Thursday, March 26, 2020

Food Technologist || Work from Home vs Work at Office

Salam. Saja nak share 1st day Perintah Kawalan Pergerakan hari tu saya kena datang kerja. Kami work from home ikut jadual memasing. So disebabkan saya pregnant, so bos bagi saya jadual giliran work at office 2 hari terawal. After that saya boleh proceed work from home sampai bersalin. Almaklum due date semakin dekat. So my bos taknak merisikokan saya dan baby. Tq Puan Noraliza, my Timbalan Pengarah for consideration. But after day 1, petang tu dia whatsapp, no need to come to office anymore. Boleh work from home terus. Yeayy! Tq again Puan Noraliza! Moga Dipermudahkan urusan Puan Liza sekeluarga.

Saja selfie @cubicle. Agak sunyi sepi office but still ada beberapa officemate datang siapkan tugasan. Walaupun kami ni bukanlah kategori frontliner yang berhadapan dengan pesakit Covid19, tapi peranan kami juga penting untuk pastikan bekalan makanan kepada rakyat berada dalam keadaan bersih dan selamat. Import eksport makanan masih berjalan. Premis-premis makanan masih beroperasi walaupun hanya buat take away and delivery services. So tugas kami kena monitor semua ni so that rakyat dapat menikmati makanan di rumah tanpa was-was. 

Siap sempat organize meeting lagi! Social distance tetap jaga tau. Thank you ahli mesyuarat yang sudi hadir. Penting meeting ni sebab ni last day saya datang office untuk settlekan permohonan lesen ais yang dah complete but still need endorsement by committee. Alhamdulillah selesai..


Walaupun tak perlu gi office dah, but kat rumah still standby dengan laptop in case office perlukan anything. With husband, kami work from home. Sambil mengunyah kudap-kudapan Puding Buah Pic (resipi saya share semalam boleh tengok SINI). Diharapkan buat mereka yang perlu bertugas especially frontliner yang bertungkus-lumus memastikan rakyat Malaysia bebas daripada virus Covid19 ni dipermudahkan segala urusan. Jasa kalian tidak terbalas. #salute



Misya : Stay at home.

Wednesday, March 25, 2020

Mimpi ngeri jadi kenyataan! Bila anak start conteng dinding...

Salam. Huarghhh mimpi ngeriku akhirnya menjadi kenyataan! Time Perintah Kawalan Pergerakan ni lah pulak my daughter Erina menyerlahkan lagi bakat melukisnya ke permukaan dinding dan almari. Waduh-waduh bosan sangat ke anakku? Mommy tinggal kejap je pi mandi, sekali keluar bilik air, terkejut mommy tengok dinding dah berconteng dengan crayon! Warna merah pulak tu...! Patutlah senyap je.. Biasanya dia ketuk-ketuk pintu bilik air panggil mommy. Aduhailah anak..

Mengucap panjang mommy nak oii... Termarah jugalah. Nasib baik tak terberanak. haha. Almaklum saya ni jenis OCD, pantang tengok dinding kotor camni. Rasa serabut. Saya suh dia lap balik. Dia tahu saya marah, dalam diam dia pi amik kain kat dapur nak lap dinding tu. Ermm tak jadi mommy nak marah. 





Mommy mengadu kat daddy. Huhu.. Tapi daddy stay cool. Just tunjuk dan pesan kat Erina jangan conteng lagi. Sambil bagi drawing paper untuk Erina conteng. And daddy pun ambil kain dan wet tissue tolong bersihkan kesan contengan. Fuh nasib baik semua boleh hilang. Lega... Kalau tak, jenuh jugalah nak kena cat or kikis kesan crayon tu. Thanks suami yang memahami.. Apa-apa pun ni semua akan jadi kenangan. Normallah kan budak-budak. Daya kreativiti dorang sangat tinggi. Nak try sume benda. Cuma as parent, kena handle dengan sebaik mungkin.

Misya : Baru sorang anak tu.

