Salam.. Anda tahu tak kata laluan (password) sangat-sangat penting untuk dilindungi? Kata laluan biasanya digunakan untuk mengakses perkhidmatan dan maklumat dalam ICT. Terdapat banyak kata laluan yang anda perlu ingat. Oleh itu, anda mungkin memilih kata laluan yang mudah diingat malah menulisnya di tempat yang boleh dilihat orang atau di dalam QR Code.
Berikut adalah beberapa tip untuk anda melindungi kata laluan anda dan membina kata laluan yang kuat:
+ Jangan kongsi kata laluan anda dalam Internet, menerusi e-mel atau dalam telefon. Tiada sesiapa akan meminta untuk menghantar kata laluan anda kepada mereka. Berhati-hati jika ada yang bertanya.
+ Menggunakan kata laluan yang mempunyai sekurang-kurangnya 8 aksara, yang termasuk kombinasi nombor dan simbol.
+ Elakkan perkataan atau frasa biasa. Penggodam boleh menggunakan program yang mencuba setiap perkataan dalam kamus seperti ini:
- nasilemak
- passw0rd
- abc123
- 123456
- qwerty
+ Jangan gunakan maklumat peribadi anda atau sebarang perkataan atau frasa yang berkaitan dengan anda.
+ Anda perlu sentiasa menukar kata laluan dengan kerap. Setiap 3 bulan sekurang-kurangnya.
+ Anda perlu menggunakan kata laluan berlainan pada setiap akaun yang anda akses.
+ Satu cara mencipta kata laluan yang kuat ialah mendapatkan frasa yang anda boleh ingat dan mengambil huruf pertama bagi setiap perkataan sebagai kata laluan anda, menukar huruf yang anda boleh ingat. Contohnya, “Keropok lekor yang dibeli di seberang takir amat sedap” akan menjadi “klYdBdST@$”.
Diharapkan segala transaksi dalam talian seperti perbankan Internet, urusan emel, dan segala maklumat terperingkat terpelihara jua.
Pesanan ringkas Pegawai Keselamatan ICT KKM
Cik Misya : Pernah digodam beberapa kali.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.