Salam Merdeka. Huhu masih mood merdeka lagi ke? Takdelah saja nak throwback peristiwa di hari Merdeka. Story ni macam takde kena-mengena dengan saya tapi tertarik nak share sebab melibatkan family sendiri. Hari Merdeka tahun 2016, tak sangka pakcik saya yang dipanggil Pak Andak ni ada bakat terpendam dalam dunia seni lukis. Beliau ni special sikit sebab dikategorikan sebagai OKU tapi still normal. Hanya tangan kanannya sahaja yang kurang upaya (tangan kecil dan tidak boleh diluruskan). Tapi baik hati Pak Andak saya ni. Soft spoken orangnya and sporting dengan anak-anak buah. Tu yang Mak Andak saya terpikat kot. hehe.. Dan yang paling penting, beliau berbakat dalam seni lukis tau!
Ahha bakat seni lukis diterjemahkan dalam lukisan poster sempena Hari Merdeka pada tahun 2016. If tak silap hasil seni beliau belah kiri No. 2 (paling besar). Amazing kan? Sebab beliau masih boleh menghasilkan karya poster yang cantik dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.
Pak Andak (Baju Putih) saya ni attendan hospital. Kahwin je dengan Mak Andak, rezeki beliau terus dapat kerja gomen. Tahniah Pak Andak walaupun tak menang but still mengagumkan kami sefamily. :)
Yang ni poster pemenang. Takde rezeki Pak Andak this time.
Dapat sijil penyertaan.. Happy dia bila share kat group wasap family kami. Katanya saja join untuk isi masa lapang dan memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan kat tempat kerjanya.
Apa yang wat saya terfikir nak share adalah pengajaran yang boleh kita dapat. Walaupun ada kekurangan dari segi fizikal, bukan penghalang untuk kita buat apa yang orang lain buat. Tinggal nak dengan taknak je. Ada yang sempurna fizikal tapi pemalas dan taknak usaha, no point hidup kan? So, congrats to Pak Andak! Takpe next time kalau ada lagi, boleh join lagi. Kot ada rezeki menang pula kan? Happy Merdeka Day! :)
Misya : Pak Andak saya ada iras pelakon Azhan Rani.
cantik karyanya.. ini namanya bakat.. ejulz xda bakat melukis. hehe
ReplyDelete