Tuesday, December 15, 2015

Shawarma di Hammurabbi Restaurant sangat marvelous!

Salam. Ya Habibi Ya Maulana... Teringin nak makan makanan Arab? Ahha jom ke Cyberjaya sebab ada 1 restoran Arab yang best untuk diterjah. Namanya Hammurabbi.. Saya tak sure apa nama kawasan tu tapi berhadapan Agym Fitness Centre. Saya n husband fall in love dengan tempat ni bcos ada Shawarma! Ahha tau apa tu Shawarma? If tak tahu, korang kena tahu. Hehe sebab Shawarma ni sangatlah sedap! Tak semua restoran Arab jual Shawarma ni. Dia ala-ala kebab daging / ayam dalam roti pita. Tapi yang menariknya rasa dia super duper marvelous.! Juicy, sedikit oily (but acceptable), sedikit pedas dan rasa rempah yang sangatlah sedap. Cicah dengan sos bawang putih, perghhhhhhhhh serius tak hengat kesedapannya! Adoiiiii wat entry ni pun dah terliur! Wakakaka... Uols wajib try if datang ke Hammurabbi Restaurant ni. 


Selain dari Shawarma, nasi Arab dia pun sodap. Seperti biasa memang nasi dia sangat banyak. Boleh share 2 orang.

 Sesekali beralih angin ke selera padang pasirrrrun la kan.. Cuma takde unta je. Ahaks. Mengingatkan kami pada trip percutian kami ke Egypt sebelum ni every time singgah makan di sini.

Ahha, jangan lupa order minuman dalam botol ni. Botol dia nampak macam pelik tapi don't worry ianya sangat sedap. Barbican.. Macam-macam flavour ada. Saya suka peach..

Tak lupa desert a.k.a manisan. Tak ingat apa namanya tapi sedap. Dalamnya macam ada kelapa dan kacang yang rangup. 

Ni la rupa restorannya. Tapi baru-baru ni saya datang dia dah tambah lagi lot restorannya. Jadi semakin besar.Makin maju restoran ni. Maybe sebab makanan dia sedap-sedap. Banyak student foreigners yang datang makan kat sini. Leh feeling-feeling oversea gitu. So selamat mencuba!



Misya : Kenapa makanan Arab di Malaysia lebih sedap?

Fakta hebat tentang Al-Quran!


Salam jom kita ketahui fakta-fakta ringkas tetapi maha hebat! Al-Quran itu ada :

S : Berapa jumlah Surah dalam al-Quran ?
J : 114 Surah


S : Berapa jumlah Juz dalam al-Quran ?
J : 30 Juz


S : Berapa jumlah Hizb dalam al-Quran ?
J : 60 Hizb


S : Berapa jumlah Ayat dalam al-Quran ?
J : 6236 Ayat


S : Berapa jumlah Kata dalam al-Quran dan berapa Jumlah Hurufnya ?
J : 77437 Kata, atau 77439 Kata dan 320670 Huruf


S : Siapa Malaikat yang disebut dalam al-Quran ?,
J : Jibril, Mikail, Malik, Malakulmaut, Harut, Marut, Al-Hafazoh, Al-Kiromulkatibun HamalatulArsy dan lain-lain.


S : Berapa Jumlah Sajdah (ayat Sujud) dalam al-Quran?
J : 14 Sajdah


S : Berapa Jumlah para Nabi yang disebut dalam Al-Quran?
J : 25 Nabi


S : Berapa Jumlah Surah Madaniyah dalam al-Quran?
J : 28 Surah, al-Baqoroh, al-Imron, al-Nisa" al-Maidah, al-Anfal, al-Tawbah, al-Ra'd, al-Haj, al-Nur, al-Ahzab, Muhammad, al-Fath, al-Hujurat, al-Rahman, al-Hadid, al-Mujadilah, al-Hasyr, al-Mumtahanah, al-Shaf, al-Jum'ah, al-Munafiqun, al-Taghabun, al-Thalaq, al-Tahrim, al-Insan, al-Bayinah, al-Zalzalah, al-Nashr.


S : Berapa Jumlah Surah Makiyah dalam al-Quran?
J : 86 Surat, selain surah tersebut di atas.


