Salam. Sambungan dari Part 4, pagi-pagi selepas breakfast kami bersiap sedia untuk ke sebuah lagi pulau untuk menjalani aktiviti snorkeling. Indah dan nyaman je bila pagi-pagi dah menghirup udara segar di tepi laut. Untuk ke tempat snorkeling tu perlu menaiki bot. So ciri-ciri keselamatan amatlah dititikberatkan especially jaket keselamatan. Yang tak snorkeling pun kena sewa jaket keselematan.
Gaya je lebih sebab saya tak snorkeling pun. hehe.. Sebab honestly saya bukan peminat aktiviti sebegini. Sekadar follow tengok-tengok bolehlah..
Pakcik dan adik saya semangat nak snorkeling.
My mom & dad. Dorang pun sekadar follow saja.
Ready nak naik bot!
Setiap bot kat sini mempunyai lubang di tengah-tengahnya yang ditutupi dengan cermin kaca. So nanti bila sampai 1 kawasan tu, pemandu bot akan buka penutup cermin untuk kami melihat flora dan fauna di dalam laut dari atas bot.
Sekitar pemandangan di keliling Pulau Sabang.
Perjalanan ke pulau kecil untuk snorkeling mengambil masa lebih kurang 20 minit gitu.
Sampai je 1 kawasan, pemandu bot menghentikan bot dan terus buka penutup cermin supaya kami boleh melihat pelbagai spesis ikan dan hidupan laut lain dari atas bot. So tak snorkeling pun takdelah ralat sangat tak dapat tengok ikan dalam laut Pulau Sabang. Hehe
Batu-batu karang yang boleh dilihat. Tapi yela kalau orang yang suka aktiviti di laut ni mesti tetap nak snorkeling untuk lihat lebih dekat. Sometimes kalau bernasib baik boleh nampak penyu, ikan 'finding nemo' dan lain-lain spesis hidupan laut.
Sampai sudah di jeti tempat snorkeling.. Jernih air lautnya memang sesuai untuk snorkeling. Saya bukan taknak snorkeling tapi sebab saya tengah jalani treatment untuk pregnancy so kena avoid aktiviti-aktiviti fizikal sebegini. Takpela, janji sampai tempat ni.
Sementara yang lain snorkeling, kami spend time berfoto sana sini.
With my dad. Sama tak muka kami? hehe
Mym mom & Mak Lang.. Mak Lang Evi saya ni cikgu tau. Dia memang rajin pergi trip-trip cenggini. So kira dialah ketua rombongan kami. hehe
Pak Lang saya punya semangat snorkeling.
Wefie jangan dilupakan..
Sangat jernih air laut di sini kan? Macam di Sabah pun ada.
Tenangnya rasa dapat duk lepak-lepak tepi laut cenggini..
Sementara menanti yang lain snorkeling, kami bersantai-santai di restoran-restoran tepi laut ni. Apa lagi, orderlah kudap-kudapan yang ada di sini.
Satay yang sangat sedap!
Macam dalam entry Part 4 sebelum ni, french fries kat sini homemade. Memang ambil masa la nak tunggu order french fries ni sampai. Lagi 1 kat pulau kecil ni takde elektrik. So dorang takde peti ais nak simpan makanan frozen. So everything dibuat on the spot bila customer order termasuk satay!
Aktiviti snorkeling ambil masa lebih kurang 2 jam gitu. Masing-masing dah kepenatan. Ready untuk pulang ke hotel dan checkout.
On the way back to main Island of Sabang. Ahha nampak kotak biru tengah-tengah bot tu? Itulah cermin kaca yang saya maksudkan boleh tengok panorama dalam laut dari atas bot.
Done snorkeling.. (Cett macam join je snorkeling :p)
Ok done checkout dari hotel..
Ready to going back to Banda Acheh.
Sebelum tu haruslah isi perut dulu. Lunch di salah sebuah restoran masakan Acheh di Pulau Sabang.
Makanan di sini dihidangkan ala-ala nasi Padang. Tapi tidaklah sebanyak lauk-pauk Minang. But boleh request kalau nak tambah certain lauk. Rasanya? Sedap juga especially masak sambal.
Orait selesai aktiviti di Pulau Sabang. Hingga bertemu lagi!
Ok again kena naik feri untuk kembali ke daratan Banda Acheh. Bagi meneruskan aktiviti lawatan yang lain.
Orait nantikan aktiviti seterusnya dalam Part 6 ya! Saya ni mabuk laut so nak tido jap. Hehehe..
Misya : Sesekali travel without husband.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.