Wednesday, April 19, 2017

Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist

Klik banner untuk join
Orait short review saya tentang blog Seorang Syed, firstly tengok header pun dah wat orang tertarik nak singgah. Saya suka headernya. Kreatif! Dari segi pengisian, dah nama pun blogger lelaki so designnya lebih simple dan kemas. Bukan selalu keturunan Syed-Syed ni nak berblogger. hehe. Kipidap!=)

Tuesday, April 18, 2017

Segmen 'I AM BLOGLISTED BY MRS PIP'

Klik untuk join

Hotel Selesa, Pasir Gudang || Apa pendapat saya?

Salam. Kalau anda berkunjung ke Pasir Gudang, Johor dan tak tahu tempat mana nak stay, bolehlah menginap di Hotel Selesa Pasir Gudang. Kebetulan my uncle kerja sini so dia inform ada promotion voucher untuk rate sebilik (2 orang) RM120.00 sahaja. (Around August 2016). Now tak sure berapa rate nya. 

Hotel Selesa ni dulu memang terkenal dan ramai VIP/VVIP akan stay sini if ada apa-apa event. But since di JB banyak lagi hotel-hotel baru dibina maka Hotel Selesa semakin kurang mendapat perhatian. But my uncle said, kalau ada event sukan mostly para atlet ditempatkan di hotel ni. Pelancong-pelancong luar negara juga banyak pilih stay di sini.

Masuk je bilik, wow nice. Selesa..

Yang penting bersih, tilam dan bantal empuk serta tiada bauan kurang menyenangkan. hehe.


Seperti biasa ada water heater untuk bancuh air panas.


Ada laundry service

Alolo toiletries nya tak banyak.. Oklah as long as ada sabun mandi. 

Bilik air boleh kategori bersih but masih boleh dipertingkatkan. Hotel ni agak lama but still kira boleh maintain lah dari segi kemudahan yang ada.

Oh ya, penginapan termasuk breakfast. 

Nasi goreng dia sangat sedap! huhu.. Boleh datang stay sini lagi.

Cuma komen saya, kekalkan kebersihan dan perlu penambahbaikan dari segi perabot yang digunakan. Sebab lambat-laun perabot menjadi semakin lama dan akan menghasilkan bauan yang kurang enak. Overall saya bagi 3 bintang! hehe..

Untuk booking boleh terus emel ke resv@selesapg.com.my

Misya : Selesa itu penting.

Friday, April 14, 2017

Hanis Villa Hotel, Kota Bharu, Kelantan || Apa pendapat saya?

Salam. If uols berkunjung ke Kota Bharu, Kelantan, sometimes agak sukar nak mencari hotel bajet yang selesa. Setakat nak bermalam sekejap, tak berbaloi pula nak stay hotel mahal-mahal. Baru-baru ni saya ke sana, ternampak 1 billboard promote sebuah hotel bernama Hanis Villa Hotel dengan rate bilik serendah RM89.00. Biasanya saya dan family akan stay at 1 hotel ni but prestasi that hotel sangat-sangat mengecewakan so kami decide nak try stay di Hanis Villa Hotel ni.
Terletak di bangunan Wisma KOOP Guru, berwarna merah biru dah macam bendera Johor. Macam hospital KPJ pun ada. hehe. But menarik hatilah nak stay sini. Nampak bersih.

Masuk di kaunter untuk check-in, wow rasa selesa. Bersih dan cantik macam berada dalam rumah. Ok 1st impression dah sangat bagus.

Check in je bilik, ok sangat nice bilik dia. Sesuailah dengan price. Bersih dan selesa.. Ternampak gambar kaabah rasa tenang je.

Macam bilik kat rumah. Towel pun terletak elok atas katil.

Ok part paling penting toilet mesti bersih. Syukur toilet sangat bersih! Complete dengan water heater dan sabun mandi.

Of course ada TV. Hehe.. Dan juga sejadah untuk solat disediakan.

Dah nama pun hotel bajet, so iron baju kenalah iron di luar.