S : Berapa Jumlah Surah yang dimulai dgn huruf dlm al-Quran?
J : 29 Surah.


S : Apakah yang dimaksud dengan Surah Makiyah ?
J : Surah Makiyah adalah Surah yg diturunkan sebelum Hijrah, seperti : al-An'am, al-Araf, al-Shaffat, al-Isra', al-Naml, al-Waqi'ah, al-Haqqah, al-Jin, al-Muzammil, al-Falaq.


S : Apakah yang dimaksud dgn Surah Madaniyah? 
J : Surah Madaniyah adalah Surah yg diturunkan setelah Hijrah, seperti : al-Baqarah, al-Imran, al-Anfal, al-Tawbah, al-Haj.


S : Siapakah nama para Nabi yg disebut dalam Al-Quran?
J : Adam, Nuh, Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub, Musa, Isa, Ayub, Yunus, Harun, Dawud, Sulaiman, Yusuf, Zakaria, Yahya, Ilyas, Alyasa', Luth, Hud, Saleh, ZulKifli, Syuaib, Idris, Muhammad Saw.


S : Siapakah satu-satunya nama wanita yg disebut namanya dalam al-Quran?
J : Maryam binti Imran.


S : Siapakah satu-satunya nama Sahabat yang disebut namanya dalam al-Quran?
J : Zaid bin Haritsah. Rujuk dlm surah Al Ahzab ayat 37.


S : Apakah nama Surah yang tanpa Basmalah?
J : Surah at-Tawbah.


S : Apakah nama Surah yang memiliki dua Basmalah?
J : Surah al-Naml.


S : Apakah nama Surah yang bernilai seperempat al-Quran?
J : Surah al-Kafirun.


S : Apakah nama Surah yang bernilai sepertiga al-Quran?
J : Surah al-Ikhlas


S : Apakah nama Surah yang menyelamatkan dari siksa Qubur?
J : Surah al-Mulk


S : Apakah nama Surah yang apabila dibaca pada hari Jum'at akan menerangi sepanjang minggu ?
J : Surah al-Khafi


S : Apakah ayat yang paling Agung dan dalam Surah apa?
J : Ayat Kursi, dlm Surah al-Baqarah ayat No.255


S : Apakah nama Surah yang paling Agung dan berapa jumlah ayatnya ?
J : Surah al-Fatihah, tujuh ayat.


S : Apakah ayat yang paling bijak dan dalam surah apa?
J : Firman Allah Swt :" Barang siapa yang melakukan kebaikan sebesar biji sawi ia akan lihat, Barang siapa melakukan kejahatan sebesar biji sawi ia akan lihat.. (Surah al-Zalzalah ayat 7-8)


S : Apakah nama Surah yang ada dua sajdahnya ?
J : Surah al-Haj ayat 18 dan ayat 77.


S : Pada Kata apakah pertengahan al-Quran itu di Surah apa? Ayat nombor berapa ?
J : وليتلطف Surah al-Kahfi ayat No. 19.


S : Ayat apakah bila dibaca setiap habis Solat Fardhu dapat mengantarkannya masuk ke dalam surga ?
J : Ayat Kursi.


S : Ayat apakah andiulang-ulang sebanyak 31 kali dalam satu Surah dan di Surah apa ?
J : Ayat فبأي آلاء ربكما تكذبانِ ) pada Surah al-Rahman.


S : Ayat apakah yg diulang-ulang sebanyak 10 kali dalam satu Surah dan di surah apa? Apakah ayat ini ada juga disebut dlm surah lainnya? Di Surah apa ?

J : Ayat ( ويل يومئذ للمكذبين ) pada Surah al-Mursalat, juga ada dlm Surah al-Muthafifin ayat No. 10.

S : Apakah Ayat terpanjang dalam al-Quran ? Surah apa? Ayat berapa?
J : Ayat No 282 Surah al-Baqarah...


Semoga Bermanfaat


Misya : Quran penenang jiwa terbaik.

Bongkar! Air Alkali VS Air R.O! pH air bukan penentu kesihatan air?

