Friday, August 26, 2016

Adab-adab isteri terhadap suami..

Salam. Buat wanita-wanita yang telah bergelar isteri, saya kongsikan dengan anda adab-adab seorang isteri terhadap suami. Maybe tips ni dapat membantu menyemarakkan lagi kasih sayang antara anda dan suami. Sometimes yang dah lama kahwin tu dah kurang amalkan adab-adab ni atau terlupa sebab busy menjaga anak atau bekerja sampai mengabaikan adab-adab yang baik terhadap suami. Tertinggi suara tanpa kita sedar sampai menyakiti hati suami dalam diam, rumah berselerak macam kucing beranak sampai suami selalu lepak di luar atau takde lagi wangi-wangian sampai bau badan boleh wat suami hilang selera. Jom kita sama-sama bermuhasabah diri..:)













Misya : Jangan wujudkan suasana yang boleh suami cari lain.

Farlynn Hijab Merdeka Sales!!!

Salam. Hoorayyyy!! Untuk penggemar tudung labuh yang trendy dan cantik-cantik, berita baik dari butik Farlynn Hijab sempena Hari Merdeka yang bakal tiba beberapa hari saja lagi!!! Jualan murah Farlynn Hijab Merdeka Sales!!! Cer bayangkan tudung-tudung Farlynn ni harga asal dia dah memang murah, around RM30-45 pastu Farlyn wat sales lagi, perghhh memang harga runtuh la! If nak beli direct dari butik boleh datang ke Farlynn Hijab di Bangi Getaway. Atau roger je online page facebook Farlynn Hijab.


Saya berasa sangat terharu owner merangkap my friend, Shazlinda sudi lantik saya sebagai model untuk Farlynn Hijab dan wajah saya digunakan sebagai penghias banner Merdeka Sales. Hope Farlynn terus maju dan sukses! Guys, jom support Falynn Hijab ya!=)







 Misya : Support bisnes Melayu.

Sotong kering lebih bahaya dari rokok??



Sedarkah anda, selalu memakan sotong kering sebenarnya lebih merbahaya dari merokok? Tak tahulah kesahihannya tetapi rasa nak sharing dengan anda tentang info ini. Honestly sotong kering wat sambal perghhh memang marvelous! huhu..




Dalam mazhab Hanafi, dikatakan sotong adalah haram dimakan. Kanser daripada sotong kering kerana mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat. PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemari kadmium di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal. Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.



"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah. "Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.

Actually saya sendiri dah tahu tentang benda ni. Bukan sotong saja malah seafood lain pun sama juga. Sebab di lautan ada banyak logam berat. Bila haiwan laut yang kecil dimakan oleh yang lebih besar, menambah-nambah lagi amaun logam berat dalam haiwan laut tersebut. Sebab tu saya kurang memakan seafood yang bersaiz besar. Plus saya ni agak penakut if tengok seafood terlampau besar. Boleh hilang selera walaupun dimasak dengan sedap.

So, kesimpulannya bagi saya bukan tak boleh makan sotong dan lain-lain seafood. Tapi berpada-pada. Cuci sebersih-bersihnya sebelum dimasak. Logam berat ni bukan benda hidup, if masak dengan haba tinggi sekalipun takkan mati macam kuman. Orait?


Misya : Makan secara sederhana.

Mini Giveaway Lucky Nine

Klik untuk join
Facebook : Aimi Syahirah

Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot September 2016

Klik untuk join

Segmen Bloglist By Akupenghibur.com


{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
 Bloglist untuk blog akupenghibur.com selama 1tahun
1 Blogger bertuah Feed Blog di Blog akupenghibur.com

Mula : 25 Ogos 2016 | Tamat :1 Sept 2016


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Bloglist By Akupenghibur.com

2. Letakkan blog acik di bloglist blog kamu

3. Follow instagram  :
@acik21

4. Copy code di bawah dan paste ke ruangan html di blog kamu




Berkain batik sambil merempit di pagi Jumaat!