Resipi Puding Buah Pic Mudah dan Sedap

Salam. Uols tengah watpe tu? Mesti ada yang start kebosanan dok umah je kan? Saya nak kata bosan tu takdelah, tapi sejak work from home ni, tetiba nak try beberapa resipi masakan. Almaklum takleh makan kat luar, so kenalah masak atau buat sendiri. Belek-belek resipi yang tersimpan dalam facebook, terjumpa resipi puding buah pic ni. Kebetulan bahan-bahan semua ada di dapur. Makan sejuk-sejuk sedap ni!



Bahan-Bahan

1 peket agar-agar
1 tin buah peach/pic
1 tin susu cair
1 cawan gula
6 cawan air termasuk air buah peach dalam tin
1 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
1/4 cawan sunquick (orange/campuran mango)
Sedikit esen vanilla
Sedikit garam 


Kaedah Membuatnya

1. Masak agar-agar dengan 5 cawan air sehingga mendidih dan berwarna jernih. 
2. Then masukkan gula, kacau hingga gula larut sepenuhnya. 
3. Masukkan air buah pic (asingkan siap-siap buah pic dan airnya) dan sunquick. Kacau sehingga sebati.
4. Next masukkan susu cair, esen vanilla dan sedikit garam. Sambil-sambil tu potong buah pic ikut bentuk diingini dan susun dalam tray/bekas/loyang.
5. Last sekali masukkan tepung jagung yang telah dibancuh. Kacau lagi sehingga sebati dengan api perlahan.
6. Agak-agak dah cantik elok kesemua bahan, bolehlah tuang sedikit demi sedikit ke dalam tray/bekas/loyang yang dah disusun buah pic tadi. 
7. Simpan dalam peti ais untuk disejukkan. Dah sejuk, bolehlah dihidangkan sebagai dessert or kudap-kudapan sewaktu kebosanan. hehe..

Tambahan : If nak lagi kuning, boleh letak sedikit pewarna kuning.




Disebabkan ni 1st time saya wat puding ni, saya terus tuang bancuhan tu dari periuk terus masuk dalam bekas lalu mengakibatkan buah pic yang saya dah susun cantik-cantik tu lari dari landasan dan ada yang terapung. huhu.. But still sedap sedap dimakan walaupun kejadiannya susunan buah pic caca-marba. Sebagai pengajaran, tuang sikit-sikit guna senduk ya!



Apa-apa pun the most important thing is when your husband suka! Sampai samakan rasa kesedapan puding ni macam kat hotel katanya. hehe.. Alhamdulillah.. Sejuk hati mendengarnya. 

Inspirasi resipi : SINI



Misya : Air tangan isteri tak sama dengan air tangan orang lain.




Friday, March 6, 2020

Terapi Guasa Membongkar Segala Penyakit?

Salam. Agak lama saya tak update tentang any product kan? Baru-baru ni saya dapat order daripada one of my aunty nak order Guasa Board from Elken. Siapa yang follow saya dari dulu mesti tahu I'm one of the Elken Distributor long time ago. Now dah tak berapa aktif sangat. But kalau ada customer nak kirim beli barang, saya just bantu ambil order dan company yang akan deliver produk tu. Ok kali ni nak share sikit tentang one of produk Elken yang comel lote ni tapi sangat berguna untuk orang yang pentingkan kesihatan. Which is Guasa Board (Papan Guasa). Tak pernah dengar tentang benda alah ni? Haa jom baca explanation kat bawah ni.
Guasa ni kecil comel je. Nak bawa ke mana-mana pun senang. Boleh selit dalam poket juga. Bese customer saya kalau nak order mesti sebut 'tanduk kerbau'. haha. Sebab memang diperbuat daripada tanduk kerbau pun. Unik kan? 

So dengan papan tanduk kerbau ni maka zaman dahulu terhasillah satu kaedah perubatan dipanggil Terapi Guasa. Rupanya dah digunapakai dari zaman Maharaja Cina dolu-dolu. Bila bahagian tubuh digosok dengan papan guasa ni, akan keluarlah bintik-bintik merah. Mengikut kepercayaan lagi banyak bintik merah, means badan lagi banyak toksin. Cuma bukanlah sebagai tanda penyakit dah keluar daripada badan. Guasa ni sekadar salah satu usaha masyarakat dulu mengenalpasti sekiranya tubuh ada sebarang penyakit. 

