Thursday, June 27, 2019

Terharu masih dapat duit raya...

Salam. Di usia 30an begini dan dah beranak sorang ni impossible la kan nak dapat duit raya. Bagi orang duit raya ada la. huhu. But this year, rezeki saya dan husband dapat duit raya dari adik lelaki saya. Terkejut juga adik tetiba hulur sampul duit raya masa datang beraya ke rumah saya hari tu. Ingatkan untuk baby Erina. Rupanya untuk saya! Terus saya peluk adik saya. Ingatkan saya sorang je dapat, husband saya pun dapat! Alhamdulillah rezeki... 



Yela, dia sorang je adik lelaki saya. Saya memang doakan adik saya ni sentiasa murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Walaupun belajar tak tinggi, tapi rajin bekerja. Maybe dapat bonus raya agaknya dari company dia bekerja tu boleh bagi duit raya kat saya.  Takpun naik pangkat atau naik gaji. Saya tanya dia taknak jawab. haha.

Kami 3 beradik je. Huhu... Adik perempuan saya pun dapat duit raya. 


Syukur Aidilfitri kali ni, kami adik-beradik dapat berkumpul. Adik perempuan saya menetap di Australia. So kali ni dia balik suami dan anak beraya sebulan di Malaysia. So saya rasa bersyukur sangat. Kami memang dah dididik oleh bonda tersayang, jangan kedekut dengan adik-beradik. Kena saling tolong-menolong. Tapi memang rasa terharu dan sebak bila adik lelaki saya bagi duit raya. Even untuk baby Erina pun saya tak kisah dia tak bagi duit raya pun. Sebab saya tahu better dia simpan duit gaji dia untuk future. Dari kecik selalu kena marah. Besela budak lelaki ada nakalnya. Now dah dewasa, bila tengok dia makin matang, saya bangga la juga. Tak pandai belajar takpalah, tapi sentiasa hormat orang tua, bertanggungjawab dan rajin berkerja. InsyaAllah  ke mana pun dipermudahkan. Amin..


Misya : Air dicincang takkan putus.

Resepi Chicken Cordon Bleu Homemade

Salam. Terliur plak nak makan ayam yang ada banyak cheese. huhu.. Selalunya kalau teringin nak makan, saya gi ke Secret Recipe untuk makan Chicken Cordon Bleu (ayam goreng berintikan keju). Masa 1st time try saya dah fall in love dengan chicken cordon bleu ni. Walaupun susah nak sebut tapi sangat sedap. Almaklum penggemar cheese macam saya ni memang suka je nak try apa-apa makanan yang ada cheese. Ternampak kat facebook ada orang share resepi mudah, so saya try lah buat. Sangat puas hati macam makan kat kedai. hehehe..

Bahan-Bahan

Dada Ayam (1 ketul untuk 1 orang)
Chicken Slice
Mozarella Cheese
Telur
Breadcrumbs
Serbuk Lada Hitam
Tepung




Cara-cara Membuatnya

1. Ketuk-ketuk sedikit ayam supaya leper.
2. Taburkan serbuk lada hitam atas ayam.
3. Letakkan chicken slice dan kemudian mozarella cheese. Next gulung / lipat ayam tersebut.
4. Celup ayam ke dalam tepung kemudian telur dan akhir sekali breadcrumbs.
5. Goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuning-kuningan.
6. Siap dihidang bersama kentang goreng, coleslow dan mashed potato.




Full recipe boleh lihat video di bawah:


Misya : Suka cheese tapi tak mahir nama-nama pelbagai cheese.

Resepi Mashed Potato with Gravy Homemade

Salam. Selain coleslow, benda yang paling penting kalau nak makan ayam goreng KFC adalah mashed potato rite? So kali ni saya nak share resepi membuat mash potato with gravy di rumah. Resepi ni nak kata simple sangat tu takdelah sebab memerlukan banyak bahan dan beberapa step berbeza untuk penyediaan mashed potato atau dalam bahasa Jawanya kentang putar/lenyek dan kuahnya. Siapa rajin, bolehlah try. If ada anak kecil even baby (more than 6 months) pun boleh makan.


