Thursday, April 25, 2013

Memey Suhaiza sah terus bertudung!

Salam.. Wah berita baik buat peminat pelakon Memey Suhaiza di mana pelakon ini membuat pengakuan akan terus bertudung! Sah berita ini disampaikan melalui Gua.Com.My. Syukur Alhamdulillah... 

"Saya memang dah buat keputusan untuk terus bertudung. Keputusan ini saya buat bukan kerana desakan sesiapa, tetapi datang dari hati saya sendiri. Selama beberapa hari ini saya berasa sangat selesa dan tidak janggal apabila mengenakan tudung. Jadi, adalah lebih baik saya buat perubahan ini. Mungkin sudah sampai masanya saya pakai tudung,” ujar Memey ketika dihubungi GUA sebentar tadi."


Mungkin mengikut jejak langkah bekas isteri husbandnya iaitu Abby Abadi yang sekarang makin mesra dengan Memey Suhaiza..:) Dah macam one happy family dah saya tengok. Huhu.. Luar biasa sangat-sangat dorang ni kan? Dari segi kerjaya Memey sebagai pelakon, Memey menyatakan akan meneruskan karier lakonan beliau tetapi perlulah sesuai dengan wataknya yang berimej Muslimah sekarang.

''Buat masa ini saya memang mahu beri tumpuan kepada keluarga. Tetapi, saya akan terus berlakon selagi mendapat tawaran. Saya tidak akan terus berhenti kerana lakonan adalah minat saya. Namun, saya tidak nafikan mungkin tawaran itu akan berkurangan. Tetapi tidak mengapa kerana saya yakin rezeki ada di mana-mana. 

Abang pun sudah berpesan, seandainya tawaran berlakon berkurangan selepas ini, saya tidak boleh menyesal kerana apa yang saya lakukan ini adalah kerana Allah. Abang memang lebih suka kalau saya duduk di rumah dan beri tumpuan kepada keluarga. Tetapi dalam masa yang sama, dia juga tidak menghalang kalau saya ingin terus berlakon,” ujar Memey mengakhiri perbualan.''


Papepun, tahniah diucapkan buat Memey akan penghijrahan beliau! Tertutup itu lebih baik daripada terbuka. Malah lebih berkat hidup kita sebagai wanita Muslimah..:)



Cik Misya : Mahu tinggalkan dunia modelling. Fokus kepada bisnes.

3 comments:

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...