Tuesday, November 10, 2015

Happy Deepavali and Happy Holiday!

Salam semua. Best kan dapat cuti tengah-tengah minggu camni. Tapi lagi syok if dapat cuti hari Isnin atau Jumaat. Ngehehe... But apa-apa pun, Happy Deepavali to all my friends who celebrated it! Semoga anda bergembira di hari Deepavali ini dan kehidupan anda secerah cahaya Deepavali selamanya... So far saya ramai kawan di kalangan warga India yang beragama Hindu. Ada yang jadi bisnes partner saya pun ada. Seronok dapat mengenali pelbagai latar belakang. Happy Deepavali again..=) Yang tak celebrate tu Selamat Bercuti! Esok dah start kerja balik.. Hehehe...


 May ur life is fill with joy, love and happiness.



Misya : Berangan pakai kostum tema Bollywood.

Cookware Solecasa RM399 PERCUMA untuk anda kembali lagi!!!

Hoyeahhhh!!!! SOLECASA cookware kembali lagi!!! Special untuk yg membuat pembelian at least single set DX/Charms atau Biopure K200, anda berpeluang mendapat set cookware bernilai RM399 ini secara PERCUMA! 




Boleh panaskan atas api dapur, microwave, mahupun freeze dalam peti sejuk beku!! Bukan 1 tetapi 2 yg anda akan dapat!! Siap senduk lagi! Stock terhad! Siapa cepat dia dapat! 


Senang je nak dapatkan Cookware percuma ni! Bukan senang nak dapat hadiah bernilai ratusan RM nih! Beli produk untuk sihat dan cantik, masak-memasak pun jadi lebih happy dengan cookware berjenama Solecasa dari Spain ni.

Syoknyerrrrr! Dapat 2 tau... 1 besar, 1 kecil.. Ni saya punya!;) Uols nak juga, boleh saja...


Cepat kejar saya untuk dapatkan Solecasa dari Spain yg sgt cantik dan luar biasakkk ini!!! Wasap laju-laju ke 016-9561764 untuk tahu caranya! Sampai bila tawaran ini akan berlangsung? Tak lama kakak-kakak dan adik-adik oiiii..... Sampai 17 Disember 2015 ni sahaja! Yang mana dah ada niat nak beli produk Elken tu inilah masanya! Wasap saya ya!^^



Misya : Dah lama mengidam cookware kaca multipurpose begini.

Segmen Blogwalking YanieYusuf.com

Klik banner untuk join

Layan steamboat @Volcano Shabu-Shabu, Cyberjaya.

Salam. Suka makan steamboat tak? Sekarang ni banyak restoran steamboat dibuka and one of them is Volcano Shabu-Shabu @Cyberjaya. 1st thing bila pilih restoran mestilah Halal and Alhamdulillah Volcano Shabu-Shabu ni ada sijil Halal. Risau juga nama restoran pelik-pelik ni kan. My friend, Hidayah taught we ol akan makan di restoran untuk hisap Shisha sebab namanya! Hahaha..  

Kat mana this place? Kat bangunan Shaftsburry Square di Cyberjaya. Bila sampai sini ada 2 jenis Volcano Shabu-Shabu. 1 jenis ala carte means boleh pilih menu per individu. 1 more type is buffet style. 


Disebabkan kami berenam, we ol choose yang buffet style. Boleh makan sampai lebam! heheh

Yang uniknya if pilih meja best boleh dapat sebelah laluan makanan yang bergerak. Ala-ala macam restoran sushi Jepun tu. Just capai je apa kita nak takyah nak kerap bangun ambil makanan.


Sorang 1 tau boiler dia bagi. Memang leh makan sepuas hati! Like usual saya mesti pilih Tomyam for my steamboat.=)

How much per pax? Sangatlah murah!!! RM29.00 per pax untuk lunch. Untuk dinner pun lebih kurang harganya. Sangat berbaloi plus sangat sedap especially sauce homemade dia. Pedas tapi marvelous!

Apa-apa pun mesti selfie! Hehehe


Tq to Balqis yang introduced this steamboat place. Minah Jalan-Jalan Cari Makan yang tak pernah mengecewakan. Ahakss... Steady dik!

Muka excited sebelah bos dapat makan sodap!

Before balik wefie dulu depan restoran!