Tak kisah pun yang penting biliknya selesa dan bersih.


Lagi menarik hotel ni sediakan breakfast.

Suasana restoran di hotel ni.

Nice kan? Husband saya kata kalau menu breakfast dihidangkan sekali dengan makanan kelantan such as nasi berlauk lagi nice. Orang luar macam kami ni of course akan cari makanan tradisi Kelantan.


Overall saya memang berpuas hati dengan hotel ni. Murah, bersih dan selesa. Highly recommended!

Lokasi hotel ni pun senang nak cari.

Betul-betul bertentangan dengan Kolej Poly-Tech MARA.

Kat belakang hotel ni ada restoran. So kalau lapar di malam hari takyah keluar jauh-jauh dah.

Saya bagi 4 bintang untuk hotel ni! hehe. Ok, kalau nak book boleh try contact +609-747 6969

Untuk makluman hotel ini telah bertukar nama kepada OYO Diamond Hotel.

Misya : Bantu bisnes orang Melayu.



Wednesday, April 12, 2017

Photoshoot with Liarafei Talents

Salam. Throwback daripada entry asal tentang pertama kali saya join Modelling Class anjuran Liarafei Talents, kali ni saya share hasil photoshoot selepas kelas tersebut. Best tau kelas Liarafei ni, dah belajar boleh terus apply je ilmu yang diperolehi. At the same time dapatlah tambah portfolio sebagai model. Untuk tema photoshoot kali ni saya memilih untuk memakai ala-ala princess gitu.. Dan inilah kali pertama saya apply makeup sendiri untuk outdoor photoshoot. Masih boleh diperbaiki lagi. Apa-apa pun thanks to Liarafei and her photographer for this shot. Shoot dijalankan di Taman Saujana Hijau, Presint 11, Putrajaya. Jom layan...
















Untuk yang nak join kelas Liarafei seterusnya, bolehlah roger-roger saya!:)


Misya : Dari peserta, kini trainer.


NOA eksklusif untuk peminat jam tangan!

Salam. Anda peminat jam tangan? Why not anda dapatkan satu lagi koleksi jam tangan special edition berjenama NOA atau nama penuhnya "None Of the Above". Dengar nama pun dah rasa menarik.


Apa yang specialnya tentang jam tangan eksklusif NOA ni? Jom tengok iklan preview tentang NOA ni..

  1. Jam NOA diperbuat daripada enjin buatan Swiss 
  2. Design khas daripada Italy
  3. NOA wujud semenjak tahun 1967 dan popular di Eropah
  4. Design Number di dalam jam NOA berbentuk 3D dan dipatenkan. Hanya NOA sahaja yang mempunyai design sedemikian (Paternted)
  5. Terdapat 5 biji diamond untuk lelaki dan 4 biji diamond untuk wanita dan berlian-berlian ini dipotong sempurna (fine cut)
  6. Jam ini juga mempunyai 23 permata RUBY di dalam enjinnya bagi menjamin ketepatan waktu
  7. Permukaan jam adalah dari Sapphire Glass Grade yang bermutu tinggi dan tidak mudah bercalar
  8. Jam ini berfungsi secara mekanikal movement sepenuhnya tanpa menggunakan bateri
  9. Ditempah khas sempena ulangtahun syarikat Elken ke-20 tahun dan limited edition!
  10. Harga NOA di pasaran biasa boleh didapati melalui website NOA dengan harga RM7000 tanpa diamond tetapi di Elken, anda boleh memiliki NOA dengan harga diskaun hampir RM40%  iaitu RM4300.00 sahaja (termasuk kos penghantaran) siap disertakan dengan diamond!
  11. Merupakan jam tangan handmade so buatannya sangat teliti dan hasil kerja yang halus.
  12. Mempunyai NQA iaitu No Question Ask di mana sekiranya berlaku kerosakan, pelanggan boleh terus hantar kepada pihak NOA. The best part samada anda NOA refund semula wang anda atau digantikan jam tangan NOA yang baru!