If uols selalu gunakan guasa board ni secara tak langsung boleh membantu body system berjalan dengan lebih lancar. Saya teringat masa saya ke Vietnam, saya pernah jatuh pengsan akibat pitam (cuaca panas dan kena panjat bukit tinggi untuk visit salah satu temple kat sana). Ada sorang wanita tua yang mengiringi kami tu gosok-gosok badan saya dengan sejenis benda then keluar bintik-bintik merah. After that terus rasa lega dan badan lebih ringan. So bila teringat peristiwa ni terus saya teringat itu adalah terapi guasa rupanya!  





Bukan setakat untuk kesihatan. Malah kalau rajin, boleh juga gosok papan guasa ni ke muka untuk menganjalkan kulit sebab dia membantu melancarkan perjalanan darah. Kira 'iron' muka secara manual la gitu. Yang mana kedut-kedut tu dia kasi tegang balik. Tapi kena selalu buat dan rajinlah. Kalau tak, uols pi la spa ke kan. hehe. Oh ya, if nak kuruskan part-part tertentu macam peha ke, perut ke, lengan ke boleh juga guna guasa board ni. Cuma kena tambah guna slimming gel untuk bantu pecahkan lemak-lemak bawah kulit tu. 

Usually Guasa ni orang gunakan sekali dengan Arosa Oil. So takdelah rasa kesat sangat bila gosok guasa ke kulit. Actualy Elken sendiri ada anjurkan kelas-kelas bagaimana nak belajar mengurut menggunakan guasa board ni. Sebab ada macam-macam teknik boleh digunakan. Uols boleh contact mana-mana stokis Elken yang berhampiran if berminat. Sebab ada juga customer siap buat part time mengurut menggunakan guasa board ni tau. Terapi guasa ni bukanlah untuk mengubati penyakit tau. Nanti uols pi overclaim pula. Ia sekadar alat bantuan nak urut-urut badan. Yela kadang nak pi pusat urut/ upah orang datang urut, berapa plak kena caj kan. So standby je guasa board ni supaya bila-bila masa lenguh-lenguh ke, sakit-sakit sendi ke, bolehlah guna. Harganya? Berdasarkan price terkini (hingga Feb 2020) tak termasuk postage adalah seperti berikut :

Guasa Board : RM50.00 
Arosa Oil RM130.00

If uols jumpa lagi murah di Shopee ke, Lazada ke, berhati-hatilah ya. Takut bukan produk ori atau produk lama yang seller jual. If berminat boleh whatsapp 016-9561764. Saya tak full time meniaga produk Elken ni, If saya terlewat reply tu harap diampunkan ya.. :)


 Misya : Amalkan gaya hidup yang sihat.

Menang like terbanyak di FB!

Salam. Yesterday, after maternity checkup balik office, saya join sesi knowledge sharing atau kat tempat saya dipanggil Sesi Pembelajaran Sepanjang Hayat. One of the topic is about How to use Facebook in Health Promoting. Disampaikan oleh Tuan Huzaifah dari Khalifah Media Networks yang merupakan one of the internet influencer. Salah 1 slot dalam talk beliau adalah setiap peserta kena join 1 games yang dinamakan FB Engagement Test : Status. Every peserta kena post something dalam FB dan tunggu sehingga habis talk untuk kira berapa like yang dapat for that status.


Ahha rezeki baby dalam perut agaknya, saya menang!! Dapat hadiah coklat Cadbury dari penceramah. hehe.. Dalam tempoh tak sampai sejam saya berjaya mengumpul 50 likes untuk posting saya di FB. Alhamdulillah.. Siapa yang jadi my friend dalam FB tu maybe perasan kot status saya tu. hehe

Thank you kepada yang sudi like my status di FB semalam. 

