Thursday, October 26, 2017

Acheh Trip #8 || Taman Sari Gunongan - Mengintai kamar mandi permaisuri!

Salam. Selepas visit rumah atas bot dan Rumoh Aceh dalam entry Part 7, kami terus dibawa melawat Taman Sari Gunongan. Apa yang menarik tentang taman ni? Actually taman ni menempatkan sebuah bangunan indah berwarna putih yang digunakan oleh Permaisuri Sultan Iskandar Muda yang ada kaitan dengan Kesultanan Pahang dan Johor. Kalau nak story memang panjang. Hehe.

Cuaca cantik hari ni, seronok dapat berjalan-jalan.

Ahha dah nampak dan Taman Sari Gunongan tuu. Nak tahu tak ni tempat apa sebenarnya? Actually ni tempat / kamar mandi permaisuri! Mak aih, bilik air je dah besar gini? Huhu untung jadi permaisuri ya..

Ok yang best nya kami dibenarkan memasuki ke dalam tempat ni. But laluannya sangatlah sempit. Agak-agak badan yang agak besar tu tak disyorkan untuk masuk takut tersangkut pula.

Saya dan ayah saya tak lepaskan peluang untuk melalui terowong ke kamar mandi permaisuri ni.

Bayangkan camne ya orang dolu-dolu nak gi mandi pun kena bersusah-payah gini. huhu. Tapi kan kecilnya saiz badan mereka sebab laluan ni memang muat-muat sorang untuk lalu. Kalau bertembung, salah sorang kena mengalah.

Sampai di bahagian atas juga akhirnya. Agak mencabar juga sebab di hujung terowong kena naik tangga yang agak curam.

Zaman dahulu bukan permaisuri sorang je ada di sini tapi ditemani dengan dayang-dayang baginda. Actually masa tu ada sungai yang mengalir di celah-celah bangunan ni. Uniknya taman ni juga digelar Taman Gairah. Maybe tempat ni censored kot so sape-sape mengintai boleh jadi 'ghairah'. hehe ada kaitan tak?

Both my uncle, Pak Andak & Pak Lang..


My dad pun nak bergambar juger.. huhu



Sangat menarik senibina bangunan ni. Hanya semata-semata untuk mandi, tapi dibina dengan sangat indah - putih berseri lambang kesucian.

Sedikit latar belakang tentang Taman Sari Gunongan

Ok settle mengintai tempat permaisuri mandi. hehe

Tak jauh dari situ, dalam taman yang sama menempatkan muzium yang mempamerkan artifak dan barang peninggalan sejarah sejak zaman kesultanan Acheh dahulu kala. 

Barang-barang dagangan zaman dahulukala pun ada dipamerkan di sini.

Ok disebabkan dah waktu lunch, kami dibawa pula makan tengahari di salah sebuah restoran Aceh. Menarik restoran ni dibina dengan kayu-kayu tapi berkonsepkan kontemporari sedikit.

Hidangan dah sampai!

Tak jauh lari dari konsep Nasi Padang.

Our desert, tapai pulut.

Sedap sangat tapai ni. Wajib anda mencubanya.

Specialnya kat Acheh ni, minuman yang selalu dihidangkan adalah jus timun. Mula-mula nak minum agak pelik juga tapi sebenarnya rasa dia sangat sedap dan menyegarkan.




Ok selesai untuk kali ni. Ada sambungannya lagi tau. hehe..


Misya : Jangan mandi kambing.

1 comment:

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...