Salam.. Ahha.. Sejak 2 menjak ni ramai yang tanya saya air alkali tu bagus ke? Elok ke diminum? Dengar cerita leh sembuh macam-macam penyakit. Boleh itu, boleh ini. Kebetulan memang saya kerja di bahagian yang related dengan kesihatan so saya agak terkejut bagaimana boleh tersebar tentang air alkali ni. Lepas saya kaji sikit-sikit, OMG banyak fakta yang menipu dari yang betul. Sejak bila pula pH air jadi penentu ukur air tu bersih dan selamat diminum? Hang habaq mai sikit! Huhu. Saya ni bukanlah bijak pandai sangat tapi saya taklah jahil ilmu sains terutama berkaitan keasidan dan kealkalian ni. 


Ni saya nak habaq mai, pH BUKAN PENENTU AIR TU BERSIH DAN SELAMAT. Ianya hanya melambangkan air tu asid atau alkali. Kalau anda bijaksana apa yang lebih penting? Kebersihan dan keselamatan ke atau pH air? Secara logik pun Allah dari dulu ciptakan air dalam bentuk molekul H2O. Balance dari segi hidrogen dan oksigennya. Cuma ada orang terlebih bijak adjust kandungan Hidrogen (pH) then claim air tu bagus, air ni tak ok, air tu boleh sembuh macam-macam penyakit.  

Then, ada yang kata air alkali ni sama macam air zam-zam. Nauzubillahiminzalik.. Mana mungkin manusia boleh mencipta teknologi untuk menggantikan air zam-zam. Macam melawan kuasa Tuhan. Sebenarnya air zam-zam tu terdiri dari pelbagai mineral. (Kuasa Tuhan jangan dipertikaikan) Tapi kerajaan Arab Saudi pun memasang filter sebab takut apa-apa pencemaran. Sebab tu rasa air zam-zam dahulu dengan sekarang berbeza sedikit. Kalau kata ada teknologi leh wat ala-ala air zam-zam, silap-silap nanti orang jadi malas berusaha nak ke Mekah sebab dah leh dapat air macam air zam-zam kat mana-mana. 

Lagi 1, bila dah kata air alkali tu bagus, bermakna air asid tu tak baguslah? Jadi marilah kita mengharamkan air oren, apple juice, ribena dan sebagainya. Orange juice antara air berasid tinggi (pH rendah) tapi kenapa para doktor menasihatkan kita semua supaya amalkan oren jus setiap pagi semasa breakfast? Takde pula dia suruh minum air alkali setiap pagi. ;)


Kita kena ingat usus kita bersifat asid sebab banyak enzim dirembeskan untuk mencernakan makanan. Cer bayangkan keadaan berasid dalam perut tiba-tiba simbah dengan air alkali which amat berlawanan dari sifat asalnya, menggelegak kat dalam tu bukan anda tahu pun, tak ke naya perut kita? Badan kita kena terima sesuatu yang tak lari jauh dari sifat asalnya. sebab tu kena minum air sedikit berasid atau pH natural seperti air RO (reverse osmosis -pure H2O) So, jangan marah bila anda terkena kanser usus 1 hari nanti sebab amalkan air alkali.


Dan untuk pengetahuan semua, air alkali sebenarnya bukan tak bagus langsung tapi tujuan asal air alkali dibuat adalah untuk merawat pesakit-pesakit tertentu. Bukan untuk diminum oleh orang-orang normal dan sihat macam kita. Elok-elok sihat dan pH badan seimbang tak memasal jatuh sakit. Kalau orang tanya saya lagi betul ke air alkali tu bagus atau promote saya minum air alkali, senang je sebenarnya nak dapat air alkali. Tuuuu air bateri kereta, comfirm alkali dia sangat tinggi!!! Sedut je... Hehehe.. Nak lagi senang! Pi longkang tepi rumah, time ada air, haaa tadah air longkang dan minum. Memang kealkalian sangat tinggi. Kotor?? Aik kata pentingkan kealkalian bukan kebersihan dan keselamatan. ^_~ Nak alkali sangat kan.... hehehe...





