Salam semua. Waduh baru dapat sambung entry trip saya ke Mesir last year. Dah baca Part 1 dan Part 2? Kali ni sambung perjalanan di Cairo, Mesir dengan melawat makam-makam para solihin. Antara makam yang sempat saya lawati adalah makam Imam Shafie dan Rabiatul Adawiyah. Terujanya saya bila dapat tahu kami akan dibawa melawat ke makam-makam orang-orang yang hebat di sisi Allah swt ni.
Inilah makam Imam Shafie, mazhab Imam Shafie la yang kita pegang dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Islam.
Di luar pintu masuk masjid yang menempatkan makam Imam Shafie. Nak masuk percuma sahaja tapi bila keluar confirm ada yang minta sedekah. If tak hulur, dorang akan marah-marah dalam bahasanya. Bila hulur, dorang marah juga sebab kalau boleh nak kita hulur banyak-banyak. Pelik tang mana sedekah nya tu? Wallahualam.
Meriah betul kawasan makam ni dihias. Tanda orang-orang di sini sangat menyayangi para sahabat Nabi.
Suasana sekitar Makam Imam Shafie.. Bersih dan wangi..
Dari luar masjid.. Kalau datang sini better bawak plastik bag siap-siap untuk simpan kasut. Sebab kalau tinggal luar masjid, nanti ada orang situ tolong simpankan. Bagus orang simpankan tapi bila nak mintak balik, kena bayar! Siap tetapkan price pula tu. Sampai kami terpaksa berbalah nak mintak kasut kami. Nasib baik tourist guide bantu then dapat balik kast kami. Masyaallah dugaan betul...
Nak datang ke sini memang kena sewa transport. Kawasan ni sukar nak masuk sebab berada di dalam kawasan perumahan rakyat Mesir. Boleh sesat sebab ada jalan yang tiada tar. Agak daif penduduk di sini. Membuatkan saya rasa bersyukur dengan apa yang saya miliki.
Tak jauh dari makam Imam Shafie menempatkan beberapa makam para solihin yang lain.
If tak silap ni makam cucu Rasulullah, Hussin. Bila sampai ke makam-makam ni hati tiba-tiba rasa sayu. Betapa kuatnya pegangan dan perjuangan agama Islam mereka sehingga dikenang sampai sekarang.
Al-fatihah untuk mereka semua...
Salah satu makam lain yang sempat kami singgah adalah makam Rabiatul Adawiyah. Tapi masa kami datang ni penjaga makam tiada so makam ditutup dan kami tak dapat masuk. Hanya dapat lihat dari luar sahaja.
Mendengar kisah tourist guide tentang kehebatan Rabiatul Adawiyah membuatkan kami semua sayu dan sebak. Kakak ipar saya menangis tak henti-henti selepas pulang dari makam ini.
Rabiatul Adawiyah ni seorang wanita yang sangat hebat. Merupakan seorang hamba sahaya tetapi berjanji sekiranya dibebaskan dia akan mengabdikan diri kepada Allah swt. Selepas dibebaskan, Rabiatul hanya mengabdikan diri kepada Allah setiap masa beribadat tanpa henti. Even ada orang datang meminang pun dia tak terima. Yang datang meminang pun bukan orang biasa. Ada ulama, imam masjid, kerabat diraja dan sebagainya. Tapi ditolaknya dengan baik sampailah beliau meninggal dunia. MasyaAllah hebatnya Rabiatul Adawiyah..T_T
Jom baca sambungan kisah perjalanan saya di Mesir dalam Part 4 seterusnya.
Misya : Rindu cahaya itu.
rasa terujah baca..subahannallah
ReplyDeleteseronoknya kalau dapat ke sana juga
ReplyDelete