So sesiapa nak try boleh booking dulu untuk buffet. During lunch hour memang ramai datang sini makan dengan officemate memasing. Boleh call 03-8319 1928. Selamat bersteamboat!


Misya : Tiada kaitan dengan dadah shabu.

Segmen kembara misteri burung hantu

Klik banner untuk join

PENCARIAN BLOGLIST MINGGUAN #BATCH1

Klik untuk join

Monday, November 9, 2015

Sangkaya.. Coconut Ice-cream terbaik!

Salam. 1st time i were introduced by Balqis about this ice-cream, terus fall in love! OMG nape tak tahu pun ada aiskrim best camni. For me la.. Memang sedap. Sangkaya @ IOI City Mall, Putrajaya. Aiskrim perisa coconut either original or ice-tea flavor, both are yummy! Boleh letak topup macam-macam, jagung, coklat, peanuts & etc. If uols penggemar aiskrim bolehlah try. Actually Sangkaya ni dah lama wujud cuma saya ni naif sangat tak pandai sangat nak explore about food. Tq to my officemate, Balqis memang ibarat ratu Jalan-Jalan Cari Makan yang tak mengecewakan! Takde kena-mengena dengan Maria Tunku Sabri. Hehehe... 

The unique part is aiskrim diletakkan atas tempurung kelapa. Bila dah habis makan uols boleh korek isi kelapa yang still terlekat pada tempurung tu. 

Peace.... Price dia? Semangkuk tu around RM8-RM10. Boleh share sebab dia besar dan banyak.

Konsep layan diri.. Order di kaunter then ambil terus. 

 

3 cups, share 5 orang.. Berbaloi!

If nak terjah rasanya di kedai level G if tak silap. Tak hengat! hehe.. But kelilingnya memang restoran macam-macam makanan sesaja. Kira macam food paradise la. So don't forget to come this place if nak rasa aiskrim kelapa Sangkaya!^^


Misya : Roti bakar sapu kaya pun sedap.

Selamat Tinggal office lamaku...

Salam semua.. Maaflah saya sangat jarang update entry kebelakangan ni. Kalau update pun kadang entri mengarut. hihihi.. Sebabnya saya busy berpindah ke office baru! Kerja packing-packing barang memang ambil masa yang lama. Hasilnya berkotak-kotak jadinya untuk diangkut. Ramai ingat saya naik pangkat. Huhu kalau betul Alhamdulillah.. Tapi bukan.. Saya pindah bersama-sama seluruh department saya yang lain. Kami berpindah ke bangunan lain yang telah siap diubahsuai. Kat mana tu? Area Putrajaya juga. =)

Tak sangka barang saya selama 6 tahun kerja kat sini boleh menghasilkan lebih daripada 10 kotak! hehe..

Tinggal kenangan... Rasa sedih juga nak tinggalkan office ni sebab too many memories had been created here. Tempat pertama saya berkerja after grad tu.. Dari Pegawai sambilan, kontrak sampailah dapat permanent. Alhamdulillah dapat menyumbang sedikit bakti kepada rakyat marhein. 

Rak buku kesayangan.. Hobi suka membaca tapi sejak dah kerja ni ermmm hobi tu macam dah tak jadi hobi dah sebab masa lapang pun takde! hehehe.. 

Apa-apa pun saya harap kat office baru nanti suasananya lebih best. Actually office mana-mana pun tak kisah kalau bos/ketuanya best. Ngehehehe.. Goodbye my old office @Parcel E....



Misya : Taknak jadi bos takut lupa diri.

Sunday, November 8, 2015

Intipati Bajet 2016

Salam. Wah baru nak update pasal Bajet 2016. Tertinggal kapal betol saya ni. Hehe.. Tapi saya rasa ada juga yang tak tahu apa intipati Bajet 2016 yang diumumkan oleh PM kita baru-baru ni. So saya share rumusan a.k.a ringkasannya.