Air alkali dikaitkan dengan mineral yang tinggi. Dah tu tak perlu makan sayur-sayuran dan buah-buahan lagi sebab leh dapat mineral dari air je. Comfirm semua sihat walafiat dengan hanya minum air alkali. Sape ngajar gitu? huhu. Kita wajib dapatkan mineral daripada sayur dan buah. Sebab ianya mineral organik yang mudah diserap oleh tubuh badan. Bukan mineral yang ditambah ke dalam air dan sukar diserap oleh badan. Lepas tu terkumpul kat buah pinggang, rosaklah ia. Pastu tambah lagi minum air mineral, bila masa kita nak cuci badan kita kalau asyik bagi benda kotor je? Bagi H2O!!! Air tulen, pelarut alam semesta yang Tuhan dah cipta sedari dulu lagi. Baru leh cuci buah pinggang. Baru leh bersihkan usus. Baru leh bersuci dan beribadat dengan sempurna.


Yang kata air alkali boleh sembuh macam-macam penyakit tu, ianya bergantung pada tahap psikologi seseorang juga. Minum 1 titis air alkali sekalipun, bila minda dah dimomokkan dengan perkara tersebut automatik kita terus rasa sihat. Yela kuasa Tuhan boleh sihat tapi macam saya cakap tadi, air alkali untuk pesakit tertentu saja.


Jadi kesimpulannya saya nak anda semua bijaklah dalam memilih yang mana terbaik untuk kesihatan diri anda. pH air tiada kena mengena pun dengan tahap kesihatan air. Yang paling kelakar saya pernah jumpa orang kata pilih air alkali sebab murah, ikut trend, design mesin dia cantik, tak perlu servis. Memang saya tergelak if jumpa orang camni. Nak murah, air longkang (alkali tinggi) free aje. Kesihatan tak ternilai harganya. Jangan berkira untuk spend yang terbaik. Ikut trend? Orang sakit, kita pun sama-sama sakit, camtu? Design cantik, ni lagi la takleh pakai. Kalau kahwin agaknya pilih pasangan berdasarkan rupa semata-mata, tak pandang yang dalaman. Tak perlu servis, gila agaknya! Kereta pun kena servis apetah lagi air yang hari-hari kita minum. Ini fakta, bukan auta. Bukan nak menghentam, tapi menyedarkan.^_^ Sama-sama share ilmu.

Semua ni bukan saya yang cakap. Tapi pakar yang cakap. Pakar air tahap 6 (tertinggi di dunia) yang cakap. Michael R. Long. Kat mana nak dapat air RO? Kat Malaysia hanya ada 1 je company yang supply RO di rumah dalam bentuk yang mudah digunapakai. Plus dapat certification dari Pakar Air Pertubuhan Air Dunia. Dapat macam-macam award dan sijil termasuk ISO dan Halal. Rajin-rajin membaca di SINI. Akan ada orang kata saya wat bisnes tu yang keluar entry sebegini. Sebab saya wat bisnes la saya taknak menipu customer saya! Huhu. If saya nak untung semata-mata, walaupun ada ilmu, saya tak peduli pun alkali ke asid ke janji leh jual, saya jual. Allah hai, saya taknak jadi peniaga camtu.=( Save yourself and your family.


Misya : Confident nak beribadat bila badan dicuci dengan air sihat luar dan dalam.

Wednesday, December 9, 2015

When I Die.. by Tengku Puan Pahang

Salam. Sebuah nukilan yang ringkas dan sangat mendalam lalu menyentap ramai sanubari di media sosial. By Tengku Puan Pahang..


When I die
I will be offline on Facebook.
I will be offline on 2go
I will be offline on bbm
I will be offline on whatsApp.
I will be offline on viber
I will be offline on tango
I will be offline on Twitter.
I will be offline on eskimi
I will be offline on instagram.
I will be offline on wechat.
My number will be off, I will no longer comment on
posts or even
receive messages, or
information from family and friends.
My friends and family and even my enemies will
cry but there will be
no more me. But you know what will remain when
I'm gone?
The Quran I read will be online.
My 5 daily prayers will be online.
My Zakat will be online.
My good deeds will be online.
My Fasts will be online.
All what I do in the cause of Allah will be online
with me inside the grave
Let all of us think about this!
Eventually we are all going to die. Because every
soul shall taste
death.
Why not prepare for that time that it will be only
you?
Why not stop being afraid of people?
Why not stop being afraid of what people will say?
Why don't you take decisions that will benefit
you on the day of judgement?
Why don't you take decisions that will help you in
the grave?
Why not please Allah and have eternal
happiness, fun and enjoyment?
Remember!!!
Every soul shall taste death.
May Allah make it easy for us. Ameen Yaa Rabbi.