Happy dapat cekelat! huhu.. Nak share hadiah dengan likers tak cukup. Ngehehe.. Saya doakan kalian yang like dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. Muah3x! :)

Inilah speaker undangan, Tuan Huzaifah. Banyak tips baru yang dikongsikan. Actually saya pernah follow class berkaitan FB Marketing ni. Dengan pengalaman as blogger, modelling dan business tu sedikit sebanyak membantu saya dapat like dengan pantas. Giteww... So korang yang ada bisnes tu sangat-sangat digalakkan belajar tentang internet marketing ni sebab kalau tak uols akan ketinggalan. Dunia sekarang memang ke arah digital which rugi sangat-sangat tak manfaat kan. 

Actually if uols terlibat dalam bagi any talk, seminar, ceramah dan lain-lain, boleh juga gunakan games ni. Menarik selain dapat mempromosikan servis uols juga.


So complete another day menghadiri training for this year. TQ and congratulations Seksyen Modal Insan from my department yang organized this course. 


Misya : Lama tak join like contest di FB. 

Wednesday, March 4, 2020

PENCARIAN BLOG LIST PERTAMA ELLY MATIN

Klik untuk join

If ditanya apa favourite lipstick saya, of course SuperStay Matte Ink by Maybelline ni. Obses sangat sampai saya beli hampir semua warna tiap kali ada promo kat Watson @ Guradian. Hehe.. Why? Sebab dalam banyak-banyak lip matte yang ni paling sesuai dengan bibir saya. Tahan lama, tak comot and water proof. So tak perlu asyik nak touch up je lipstick if gi mana-mana. Self-confidence pun meningkat!



Misya : Time pregnant malas nak makeup.

Segmen Bloglist April hingga Jun 2020

Klik untuk join

Tuesday, March 3, 2020

Resipi Sotong Goreng Kunyit Blackpepper

Salam. Dah lama tak share resipi air tangan sendiri dalam blog ni. Semalam tetiba makyong ni rajin sikit nak masak. Bosan asyik makan ayam dan ikan, ternampak ada sotong dalam freezer terus bawak keluar. Terfikir idea nak masak sotong goreng kunyit blackpepper ala-ala Misya style gitew. Nak cuba? Senang je as long as cukup semua bahan.


Bahan-Bahan

Sotong 
Serbuk Kunyit
Serbuk Lada Hitam Kasar dan Halus
Bawang Besar
Bawang Putih
Halia
Sos Tiram
Ubi Kentang (Potong Kecil)
Cili Merah (Hiris)
Garam


Kaedah Memasak

1. Potong sotong ikut style memasing. Yang saya wat ni style kegemaran husband saya. Bulat gelung gitu. Setengah orang suka petak-petak atau pun masuk sekor-sekor terus (after cuci bersih).
2. Gaul sotong dengan serbuk kunyit dan serbuk lada hitam. Banyak mana? Ikut suka hati. Nak pedas, tambahlah lagi blackpepper. Lagi bagus kalau dapat perap selama beberapa minit supaya sotong tu menyerap segala rasa kunyit dan lada hitam.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
4. Bila bawang dah mengeluarkan aroma yang best, masukkan sotong yang diperap tadi. Dalam masa yang sama masukkan halia dan kentang. 
5. Agak-agak sotong dan kentang dah empuk, bolehlah masukkan sos tiram, cili merah dan sedikit garam. If nak bagi lebih berkuah, bolehlah tambah sedikit air.
6. Masak dalam seminit dua lagi (dah mendidih), ok siap! 


Biasa kalau masak sotong lawannya sayur sawi. So saya masak tumis sayur sawi campur. Simple je lauk tiap kali makan di rumah. Husband pun Alhamdulillah jenis tak cerewet sampai bertambah nasi dia makan. Erina pun sama bukan main berselera memasing. Syukur.. 

Bolehlah try resipi sama untuk ayam atau daging. Cuma kalau daging tu kena potong nipis-nipis sebab takut lambat empuk. Selamat mencuba!



Misya : Jangan menyotong atau mengunyit sudah la ya!

Kursus ISO || Susah ke senang?

Salam. Hari pertama masuk office di bulan Mac dah kena pi kursus. Nasib baik kursus di bilik meeting kat office ja. Settle 1 day course about Awareness of ISO 9001:2015 yesterday. What is ISO? Boleh baca SINI. Penceramah diimport khas dari SIRIM STS - which anak syarikat SIRIM BERHAD yang menjadi badan pensijilan ISO di Malaysia. Okla sebelum beranak ni dapat attend kursus berkaitan ISO ni. huhu.. 