Bahan-Bahan Kentang Putar

Kentang
Sour Creme
Susu Segar
Lada Hitam
Sedikit Butter


Bahan-Bahan Gravy
Bawang Kecil
Bawang Benggala
Daun Bawang
Sos Tiram
Serbuk Lada Hitam Halus
Tepung Jagung
Kiub Pati Ayam
Air
Sedikit Garam




Cara Membuat Kentang Putar
1. Rebus Kentang
2. Lenyekkan kentang sehingga hancur.
3. Campurkan susu dan sedikit sour creme ke dalam kentang dan gaul hinggal sebati. 
4. Sambil tu try rasa ikut kemahuan masing-masing.

Cara Membuat Gravy
1. Kisar sedikit bawang putih, bawang benggala dan daun bawang. 
2. Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak.
3.Masuk air, sos tiram, lada hitam, kiub pati ayam dan kacau sehingga sebati dan mendidih.
4. Masukkan sedikit sahaja tepung jagung untuk bagi kuah lebih pekat.
5. Letak sedikit garam secukup rasa. Masak kuah sehingga mendidih then siap dihidang.








Info tambahan : Contoh jenama sour creme Pauls yang saya gunakan untuk membuat mashed potato. Tapi jangan letak banyak sangat takut terlalu masam. But confirm kalau guna ni mashed potato jadi lebih sedap.




Misya : Jangan 'mashed' kan hatiku. Cia cia cia...


Resepi Coleslow Homemade Mudah Ala Misya

Salam. Coleslow, suka tak? Saya pun suka! haha.. Tiba jek. Just nak share resepi coleslow sebab saya 1st time try wat di rumah. Daripada beli kat luar, if buat sendiri dapat banyak boleh makan puas-puas. Mudah je nak buat sebab tak perlu nak masak-masak. Yang penting cukup bahan.


Bahan-Bahan 

Sayur Kobis
Carrot
Mayonis
Cuka
Susu Segar
Sedikit Gula dan Garam

Perkakas

Master Chopper (Saya beli di GoShop ----> Klik SINI untuk details)


Cara Membuatnya

1. Cuci bersih-bersih sayur kobis dan carrot. Untuk carrot, perlu di sagat dulu supaya jadi halus. Pun menggunakan alat sagat Master Chopper. Kobis pula just potong-potong sedikit (tak perlu halus sangat).

2. Masukkan sayur kobis dan carrot dalam chopper dan chop sehingga halus (ikut suka nak halus camne). Jangan guna blender nanti terus hancur kobis dan carrot.

3. Then masukkan bahan-bahan lain ikut kemahuan citarasa manis, masam, masin.

4. Siap, masukkan dalam peti sejuk untuk dinginkan coleslow supaya lebih sedap dan fresh.






If ada anak-anak kecil bolehlah buat sebab berkhasiat. Boleh dimakan dengan ayam goreng, chicken chop atau ratah sebegitu saja! Selamat Mencuba...




Misya : Pencetus untuk saya jadi pemakan sayur. 

CONTEST SAYA NAK DUIT RAYA

Klik untuk join

Thursday, May 23, 2019

Selimut 'roti canai' kelakar atau menggelikan?

Salam. Hahaha 1st time nengok gambar bawah ni terus nak tengok banyak kali. Sebab confuse roti canai apa bosar bonar sampai boleh wat selimut gini? Hahaha... Kreatif la sungguh sape yang design selimut bercorak ala-ala roti canai ni. Tengok memang kelakar. Tapi lama-lama tengok geli pulak sebab terbayang the real roti canai orang dok bungkus badan pastu makan. Errrkkkk! Pengotor pulak rasa. Hahaha gitu la imaginasi saya ya. 





Nak beli kat mana selimut ni? Wallahualam.. Kalau ada pun saya takkan terfikir nak beli punya. Tak sanggup tido berselimutkan 'roti canai'. hahaha... Jangan ada pula yang suh penebar roti canai wat roti canai besar selimut. Tak memasal je karang. huhu..

