her name? Kakaknya Dhiya Sherina. Bagi mengekalkan trademark 'Dhiya' tu, adiknya diberi nama Dhiya Soffea.. Means 'Cahaya Bijaksana'. Moga anak ini membesar dengan sihat, cergas dan bijaksana seperti namanya. Amin..
Misya : Sis bertemu sis.
Saturday, March 28, 2020
Erina nak jadi doktor frontliner Covid19?
Salam. Musim-musim Covid19 ni, anak saya pun dah start kebosanan duk uma agaknya. Kelmarin dia suruh daddy ambilkan mainan doktor-doktor kat belakang rak mainan dia. Mainan tu tak buka lagi sebab masa dapat mainan (hadiah birthday) tu umur Erina baru setahun, so tak sesuai lagi nak bagi dia main. Laa ni dia semakin bijak, dah bosan main toys yang ada, so dia suruh daddy dia bukak mainan doktor-doktor ni.
So beberapa hari ni dia dok bergaya la dengan spec mata dan stetoskop mainan ni.
Mana lah tahu dah besar nanti nak jadi doktor kan? Boleh follow jejak langkah Mak Dah nya, (Adik husband saya) yang bertugas as doktor di Sarawak sekarang. Antara frontliner yang pi cari orang-orang yang ada close contact dengan pesakit Covid19 di sana. Moga Allah lindungi beliau di sana.
Sukalah tu mommy and daddy puji-puji dia comel. Tersenyum simpul gitu. Macam-macam hal anakku ini. Ginilah quality time kami wat sementara waktu Perintah Kawalan Pergerakan ni. Layankan aje..
Ok gaya doktor dah ada tu. Huhu. Tak kisah lah nak nanti dah besar nak jadi apa as long as komited whatever you do. Bagus juga jadi doktor, boleh rawat mommy and daddy nanti if kami sakit. hehe..
Misya : Pernah bercita-cita nak jadi doktor pakar mata sebab nak rawat mata my mom.
Resipi Ayam Masak Kicap Simple
Salam. Semalam saya langsung takde idea nak masak apa untuk dinner. Tengah dok borak-borak dalam wasap group family, my mom inform dia masak Ayam Masak Kicap. Fuhh terus terliur dan dengan pantas saya ke dapur menyiapkan Ayam Masak Kicap. Sangat simple! Resipi ni inspired by my mom, Johorean style. Kira resipi turun-temurun la ni.
Bahan - Bahan
Ayam
Bawang Besar
Bawang Putih
Halia
Kulit Kayu Manis
Kicap Manis
Kicap Masin
Cili Merah
Air
Garam (Untuk goreng ayam)
Kaedah Memasak
1. Goreng ayam terlebih dahulu dengan sedikit garam. Dah garing, bolehlah diangkat dan asingkan.
2. Gunakan minyak yang sama goreng ayam tadi (boleh kurang sedikit if tak suka banyak minyak), then tumiskan bawang putih, bawang besar, dan halia yang telah dihiris. Then masukkan kulit kayu manis.
3. Agak-agak bawang dah kuning, bolehlah letakkan kicap manis dan masin ikut sesedap dan sebanyak mana diingini. Cuma portion kicap masin jangan terlalu banyak ya. Lebihkan kicap manis takpe. Boleh juga tambahkan air untuk bagi lebih kuah. Taburkan cili merah yang dah dihiris-hiris.
4. Lepas kuah kicap tu dah mendidih, bolehlah masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sampai kuah kicap tadi rata di sekeliling ayam.
Ok siap! Bolehlah dimakan dengan nasi panas-panas. Simple je kan? If taknak ayam, boleh ganti dengan telur goreng atau ikan goreng.
Misya : Berkicap tiap hari fikir nak masak apa.
Friday, March 27, 2020
Pengasuh bagi diskaun bayaran RM50
Salam. Syukur Alhamdulillah rezeki my daughter Dhiya Sherina dapat pengasuh yang sangat baik hati. Dapat diskaun RM50.00 untuk bayaran mengasuh Erina bulan Mac. Memang sejak hari kedua Restriction Movement Order (RMO) dah tak hantar Erina ke rumah pengasuh. Saya dan husband pun work from home je. Suddenly dapat whatsapp dari Kak Ayu minta bayar RM300 je untuk bulan Mac, syukur sesangat. Terharu pun ada siap mendoakan saya dan baby dalam kandungan.