Menarik kan? Untuk pengumpul jam tangan eksklusif dan mewah, anda wajib dapatkan at least seutas koleksi daripada NOA ni. Even artis dan selebriti pun tak ketinggalan mendapatkan koleksi jam tangan NOA ni. Antaranya pelakon Wan Sharmilla yang juga pengguna tegar pakaian dalam (lingerie) keluaran Elken iaitu Charms. Body dah lawa, why not hadiahkan pula jam tangan eksklusif untuk diri sendiri pula? 
Mungkin ada yang beranggapan jam tangan sebegini agak mahal dan tidak berbaloi dimiliki. But ada certain people memang suka mengumpul jam tangan eksklusif camni untuk kepuasan diri. At least bila ada jam tangan di pergelangan tangan, mahal pula tu, sekurang-kurangnya mengingatkan kita tentang kepentingan masa. Jam mahal-mahal tapi tak tepati waktu pun tak bagus juga kan? Hehe..


Mana nak dapatkan ni? Boleh hubungi saya di 016-9561764. Limited edition tau! Siapa cepat dia dapat! Yang menariknya lagi, boleh bayar secara ansuran melalui credit card! Wow! Rugi tak grab! Plus setiap pembelian NOA, anda akan dapat free registration sebagai member iElken! Apa tunggu lagi, dapatkan sekarang sebelum kehabisan stock.


Misya : Kualiti setanding masa.

Monday, April 10, 2017

Menang Segmen : Nak Wani Reviewkan Blog Anda?

Salam. Hooray saya menang segmen anjuran Wanrus Waniee iaitu  Segmen : Nak Wani Reviewkan Blog Anda? Saya antara 10 blogger bertuah yang terpilih untuk di review oleh Waniee. Huhu nervous pulak bila orang nak review kita ni. Hehe.. Takpela at least hasil review nanti boleh saya wat penambahbaikan untuk blog saya yang suam-suam kuku ni. Ahaks.. TQ Waniee for choosing me via encik random. hehe.. 


Misya : Suka kritikan membina.

10 tips bangkit daripada jatuh

Salam. Dalam kita menjalani kehidupan kita pastinya ada turun dan naik rite? Almaklum, hidup umpama roda. Tapi tak semuanya bersedia untuk jatuh (di bawah) dan bila dah jatuh, tak tahu bagaimana nak bangkit semula. Ada yang mungkin dibuang kerja, kehilangan orang tersayang, rugi dalam bisnes, gagal dalam rumahtangga, putus cinta dan sebagainya. Saya share dengan anda 10 tips mudah untuk bangkit semula selepas mengalami kejatuhan dalam hidup. Jangan sedih atau berduka kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..


10 TIPS BAGAIMANA BANGKIT DARI JATUH
  1. Pertama sekali kena mengaku bahawa SEMUA silap adalah berpunca dari kita. (Buang ego)
  2. Istighfar banyak-banyak. Reset diri sendiri ke zero point.
  3. Set matlamat baru. Lebih tinggi dari yang dicapai sebelum ini.
  4. Lupakan masa gemilang lepas, lupakan waktu riang lepas. Anggap segala bermula dari tiada. Dari tiada kepada ada. From zero to hero. Build from nothing.
  5. Asingkan kawan negatif dan positif, tinggalkan yang negatif dan mix dengan positif people.
  6. On connection dengan Allah SWT sentiasa, Off connection dengan makhluk yang tak memberi manfaat. Keep attached dengan Allah.
  7. Bahagikan masa kepada 3 bahagian iaitu rehat, kerja dan ibadat sebaik-baiknya.
  8. Believe, believe dan believe. Percaya dan yakin 1000% bahawa anda akan bangkit semula.
  9. Banyak tersenyum dari merenung. Walaupun yang dapat hanyalah musibah atau pun pun kebaikan.
  10. Buat, buat dan buat. Jangan pandang belakang, kiri dan kanan. Kalau boleh, side mirror pun jangan tengok. Jalan terus sahaja kecuali ketika nak melintas jalanraya. hehe..




Misya : Jangan gelakkan orang jatuh.


Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...