Misya : Semakin hari semakin hampir dengan kematian.

Monday, December 7, 2015

Penyata gaji kerja part time laku beli kereta!

Salam tahniah buat bisnes partners saya yang berjaya memiliki kereta atas nama sendiri selepas sama-sama menjalankan program CBP. Bukan nak tunjuk kereta mewah atau nak berlagak standard poyo orang-orang MLM di luar sana tapi apa yang nak diperkatakan adalah mereka berjaya upgrade diri mereka dari biasa-biasa menjadi luar biasa. Dengan keadaan ekonomi tak memberangsangkan, bagaimana mereka mengeluarkan kereta? Atas nama sendiri bukan nama company atau sewa ya...;) Sebab apa, sebab mereka ada PAYSLIP (Penyata Gaji) yang kukuh dan laku di mana-mana bank. Bukan income statement dalam bentuk online atau e-wallet (tak laku kat bank). Dats why saya suka wat bisnes ni sebab dapat tolong orang dapatkan payslip yang lebih bernilai berbanding kerja tetap. Suri rumah, student, penganggur, jangan fikir lagi, jom ikut saya!

Zaid ni Engineer tapi bertahun-tahun kerja tak dapat keluar kereta pun. Dengan payslip CBP dapat keluarkan kereta impian. Okla kan? Hebat Zaid!

Ni lagi dasyat, Anthony seorang askar biasa. Rata-rata askar saya jumpa payslip dah full dengan macam-macam loan dan koperasi. Gaji askar biasa-biasa saja. Tapi Anthony dapat keluarkan sebiji Vios guna payslip CBP. Tahniah Anthony and wife! 

Ahha ni lagi tak menahan.. 2 tahun kerja di Mercedes, berkali-kali submit payslip kerja untuk beli sebiji Myvi tapi tak pernah lepas! Tiba-tiba wat CBP ada payslip tambahan, finally dapat keluarkan kereta sementara Myvi. Ok apa? Tak semestinya kerja Mercedes nak kena pakai Merc juga. Yang penting Adib dan Ayu tak perlu lagi berpanas dan berhujan naik motor sharing peluang biz CBP. Luar biasak Adib! 


Kenapa payslip CBP sangat strong untuk anda memiliki aset atau something yang anda impikan? Sebab antara 9 faedah yang syarikat beri ialah Tabung Kereta (Car Fund). Tiap bulan maksimum RM7000 akan masuk akaun selama 4 tahun then akan di renew setiap 4 tahun. Perghhh mana ada company nak bagi elaun kereta sebanyak itu. If taknak beli kereta tak burn pun elaun tu. Ianya dalam bentuk cash. Nak beli 10 biji kereta kancil pun boleh. Terpulang... Inilah namanya menikmati sedikit kebebasan kewangan. Bukan suruh berhenti kerja sedia ada tapi buatlah sesuatu extra untuk preparation something keperluan yang 'extra-extra' akan datang. =)

Anda bila lagi? Jom ikut saya! Saya ajar camne nak dapat tabung kereta macam mereka... Ringankan jari perkenalkan diri dan lokasi wasap saya di 016-9561764.:)



Misya : Seronok tengok empayar berkembang.





Segmen Blogwalking + Bloglist

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


(klik banner kalau nak join sekali)

Saguhati kepada yang bertuah:

10 blog bertuah dimasukkan ke dalam bloglist blog shawal mulai 1 - 31 January 2016.
2 blog bertuah direview (entry melekat selama 1 hari)
seorang blogger bertuah dapat top up RM10

Tarikh Tamat : 29/12/2015 *Mungkin ada perubahan

Phewit! Nak Join Bloglist arepnakbebel.com (2016) - Season 3

http://www.arepnakbebel.com/2015/11/phewit-nak-join-bloglist.html

Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...