Tuesday, January 19, 2021

Terima kasih 'Suck'

Salam. Beberapa hari lepas sis dikejutkan dengan komen berbahasa kasar dan kesat dari seseorang yang tak dikenali di salah satu entri sis tulis.

Mula-mula terkejut tapi lepas tu sis gelak jela. Fake account rupanya. 1 jari dia mengutuk sis, 4 jari lagi tuju ke diri sendiri. Maybe dia pernah kena tipu agaknya. Berhati-hatilah ya kawan-kawan. 

Tak tahu apa yang dia marah sangat agaknya. Haha.. Memang dulu sis aktif buat MLM which time tu memang tengah hot la sampai sis berjaya mencapai beberapa kejayaan termasuk percutian free ke luar negara dan sebagainya. TAPI MLM yang sis join adalah genuine ya. Bukan jenis songlap duit orang ribu-riban pastu lari. Even sampai sekarang ada downline sis yang masih kekal aktif. Dan sis tetap berkawan baik dengan downline-downline sis. Siap kami saling support pula each other punya biz sekarang. Hehe. Cuma sis stop sebab nak fokus kat family, anak-anak dan kerjaya tetap sis. 

By the way sis tetap bersyukur sebab pengalaman buat MLM tu banyak mengajar sis pelbagai perkara. Sekarang kalau orang ajak join pun dah boleh tahu MLM tu genuine ke tak. MLM tak salah tapi orang yang buat tu bila dah nampak duit banyak-banyak mulalah gelap mata lupakan orang-orang bawah. Jenis ni memang tak berkatlah hidup dorang. Ada tu pula yang join sebab nak kaya cepat, taknak usaha. Bila tak berjaya, putus asa then salahkan orang lain. 

Terima kasihlah buat Encik/Puan/Cik 'Suck' yang komen ni. Menamakan diri sendiri sebagai 'Suck' tu pun dah cukup menggambarkan peribadi beliau. Rasanya semua benda dia tak puas hati dia akan luah cara baling batu sembunyi tangan camni. But its okey. Sis doakan beliau insaf dan banyakkan berlapang dada.. Sis tak tau apa yang beliau telah lalui so sis taknak judge apa-apa. Maybe dia geram sangat sampai terkomen kat sini. Hehe. Thanks sudi singgah blog sis walaupun meninggalkan jejak kurang enak di sini. :)


Misya : Layan MLM - Maharaja Lawak Mega. 

5 comments:

  1. Pakai fake acc bolehla komen mcm tu misya.. spesis mcm tu jenis pengecut tu.. ignorekan aje

    ReplyDelete
  2. namakan diri sendiri suck... adehhh

    ReplyDelete
  3. spam komen ini jangan dok layan sangat hehe

    ReplyDelete
  4. Kelakor la komen mcm tu... Butthurt n bitter sgt dgn MLM tu.. MLM tu biasa la style marketing dia

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...