Misya ; Susah nak cari roti canai Melayu.

Thursday, May 9, 2019

Tak pernah tak nervous tiap kali handle kursus

Salam. Memang every year, one of my job scope is conduct the training for bakal-bakal trainer untuk my program. Usually setahun around 3 to 4 session. Ala-ala TOT (Train of trainer) gitu. Cuma saya hanyalah as secretariat yang handle hal ehwal peserta dan coach yang terlibat. So latest batch kursus ni around February hari tu. Kat Vistana Hotel, KL. Just nak sharing suasana sepanjang kursus for this time.  

Actually every time kursus nak jalan, saya mesti rasa sangat nervous bcos yela as tuan rumah A. K. A organizer, risau if berlaku any problems during  handling this course. Plus takut terima banyak complaint especially from peserta. Sebab dorang bayar untuk attend this course. So risaulah if tak memenuhi their expectation. Walaupun banyak kali dah pun handle kursus yang sama but still nervous. 

Kebetulan our training room near to swimming pool. So okla view dari sini. But itu pun ada yang complaint kata tak sesuai buat berhampiran swimming pool. Haha mommy pending kekadang. Macam-macam kerenah peserta. But it's OK. We took it as peluang untuk penambahbaikan. 

Sporting batch kali no bila suruh snap photo. Termasuk my bos. Haha..

Our team. Me, my bow En. Hermy and pembantu tadbir Kak Riz. 

Kak Riz, my clerk who always support our job. 

With several peserta yang sudi ajak wefie. Huhu


During evaluation day. Oh untuk course ni, all peserta akan diuji dari segi teknik presentation. Nak jadi trainer kan.. So akan ada panel jemputan yang akan menilai para peserta. 

With judges and contestants. 

FYI, peserta ni semua ada di kalangan professional yang bergelar Dr. Tu yang wat saya lagi seram nak handle kursus. Tapi salute la dorang sanggup down to earth datang belajar. 

Sesi penyampaian hadiah peserta terbaik. Tugas saya macam biasa jadi emcee. Untuk hilangkan bosan, tu yang kadang bantai wat lawak. Hahaha. 

Selain emcee, saya jugs bagi talk. Seronoklah juga sebenarnya. Huhu

Didoakan semua peserta berjaya. But result dah pun keluar. Yang berjaya, congratulations.. Yang tak berjaya, dongibap OK. Boley cuba lagi batch yang akan datang. 



Misya : Suka deal dengan pelbagai ragam manusia. 

Thursday, May 2, 2019

BabyE excited gi playground, mommy yang risau lebih-lebih..

Salam. Since lahir tak pernah lagi bawak babyE ke playground. Yela lagipun takde playground yang dekat ngan uma (ceh alasan!) haha.. Tapi memang kebetulan ada playground baru je siap dibina 2 bulan lepas kat belakang rumah, so amik peluanglah bawak babyE jenjalan & main-main kat sini. Lagipun babyE dah semakin kuat - boleh berdiri dan berjalan sikit-sikit. Playground ni masih baru, tak ramai orang sangat, nicela bawak babyE ke sini.

Saja nak bagi dia rasa naik gelongsor. Risau mommy takut babyE jatuh sampai pakaikan cover lutut. huhu almaklum 1st time bawak babyE ke playground. Biasalah kerisauan mak-mak kan.. Kot jatuh luka, cedera, macam-macamla difikirkan. 

Ajar babyE naik buaian. Maybe sebab tak biasa, babyE meragam duk atas buai tu. So kejap jela main buaian.

Cuma seronoklah babyE dapat lihat dunia luar. Baru start nak dapat kaki time ni, excited lah dia nak explore playground ni. Tapi sebab masih bertatih tu yang risau babyE jatuh. Over mommy ni kan? hahaha.. At least dapatlah hirup fresh air sekali sekala. Moga membesar dengan kuat dan sihat ya nak..


Misya : Mommy babyE yang excited nak naik buaian. :p






Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed

Klik untuk join

Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...