Hari ini agak keletihan.. Penat beberapa hari tak rehat still terasa. Mesti korang pelik kan? Dah cuti 3 hari (plus Hari Pekerja) pun still tak cukup rehat. Memang tak cukup rehat! 2 hari sebelum tu pun terpaksa EL untuk uruskan suatu urusan yang sangat penting. Masuk je office, bos dah bising-bising merungut kerja takde progress la apa la. They think we are robot maybe?? haha..
But seriously, aku tak suka dilayan macam robot or boneka! Aku datang kerja nak cari rezeki dan perform yang terbaik untuk setiap job yang diberi. Tiap orang ada kehidupan masing-masing. Ada personaliti masing-masing. Ada daya usaha masing-masing untuk buat sesuatu. Tapi bila kita diberi banyak benda dalam satu masa, then tak cukup masa nak siapkan semua benda, then dikomplen pulak kata kita tak de progress, memang hangin tul aku. Pagi-pagi aku datang kerja dengan niat baik. Dah elok-elok mood aku, ada je suara-suara sumbang. Memang tak suka betul aku.
Tapi yela, dah lumrah dunia pekerjaan. Especially kat tempat aku. Kerja macam nak mati sampai stay-up malam-malam siapa yang tahu? Yang dorang tahu kerja mesti siap. Tapi kalau aku dah ada banyak benda kena fokus, memang benda takkan siap pun. Yang sorang suruh macam ni, yang lagi sorang nak suruh buat ni. kejap pergi sana, kejap pergi sini. Penat ok!!
Biasanya orang mesti kata, kalau perempuan hangin semacam mula la ingat orang tu dalam mood "kebulanan". Tak semestinya ok. Ada je perempuan yang asyik nak marah walaupun takde isu pape pun. Contohnya.. Si... hehe.. Takleh bagitahu. :p Tolonglah ubah pemikiran sikit ok. Manusia pun ada perasaan. Bukan macam robot yang hanya ikut je telunjuk tuannya. And pada yang suka nak komen itu ini, jaga sikit perkataan anda. Aku jenis suka pada sesuatu yang cantik, kemas dan menarik. Tak semestinya bila kita pakai pakaian yang lain daripada yang lain, tujuan kita untuk benda tak sepatutnya. (eg. nak mengorat orang atasan). Perghh...! Why people always think negatively? Pelik-pelik.. huhu.. Takkan nak datang kerja macam orang tak siap kan? Selekeh semacam je.. Orang nak tengok pun takde semangat. Apa yang aku pakai, itu yang memberi aku semangat. Kalau nak down kan aku, sorryla kalau aku terpaksa melaser balik. Kalau aku datang kerja pakai bikini tu bolehlah nak komen itu ini kan? haha.. Itu mustahillah. ;p
Aku bukanlah nak komplen sangat tentang situasi kerja aku. So far aku boleh handle lagi. Tapi yela, terpaksa terima benda-benda yang kita tak suka dalam apa yang kita suka. Aku enjoy ngan kerja aku sekarang. Human being.. Mestilah nak luahkan pape kan. Aku tak kacau orang, so hormat sikit pendirian aku. Tu sahaja. Time happy is happy. Time kerja, kerja lah. Susah ke? huhu. Pape pun, aku harap aku leh cuba lagi usaha yang terbaik. Jangan mengeluh sebab kalau nak berjaya mestilah kena susah-susah dulu kan.. Insyaallah ganjarannya mesti sangat besar. Amin..
Cik Mesya : Tengah ambil mood nak mulakan kerja sekejap. huhu..
bawa byk bersabar la ya my dear,kte paham,tp kte akan anggap ini adalah cabaran supaya siapkan semua tugasan yang diberikn dgn baik n seperti yg diharapkan diorg...hmm pakai bikini g keja? ni harus di komen kaw2 punye la...
ReplyDelete