  • Bajet 2016 memperutukkan RM 167.2 Billion dan Bajet 2016 kali ini bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” bertunjangkan 5 keutamaan utama.
  • Kelajuan intenet luar bandar akan ditambah kelajuan 5 kali ganda daripada 5 Mbps kepada 20 Mbps
  • Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang dengan anggaran kos pembinaan RM10b mula dibina 2016, siap pada 2020.
  • RM 200 juta menaiktarafkan jalan di kawasan FELDA. Manakala RM1.4b bagi membina serta naik taraf jalan luar bandar sepanjang 700km di seluruh negara
  • Pengecualian duti setem sebanyak 20% ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah
  • Projek Bus Rapid Transit KL-Klang pada kos melebihi RM1.5b dan Bus Rapid Transit Kota Kinabalu pada kos hampir RM1b akan dilaksanakan.
  • Kerajaan akan bina tambahan lagi 30 Sekolah Rendah, 27 Sekolah Menengah, 4 MRSM dan 5 SBP
  • Bantuan Persekolahan RM100 akan diberikan kepada Pelajar Sekolah Rendah dan Menendah.
  • Bantuan Persekolahan RM100 akan dibayar pada Januari 2016 namun dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan kebawah.
  • Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar IPT sebanyak RM250 diteruskan pada Bajet 2016.
  • Bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) hanya boleh ditebus di Kedai Buku yang diiktiraf Sahaja dan tidak boleh ditebus dikedai yang tidak berdaftar.
  • Lebuhraya pertama iaitu Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan bebas daripada bayaran tol.
  • Program e-Rezeki dan e-Usahawan akan diperluaskan ke seluruh negara untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan.
  • Program Rumah Mampu Milik diperluaskan seperti PR1MA, Rumah Mesra Rakyat, Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Program Rumah Pertama dan Program Perumahan Rakyat.
  • Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bagi individu yang belum memiliki rumah. Melalui skim ini, kerajaan akan membantu individu yang belum pernah memiliki rumah untuk mendapatkan bantuan deposit perumahan.
  • Gaji kakitangan awam naik kepada 1 Gred
  • Gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1200 sebulan
  • Kadar pencen minimum bagi golongan pesara kerajan dinaikkan kepada RM950 sebulan
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 diteruskan dan dinaikkan
  • BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000.
  • BR1M Kategori baru diperkenalkan bagi penerima dalam senarai e-Kasih yg berpendapatan bulanan bawah RM1k akan terima BR1M sbyk RM1050.
  • BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000
  • BR1M Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4k, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800
  • BR1M Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2k sebulan, bantuan ditingkatkan drp RM350 kpd RM400
  • BR1M Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.
  • Berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kpd RM1,000 sebulan bagi Semenanjung
  • Gaji minimum Sabah, Sarawak dan WP Labuan dinaikkan RM920 sebulan daripada RM800 bagi semua sektor kecuali perkhdmatan domestik/pembantu rumah
  • Bayaran khas bonus RM500 bagi kakitangan awam akan dibayar pada Januari 2016.
  • Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas atau bonus sebanyak RM250 dan dibayar pada Januari 2016.


Misya : Bersyukur untuk rakyat.

Lebih yakin bila lukis kening.

Salam.. Huarghhh esok dah Isnin! Huhu takpe redha je ok. Hehehe... Just nak share dengan uols wajah saya sebelum dan selepas melukis kening. Baru saya sedar bila kita lukis sikit kening, wajah lebih nampak fresh dan meyakinkan. Dan automatik saya pun rasa lain macam. Nak selfie pun lebih semangat. Wakakaka! Sebab apa, saya suka tengok rakan-rakan Muslimah saya yang lain walaupun tak mekap tebal tapi wajah dorang nampak 'naik' dan baru saya perasan dorang lukis kening rupanya. So saya pun try la...=) 


Ahha ni wajah saya before saya lukis kening. Sebab nak tunjuk kat uols maka saya adjust sikit tudung so nampak dahi yang terbentang luas. Wakaka. Orait, kening saya ni agak pelik sebab tak lebat dan bentuknya... tak macam ada kening pon! haha..  Sometimes bila lipstick hilang, automatik muka jadi pucat dan tak bermaya. Ngeee...

Finally inilah hasilnya... Dari nampak macam budak-budak, now kelihatan matang, yakin dan fresh! Hehehe.. Tanpa mencukur/mencabut sehelai pun bulu kening tau!. Now dah tahu la rahsia nya. Just tambah sedikit eyeliner dan listick/lipgloss, siap! If lipstick hilang pun, muka tetap nampak segar sebab kening dah cover. Macam mana saya lukis kening ni? InsyaAllah ada masa nanti saya wat tutorial. 


Misya : Bukan tangan seni.

Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...