Monday, February 6, 2017

Photoshoot Earth Theme ft. Incik Baha

Salam. Oh yeahh lama tak share portfolio terkini.  Kolaborasi dengan photographer Incik Baha a.k.a IB from Annahar Photography dan makeup artist Kak Ummi Kalsom. Dah lama tak shoot dengan IB, one of photog terawal yang pernah shoot saya masa mula-mula saya involve dalam bidang modelling. Tak sangka beliau masih sudi invite saya untuk hasilkan karya fotografi beliau. TQ IB.. Also tq so much to Kak Ummi for the "Earth" theme makeup. Love it and looks so high fashion! Thanks also to Farlynn Hijab who sponsored my Hijab. Best sebab takyah gosok! hehe..Lets view my Earth's theme masterpiece. (Nama je earth tapi dari segi pakaian je. Shoot di area Shah Alam. Hehe) Actually saya berkolaborasi dengan 3 orang lagi model. But for this entry saya share photo saya sorang je dulu. :)

















Misya : Join Earth Hour.


Friday, February 3, 2017

Jom gantikan ucapan kepada doa

Salam. Apa kata sempena Hari Jumaat ni kita belajar dan cuba gantikan ucapan harian kita kepada doa. Mungkin agar sukar untuk sesetengah ucapan tapi kalau diamalkan lama-lama jadi mudah. Lebih afdal malah boleh dapat pahala lagi. InsyaAllah.. :)

Jangan ucapkan "0k"
👉ucapkan "In sya Allah"
اِنْ شَآ ءَ اللَّهُ

Jangan ucapkan "wow"
👉ucapkan "SubhanAllah"
سُبْحَانَ اللهُ 

Jangan ucapkan "hebat"
👉ucapkan "Masya Allah"
مَاشَآءَاللّهُ. 

Jangan ucapkan "saya baik-baik saja"
👉ucapkan "Alhamdulillah"
الْحَمْدُ لِلَّهِ 

Jangan ucapkan "Terima kasih"
👉ucapkan "Jazaka (ki,kumu) llahu Khairan"
 جَزَاك اللهُ خَيْرًا 

Jangan ucapkan "Hati-hati ya... Jumpa lagi.."
👉ucapkan "Fii Amanillah"
فِي أَمَانِ الله

Jangan ucapkan "Hello"
👉ucapkan "Assalamu alaikkum Warahmatullah"
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ  

Doa yang indah untuk berterima kasih pada Allah atas semua nikmat yang diberikan.. 

 "Allahumma a'inni 'ala dzikrika wa syukrika wa husni  'ibadatika" 
اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ



Misya : Berdiam lebih baik untuk waktu tertentu.

Macau Trip #4 || Hard Rock Cafe @Macau

Salam. Ok lepas visit Galaxy Hotel, Macau dan jenjalan di sekitarnya dalam entry Part 3, kami meneruskan perjalanan menuju ke Hard Rock Hotel. Which menjadi simbolik if melancong ke mana-mana mesti nak singgah ke Hard Rock Cafe untuk beli T-Shirt dan souvenirs.

Lepas berjalan kaki dari Venetian Hotel lebih kurang 10-15 minit kami pun sampai di bangunan City of Dreams ni. Menempatkan Macau Hard Rock Cafe & Hotel. Walaupun penat berjalan kaki tapi rasanya lebih ralat if tak datang ke Hard Rock. hehe.

Fuyoo masuk-masuk jelas terpampang Casino! Tapi jangan lah masuk pula ya. Haram untuk orang Islam.;) 

Jom cari Hard Rock Hotel. Agak besar juga tempat ni. Berada di Level 1 if tak silap. Senibina bangunan ni biasa-biasa saja seperti shopping-shopping mall besar di KL. 

Yeah finally sampai juga di Hard Rock Hotel di Macau!!

Apa lagi, wajib beli T-Shirt Hard Rock sebagai kenang-kenangan. Nak pakainya tak tahu bila. Hehehe


Ok ade la juga memory kat Hard Rock Macau ni. Next, after settled melawat hotel-hotel mewah di Macau ni so kami akan ke luar pula untuk mengunjungi place of interest yang lain sambil shopping! hehehe.. Boleh baca Part 5 pula.


Misya : Tak minum kopi.

Update Tarikh Tutup Bloglisted by Misya 2017!!

Salam. Alhamdulillah ramai juga yang menyertai segmen tak seberapa saya ni. Huhu. Siapa belum join untuk saya bloglisted kan blog saya, cepat-cepat hantarkan penyertaan!! Sebab saya dah nak tutup penyertaan!!