Kalau ikutkan bayaran mengasuh RM350.00 di area Putrajaya ni kira tersangatlah murah. Tu pun Kak Ayu bagi diskaun lagi. Alhamdulillah so far dia jaga Erina pun bagus. Siap dah wat RMO kat anak-anak dia since bulan Januari lagi. Untuk pastikan keselamatan anak-anak asuhan beliau. Saya doakan Kak Ayu dan keluarga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Allah saja dapat membalas kebaikan beliau. Thank you Kak Ayu!
Misya : Rezeki dapat jumpa orang baik-baik.
Pak Udaku tercalon dalam pemilihan Parti Bersatu
Salam. Oopss bukan nak story pasal politik ya. Just nak share one of my uncle (adik ayah saya) which kami panggil Pak Uda yang aktif dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Tak sangka beliau sangat berminat dengan politik sampai tercalon dalam pemilihan Timbalan Ketua Bahagian Wangsa Maju.
Which one is my Pak Uda? Hehe.. Gambar paling kanan sekali tu lah beliau. Fauzan Dawan namanya. Mana-mana ahli Parti Bersatu tu tolonglah undi beliau nanti. Wakaka.. Boleh tak gitu? For your information, saya tak join mana-mana parti politik pun. Tapi bila ada ahli keluarga yang aktif terlibat ni, tak salah kot bagi support. Lagipun Pak Uda saya ni memang antara yang sentiasa ambil tahu keadaan masyarakat setempat especially isu tanah di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Apa-apa pun all the best to my Pak Uda. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan yang tengah berlangsung ni, pemilihan ni ditangguhkan rasanya. Tak kisah kalah atau menang, moga Pak Uda dapat berbakti kepada rakyat setempat sebaik-baiknya nanti. Good luck!
Misya : Tak sokong mana-mana parti politik.
Bos saya masuk TV3 Suara Konsumer - Mesin Jual Air
Salam. Wow baru-baru ni my boss Mr. Shanmugam masuk TV3 untuk rancangan Suara Konsumer berkaitan topik Mesin Jual Air. Tau kan Mesin Jual Air tu apa? Ala yang korang selalu jumpa kat kaki-kaki lima depan kedai ada mesin air, masuk 10sen boleh dapat 1 liter air mineral tu. Biasanya students or foreigner yang suka beli air dari mesin-mesin ni. So sebagai pengguna, uols kena tahu mesin jual air tu selamat ke tak. Camne nak tahu? Makesure ianya berLESEN under Kementerian Kesihatan Malaysia. So, team Suara Konsumer hari tu datang office saya untuk interview my boss berkaitan lesen Mesin Jual Air ni.
Last week slot ni dikeluarkan. Proud of you Encik Shan! hehe..
Terbaiklah boss bagi explanation. Tepat, padat dan jelas. huhu..
Kelihatan beberapa Pegawai Kesihatan Persekitaran dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya buat operasi menyita mesin-mesin jual air yang tidak berlesen.
My friend, Kak Ecot pun masuk TV! Cayalah kak Ecot. Hehe.. Glamour gitew..
Contoh mesin jual air yang disita kerana beroperasi tanpa lesen. So buat pengusaha-pengusaha mesin ni, pastikan uols melesenkan mesin masing-masing sebelum beroperasi. Dah beli mesin mahal-mahal tapi tak berlesen, kena sita, kan dah rugi?
Ni sedikit sedutan yang sempat saya rakam masa Mr. Shan ditemuramah. Actually secara ringkasnya why kena beli air dari mesin yang berlesen? Sebab bila berlesen means, mesin tersebut diselenggara dengan baik. Kebersihan, keselamatan dan kualitinya lebih terjamin. Sebelum dilesenkan, sample air akan diuji dari segi kimia, mikrobiologi, fizikal dan tahap radioaktif terlebih dahulu di Jabatan Kimia Malaysia. So uols if nak beli air dari mesin-mesin ni, makesure ada lesen KKM yang masih valid tau.
Selain Mesin Jual Air, terdapat juga produk lain yang perlu dilesenkan iaitu ais, air mineral dan air minuman berbungkus. Basically our team incharge untuk semua lesen-lesen ni. Dan saya sendiri incharge untuk permohonan lesen ais. Tanpa lesen, mesin or kilang anda tidak dibenarkan beroperasi ya! Tindakan enforcement boleh dikenakan kalau ingkar. But apa-apa pun untuk info lanjut uols boleh visit http://fsq.moh.gov.my atau Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk memohon ya!
