Friday, July 20, 2018

Baby E jadi saksi sejarah Malaysia Baru!

Salam. Semalam saya update entry tentang throwback saya pi ngundi time PRU 14 hari tu. Hari ni nak story la pula lepas dah ngundi, menanti pula resultnya. Disebabkan bahang PRU kali ni sangat panas dan dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia makanya saya, husband dan baby Erina 'berkampung' depan TV semalaman! hehe.. 


Kali ni punya semangat PRU14, tido depan TV semata-mata nak tahu keputusan. My baby dah lena dah. Masa ni Allah je tahu betapa saya dan husband berdebar-debar tunggu result. Astro Awani jadi pilihan walaupun pada awalnya pengacaranya macam menyebelahi kerajaan BN ketika itu. Rasa geram, marah pun ada sebab punyalah lama nak announce keputusan! Haha.. Walaupun masa tu kepala makin berat, dengan hidung tersumbat sebab selesema, mata makin layu, ku gagahi juga menunggu keputusan. Time ni dah jam 3.00 pagi! Memang keluar juga sumpah-seranah kat SPR yang lembab umumkan keputusan time tu. Tak memasal je. haha.. 

Dan finally, baby E menyaksikan sejarah telah tercipta. Malaysia kini dipimpin oleh kerajaan baru diketuai oleh Tun Mahathir sebagai Prime Minister. Honestly saya dan family berasa sangat teruja, happy, sebak, lega dan bebas seolah-olah macam baru merdeka. Barulah faham feeling 'Merdeka' tu sebagaimana nenek moyang kita pernah rasa dulu. Baby E lahir tahun 2018, Malaysia Baru terbentuk pada tahun yang sama. Perghh memang epiklah! hehe..


Bertuahlah anakku dapat merasa pemerintahan kerajaan baru. Jadi saksi sejarah Malaysia baru terbentuk walaupun dia tak tahu pape pun. Hehe. Yang best dapatlah merasa pemerintahan Tun M yang pernah jadi PM suatu ketika dahulu. Syukur sebab tiada lagi pemerintahan parti Sarkas. Oopss! Hehe.. Yang paling best dapat cuti direct 5 hari terus. Thank you PH! Moga Malaysia terus aman, maju dan berjaya. Sila pastikan amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dipikul dan dijalankan sebaik-baiknya. 


Misya : Menangis masa RTM mainkan lagu Sejahtera Malaysia masa Tun M angkat sumpah sebagai PM ke 7.

2 comments:

  1. hahahhaa sama lah kita kak sampai tersengguk depan laptop tunggu result tapi happy sangat bila tahu parti pilihan menang

    ReplyDelete
  2. @farhanna jafri hihi nasib baik tak tersembam atas laptop. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...