Salam. Continue from Part 2, kami dibawa pula ke Masjid Baiturrahim antara masjid yang terselamat selepas kejadian Tsunami. Di masjid ini juga banyak kejadian aneh berlaku ketika Tsunami dengan kekuasaan Allah swt!
Actually masjid ini dah dibina sejak 100 tahun lalu (if tak silap) dan terletak paling hampir dengan persisiran pantai - 50 meter jek dari tepi laut!!
Selepas Tsunami, hanya bangunan utama sahaja yang terselamat. Part menara sume tu musnah dan dibina semula. Even rumah-rumah penduduk sekeliling masjid ni pun turut musnah!
Kisah yang sangat menarik di sini semasa Tsunami, hanya lebih kurang 6 orang sahaja menyelamatkan diri dengan datang ke masjid ni. Manakala selebihnya lari ke sebuah bangunan lain sebab tak percaya akan kekuatan masjid berusia 100 tahun ni. Ajaibnya yang 6 orang itulah Allah selamatkan termasuk Imam Masjid dan seorang wanita yang pengsan selepas gegaran gempa bumi.
Bayangkan air laut setinggi siling masjid, mangsa-mangsa yang lari ke sini semua naik ke siling kubah menyelamatkan diri.
I don't know why but bila melangkah masuk ke masjid ni terasa semacam. Meremang bulu roma! Bukan takut/seram tapi entahlah, semacam perasaan yang sukar digambarkan. Mendengar kisah Tok Imam (rumahnya berada di sebelah masjid musnah terus) yang terselamat- means Tok Imam tersebut bukan calang-calang orang tu. Wife dan anak-anaknya semua hilang tak dapat dikesan dihanyutkan ombak Tsunami yang deras. Beliau meninggal dunia beberapa tahun selepas Tsunami akibat sakit. SubhanAllah..
Amazing kan? Masjid yang paling dekat dengan laut-yang menghadapi ombak Tsunami terawal, tapi masih kukuh berdiri dan berjaya menyelamatkan beberapa nyawa.
Group photo with Bilal Masjid..
Inilah persisiran laut betul-betul dekat dengan masjid Baiturrahim ni. Tak dapat dibayangkan camnelah ketika kejadian Tsunami berlaku.
Ok next trip kami ke Pulau Sabang, antara pulau terindah di Acheh yang dijadikan tempat pelancongan. Nak ke Pulau Sabang kena naik feri.
Ready for boarding @ jetty.
Happy dapat naik feri! hehe..
Harga tiket feri dipaparkan di dalam feri. Besar feri ni. Teringat masa dari Hong Kong nak ke Macau pun naik feri ala-ala camni.
Feri sudah bergerak menuju ke Pulau Sabang.
Disebabkan tak ramai penumpang mulalah kami bertukar-tukar tempat. hehehe..
Ok seperti biasa saya ni mabuk laut. Perjalanan lebih kurang sejam if tak silap so saya menidurkan diri saja sepanjang perjalanan.
Ada apa di Pulau Sabang? Ahha tunggu next entry ya!=)
Misya : Keajaiban Tuhan di depan mata.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.