Info-info lain berkaitan keselamatan dan kualiti makanan boleh visit fanpage Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Misya : Jangan main mesin kuda.
Teruja dengan Homemade Icecream by Creamade Creation
Salam semua. Anda peminat aiskrim? Atau teringin nak belajar cara nak wat aiskrim homemade sendiri? Just want to share with all of you, salah 1 produk aiskrim homemade, diasaskan oleh rakan saya, Kak Saadah Mastura iaitu Creamade Creation. Beberapa bulan lepas saya bertuah diberi peluang untuk review one of their new product which is aiskrim berperisa Candy Bubblegum.
Comel tak saya? Eh silap! Comel tak aiskrim yang saya pegang tu? hehe.. Itulah dia aiskrim Candy Bubblegum. New flavour, baru je launching by Cremade Creation. Actually Creamade Creation ni memang sentiasa bereksperimen dengan flavour-flavour baru yang lebih inovatif mengikuti citarasa rakyat marhein zaman sekarang. huhu.
Untuk Candy Bubblegum ni seriously sangatlah sedap! Bau dia sangat wangi dan menyelerakan. If uols pernah makan chewing gum, ala-ala gitulah bau dan rasa dia. But this one lagi super yummy!
Thank you founder Creamade Creation sudi bagi saya rasa aiskrim Candy Bubblegum ni. For those yang interested untuk dapatkan aiskrim ni boleh visit fanpage Creamade Creation atau singgah IG dorang di SINI. Ada servis penghantaran tau. If yang nak wat biz sendiri boleh join class belajar wat aiskrim bersama-sama dengan founder. Even kalau anda ada nak wat any event pun boleh dapatkan servis Creamade Creation ni.
Packaging dia pun menarik. Tak sarat sangat but still menarik minat untuk customer beli. So jangan lupa contact fb or IG Creamade Creation untuk dapatkan aiskrim ni. Selain Candy Bubblegum ni ada lagi flavour-flavour yang lagi super sedap.
Comel kan? huhu..
Abaikan muka excited saya ni. Haha.. Makyong teruja bila dapat aiskrim free!
Misya : Support bisnes kawan-kawan.
Thursday, March 26, 2020
Resipi Sambal Belacan Paling Mudah!
Salam. Haa mana yang bosan duk kat uma tu, sebagai menambah perisa dalam makanan, why not buat sambal belacan ni ha. Anak-anak dara tu daripada duk terperap dalam bilik main fon atau tengok drama Korea je, meh belajar wat sambal belacan. Ada juga manfaat, ye dok? huhu. Actually saya pun sebelum ni takdelah pandai sangat wat sambal belacan. But 1 day tu saya gi uma arwah nenek di Selayang which Mak Andak saya yang jaga that house hidangkan nasi dengan pelbagai lauk plus sambal belacan. Disebabkan kesedapan sambal belacan Mak Andak saya ni, terus tanya resipi camne beliau buat. Senang bangat rupa-rupanya. Tak perlu tumbuk-tumbuk pakai lesung batu, even belacan pun tak payah bakar! Yang penting cukup bahan dan juga blender!
Bahan-Bahan
Cili Merah (2 biji)
Cili Padi (10-12 biji)
Belacan (1 sudu kecil)
Asam Jawa (1 sudu besar)
Air (1 cawan)
Sedikit garam dan gula
Kaedah Membuatnya
1. Campurkan kesemua bahan dan kisar sampai hancur. Siap!
Hehe senang je kan? Nak sedap dan padu lagi bolehlah perahkan limau nipis. But kalau asam jawa letak lebih sedikit, dah ok dah rasa masam nya tu. If rajin, masaklah tomyam, goreng telur dadar, makan dengan nasi panas-panas dengan sambal belacan ni, confirm terangkat! Takyah gi kedai tomyam dah. Ok? Selamat mencuba..
Misya : Kecik-kecik selalu kena ugut mulut nak kena cili sebab suka menyampuk cakap orang tua.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Berjalan di tanah gersang
Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...
-
Salam semua! Wow tak sangka entry saya yang telah terpublish telah mencapai 600 entries! Follower saya juga telah mencapai 650 orang! [Cipu...
-
Salam semua...! Aduh dah nak masuk bulan Februari baru sempat nak wat segmen untuk pencarian bloglist bagi menghiasi blog saya ni. Tahu...
