Salam Jumaat semua.. Alhamdulillah sampai lagi usia kita di Jumaat penuh barakah ni. Tapi jangan jadi macam akak ni pagi-pagi Jumaat dah merempit! Siap wheely (betul ke ejaan dia?) bagai lagi tuh! haha. Baik-baik kak tak memasal terangkat kain batik tu. Ikan tak dapat, apa pun tak dapat. 'Mendapat' benda lain pula. Don't worry ikan takkan habis punya kat pasar tu sampai nak kena merempit ke pasar. hehehe. Siapa la punya koje ni ya snap gambar gini. Entah-entah lelaki kot pakai macam perempuan. Ataupun gambar edit semata-mata. Haha. Apa-apa pun Salam Jumaat buat semua. Yang lelaki jangan lupa solat Jumaat nanti. ;) Orait take care..



Misya : Excited nak weekend.

2nd compcard photoshoot by Dak Teropong Studio

Salam semua. Today nak share hasil photoshoot for my new compcard by Dak Teropong Studio. 1st session adalah photoshoot close-up for beauty theme. Boleh tengok hasilnya di SINI. 2nd session adalah full and half shot - tema bebas. Kebetulan saya ada beli dress baru yang masih belum digunapakai. Apalagi melaramlah dengan baju baru untuk photoshoot ni. Hehe. Hopefully if ada klien yang berminat nak tawarkan saya apa-apa Muslimah Modelling Job, bolehlah terus roger saya ya.:)  













Misya : Jaga kecantikan kulit

Thursday, August 25, 2016

Kucing beratur nak makan durian..

Salam. Sekarang musim durian kan? But nowadays bukan manusia je yang suka melantak durian. Kucing pun suka makan durian ok! If duk Malaysia memang itulah yang kucing kena belajar makan sebab confirm-confirm tuannya akan cuba hulur durian bagi kucing rasa. Tak kenal maka tak cinta, dah kenal haa sampai beratur nak makan durian! hehehe... 


Cute kan dorang? Dahlah warna oren my feveret cat. Bagus betul tuan dia hulur durian, semua beratur nak rasa. Maybe durian rasa dia lemak-lemak gitu, tu dorang ingat macam susu kot. Dats why dorang suka makan. Tapi tak panas ke badan dorang makan durian? 

#santaipagi #ilovecat #lawakdipagihari


Misya : Kucing cepat gemuk if makan tak memilih.

14 jenis hadiah terbaik

Salam. Saya agak tersentuh bila terbaca perkongsian dari rakan whatsapp ini...


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


*HADIAH TERBAIK*

Hadiah tidak semestinya sesuatu yang berupakan wang ringgit atau harta benda. Banyak cara untuk kita menghadiahkan sesuatu kepada orang tersayang tanpa perlu membelanjakan wang antaranya :

1. Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah *Doa.*
2. Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah *Kemaafan*
 3. Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah *Kejayaan*
4. Hadiah terbaik untuk murid adalah *Tauladan*
5. Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah *Kasih Sayang*
6. Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah *Al-Fatihah*
7. Hadiah terbaik untuk ibu bapa adalah *Kebaktian*
8. Hadiah terbaik untuk isteri adalah *Penghargaan*
9. Hadiah terbaik untuk suami adalah *Kesetiaan*
10. Hadiah terbaik untuk anak adalah *Pendidikan*
11. Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah *Kejujuran*
12. Hadiah terbaik untuk orang yang tak dikenali adalah *Senyuman*
13. Hadiah terbaik untuk Rasulullah adalah *Selawat*
14. Hadiah terbaik untuk Allah SWT adalah *Ketaqwaan*

Sentiasalah bermurah hati untuk menghadiahkan sesuatu kepada insan sekeliling kita kerana pemberian anda hari ini mungkin adalah ganjaran untuk hari esok.


Misya : Keikhlasan adalah paling sukar dicapai.

Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...