TARIKH TUTUP :

10 FEBRUARI 2017
JAM 12.00 TENGAH MALAM

Apa? Masih belum join? Haa dipersilakan klik banner di atas untuk join. :) Yang dah join atau taknak join tapi nak jenjalan ke blog peserta lain, bolehlah lihat SENARAI PESERTA.

Happy Bloglisted!=)


Misya : Rapatkan silaturahim blogger

GIVEAWAY NIYAZ 1ST YEAR BIRTHDAY BY DEARIESCOUPLE

Klik untuk join

6 petanda sebelum MATI

Salam semua. Sempena Hari Jumaat penuh Barakah ini, saya nak kongsi tentang 6 petanda bermula 100 hari sebelum tibanya Sakaratul Maut.

“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.” Sabda Nabi Muhammad S.A.W


Tanda-Tanda Kematian Menurut Islam

*100 Hari Sebelum Hari Kematian*

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya jika mereka sedar ataupun tidak. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil.

Contohnya seperti daging sapi/kambing yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sadar dan terdetik di hatinya bahwa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

*40 Hari Sebelum Hari Kematian*

Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas Arash Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya seperti mulai mengikuti kita sepanjang waktu.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

*7 Hari Sebelum Hari Kematian*

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.

*3 Hari Sebelum Hari Kematian*

Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui/ difahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

*1 Hari Sebelum Hari Kematian*

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

*Tanda akhir*

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Bersiap-sedialah, hari itu pasti akan datang! Sudah siapkah bekalan kita?

Wallahu a’lam


Misya : Kadang-kadang mati itu lebih baik daripada terus hidup dalam dunia yang penuh pancaroba.

Thursday, February 2, 2017

Macau Trip #3 || Berlian Gergasi di Galaxy, panorama indah Macau

Salam. Dah baca Part 3 kami melawat 'Venice' di Macau? ;) Ahha.. Kalau belum, anda wajib baca sebab tempat ala-ala Venice iaitu The Venetian hanya ada di Macau sahaja. Next, tak jauh dari The Venetian, kami berjalan kaki menuju Galaxy. Salah 1 lagi hotel mewah di Macau. Actually ada banyak hotel mewah di Macau ni. Tapi hasil tinjauan ke blog-blog traveller yang lain, Galaxy ni one of hotel yang boleh dikunjungi.

Pintu masuk Galaxy yang tersergam indah.. Macam nak masuk istana Raja.


Owh dalam Galaxy ni pun dah macam shopping mall. 

Wow ada McD! hehe.. Ada bran nak masuk?? Confirm la tak.. Ok tetiba perut dah berbunyi. Sudah lunch time rupanya. Ok kena cari tempat untuk lunch supaya dapat makan bekalan yang kami bawa dari Hong Kong.


Disebabkan sukar mencari makanan Halal, maka sebelum kami keluar hotel di Hong Kong, saya dah siap-siap panaskan makanan segera. Nasi Briyani plus Ayam Masak Merah from Brahims'.  So jangan lupa bawa rice cooker mini tau. Dah panaskan masukkan dalam tupperware kedap udara then bawa ke Macau. Bawalah juga makanan ringan untuk kudap-kudapan. Almaklum seharian kat sini plus musim sejuk pasti cepat lapar.

 Makanan tak mewah tapi saya dan husband tetap happy sebab rasa bersyukur ada makanan untuk mengisi perut yang dah berkeroncong. :) Rasa macam kanak-kanak pun ada bawa bekal makan sama-sama. Bahagianya.. Hehehe.. Alhamdulillah.. So kat Galaxy ni ada food court. So kami menumpang sat untuk lunch.


Apa yang best kat Galaxy sebenarnya orang nak tengok The Giant Diamond ni. Saya dan husband tak sempat nak bergambar sangat dengan diamond-diamond gergasi dalam hotel ni sebab nak kejar masa untuk ke tempat lain pula.

If datang waktu malam, ginilah rupa The Galaxy Hotel ni. Besar kan? Nak jalan ke seluruh building memang tak sempat lah. But at least saya pernah sampai.. :)

Ok kami meneruskan perjalanan untuk ke Hard Rock Cafe Hotel. Actually ada jambatan yang menyambungkan The Venetian Hotel dengan Hard Rock Hotel. Dari Galaxy kami patah balik ke Venetian but nasib kami kurang baik, mencari-cari jambatan tu tak jumpa-jumpa. Sampai kami sesat, ermm agak buang masa. Signage dalam The Venetian langsung tak membantu. Yela takkan dia nak promote pesaing hotel dia pula kan..