 Penceramah adalah Pn. Zainorni Janis (baju hitam tudung pink). Cer cari mana saya? hehe..



Apa yang bagusnya kursus ni, saya dapat tingkatkan pengetahuan tentang pensijilan ISO yang ada. Baru tahu, sijil ISO ni bukan saja berkaitan management, even untuk segala aktiviti pengeluaran produk dan servis pun boleh di ISO kan. Even nak jual mainan kanak-kanak pun boleh di ISO kan. Dats why kalau pi kedai mainan berjenama macam Toys R Us tu harga dia mak aihhh punya mahai. Compare to pasar malam punya mainan. Sebab bila ada ISO means, every safety and health aspect akan diambil kira dalam penghasilan sesuatu produk. So bila kanak-kanak gigit mainan (sebab budak kan suka masukkan mainan dalam mulut) tu dijamin selamat. 

Thank you kepada penceramah sebab banyak share ilmu tentang ISO ni yang selalunya orang kalau dengar ISO je ingat 'I Susah Oooo' sebab melibatkan segala mak nenek documentation. Haha.. Good job also to secretariat penganjur. Tq juga sebab sudi jemput makyong attend this course.


Misya : Tukar jadi "I senang ooo'..

Monday, March 2, 2020

New baby car seat for Erina

Salam. Huhu awat Erina nangis tu? Haha ni gara-gara nak belikan new baby car seat untuk dia, so salesman tu suruh letakkan Erina untuk test dalam salah satu model car seat. Tapi nasib baik kejap je dia nangis. Saja je budak ni kan nak manja-manja over reacting. Adik dia dah nak lahir tak lama lagi, so mommy and daddy kena lah shopping barang-barang baby. Termasuklah new baby car seat untuk Erina. Sebab Erina punya car seat sedia ada nak bagi adiknya pakai pula nanti.  


Mula-mula nangis, lama-lama syok plak duk dalam tu. huhu.  


Kami survey car seat di Kedai Manjaku Baby Mall, Bandar Baru Bangi. So far since Erina lagi memang kami shopping barang bayi kat sini. Kebetulan ada promosi masa kami datang, terus rembat car seat jenama Sweet Cherry ni. Harga asal dalam RM600.00++ dapat diskaun jadi dalam RM263 camtu. Memang nice dalam lingkungan our budget. Yang bagusnya salesman yang explain kat kami tersangatlah friendly. Orang Bangladesh (rasanya) tapi berbadan sado dan sangat fasih berbahasa Melayu! Complete details siap share link YouTube nya berkaitan info baby - car seat, stroller dan sebagainya. So harapnya kalau management Manjaku Baby Mall baca ni, bagilah penghargaan kat beliau sebab layanannya 1st class!! 


Saya and husband memang dari sebelum Erina lahir dah belikan baby car seat siap-siap. Kebetulan visit my cousin baru dapat baby, so dia bagi lah tips kena beli siap-siap car seat and stroller siap-siap. Based on her experience, beza anak 1st and 2nd which anak 1st ngamuk-ngamuk taknak duk dalam car seat sebab tak latih dari baby compare anak 2nd. So, hari pertama keluar dari hospital dah terus letak baby dalam tu. So that baby jadi biasa dan tak meragam. Alhamdulillah tipsnya sangatlah berguna. Erina sampai sekarang takde masalah and faham, naik kereta je mesti duk dalam car seat dia. Tu yang kami shopping siap-siap new car seat untuk Erina pula supaya adiknya boleh pakai yang sedia ada. Tak perlu ada undang-undang pun if safety tu jadi keutamaan. Yang anak ramai memang takleh watpa la. Maybe kena belajar control and planning betul-betul after this. Isu ni kalau kupas lebih-lebih, boleh triggered kemarahan netizen. Ahakss.. But at least utamakan anak yang paling kecil sebab paling fragile. Kena biasakan yang betul, dan betulkan yang biasa.



Misya : Gagal merancang bermaksud merancang untuk gagal.



Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...