 Kami decide untuk ikut jalan luar which jaraknya agak jauh sebab nak kena pusing keliling The Venetian ni. Tapi ada hikmahnya bila jalan luar, kami dapat saksikan panorama indah Bandaraya Macau ni. Alhamdulillah kami datang time winter, cuaca sejuk jalan jauh pun tak terasa penat sangat. Dapat lihat senibina ala-ala Portugis style. Owh lupa, Macau ni memang hasil tinggalan penjajah Portugis sewaktu masa dahulu. Thats why bahasa dan senibina Portugis masih melekat dalam Macau ni.

Syoknyer dapat tengok panorama di sini. Bangunan tinggi dan mewah tapi masih ada unsur-unsur semulajadi seperti tasik ni.


Tak rugilah if jalan kaki kat sini sebab boleh snap gambar cantik-cantik sepanjang jalan. Hehe.. Penat tapi berbaloi.

Nice kan? Macam kat Eropah tapi rupanya Macau je. Hehe.

Apa yang bagus Macau ni sediakan tempat pejalan kaki yang sangat selesa. Dulu-dulu selalu dengar tempat-tempat berkasino (pusat judi) ni bahaya. Tapi so far Alhamdulillah ianya sangat aman, cantik, bersih dan menyenangkan. Lebih tenang banding duk di KL. Serius! So tak perlu takut nak datang ke sini. Lainlah kalau ada niat nak masuk kasino tu wallahualam la kan. huhu.

Nak ikut saya ke tempat seterusnya? Nanti baca Part 4 pula tau..;)


Misya : Cintakan keamanan.



Friday, January 27, 2017

SEGMEN BLOGLIST FEBRUARI BY IRAZULKEFFELE

Klik untuk join

SEGMEN ICE BREAKING BY MELLYA

Klik untuk join

Macau Trip #2 || The Venetian, the largest casino in the world!

Salam. Orait sambungan dari entry Macau Trip Part 1, sampai je kami terus menaiki bas ke Venetian Hotel, terletak di daerah Cotai Strip. Which menempatkan hotel, shopping mall dan kasino terbesar di Macau malah di dunia. Owh maksudnya kasino di Las Vegas pun kalah lah ye? huhu.. Jom tengok apa yang ada dalam The Venetian ni.. Dari luar lagi dah nampak gah..

Tadaa kami dah masuk ke dalam The Venetian.. Masuk-masuk je terus wow... Memang syurga dunia. Besar ya amat tempat nih!

Posing dulu... 

Nak ke lobby hotel agak jauh juga. Sambil berjalan tu ada kedai-kedai barangan branded.

Seriously The Venetian ni sangatlah besar. Memang boleh sesat. Huhu. Apa yang menarik senibina The Venetian ni ala-ala kita berada di Venice. Tak caya jom zoom...

Ahha.. Ini bukan di luar bangunan tapi di dalam bangunan The Venetian! 

Ada terusan ala-ala macam berada di Venice..

Romantiknya la hai tempat ni.. Memang sesuailah pasangan husband and wife datang ke sini. Hehe.. Tak dapat pi Venice, gi The Venetian pun jadilah..

Sangat unik ada terusan dalam sebuah bangunan. Teringat The Mines Shopping Mall, di Serdang, Selangor. Konsepnya lebih kurang. Tapi The Venetian ni sampai siling dia pun dibuat kelihatan macam langit sebenar.

Kami spend time di sini about 15 minutes bergambar puas-puas. Rasa teruja sangat-sangat betapa kreatifnya arkitek yang membina tempat ni.

Sepanjang terusan buatan ni, adalah shoplots menjual pelbagai barangan branded. 

Bayangkan dalam bangunan ada bangunan.. Siap ada sungai gitu.. Huhu 

If datang ke Macau mesti singgah tempat ni. Boleh wat jatuh cinta! :)

Last photo from us at The Venetian.

Masuk je dalam The Venetian try cari arah ke Sands Cotai Centre ni untuk ke tempat yang cantik ni.

Actually bila masuk je The Venetian ni dah macam berada dalam istana zaman dahulu kala. Mewah dengan hasil seni dan ukiran yang sangat gah. Feeling-feeling royal family giteww...
Done melawat The Venetian..

Dah nama pun model, posing pun ala-ala model juga. hehe

Husband saya pun nak jadi model juga?;)

Actually kalau datang malam, beginilah rupanya The Venetian ni. Dah macam bersalut emas dah kan bangunan dia.

Kat Macau ni jangan risau, bas dan teksi sentiasa ada untuk bawa anda anywhere you want. Bas free je. Teksi pun takdelah mahal sangat. So, next saya ke mana pula? Tunggu entry Part 3 ya!;)


Misya : Kreativiti manusia tiada batasan.






Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...