Thursday, July 9, 2015

Bisnes partner saya seorang OKU..

Salam.. Dah lama saya nak story tentang entry ni. Last time ada sepasang suami isteri OKU ada masalah percakapan (bisu) datang jumpa saya untuk join my biz. Mula-mula saya rasa agak kurang yakin sebab tak pernah lagi handle OKU sebagai biz partner. Tapi tekad kan hati yang saya nak tolong orang yang susah. Jadi bertemulah saya dengan Nazirah dan husbandnya di HQ. Saya agak kekok juga sebab tak pandai berbahasa isyarat. Tapi saya cuba juga communicate dengan dorang melalui penulisan saya atas kertas. Banyak benda saya pelajari semasa sharing peluang biz dengan mereka.


Nazirah walaupun OKU sangat rajin bekerja. OT sampai tengah malam demi nak cari rezeki. Ada anak dan dihantar di kampung. Sedih saya bila beliau list downkan komitmen setiap bulan dengan kemampuan gaji beliau. Hidup di KL dengan pendapatan tak sampai RM2000, nak tanggung anak lagi, Ya Allah hai... Kagum dengan semangat beliau.

Alhamdulillah lepas sesi penerangan Nazirah dan suami komit pakej water treatment K400 untuk memulakan bisnes. Investment untuk kesihatan dan masa depan yang berbaloi.

Walaupun OKU apa yang saya perhatikan beliau sangat ceria orangnya. Sentiasa tersenyum manis. Punya excited dapat jumpa jutawan Kak Coddy! Kat sini saya belajar walaupun kita susah, ada lagi yang lebih susah tapi tetap meneruskan kehidupan dengan sifat positif.

Demi membantu seorang lagi my biz partner, Kak Siti so saya letak Nazirah under pemantauan Kak Siti. Hope dorang serasi dan boleh berjaya.

Hebatnya Nazirah ni, walau dengan hanya motosikal tetap datang belajar. Kurang upaya bukan alasan untuk tidak belajar. T_T


Kalau Nazirah yang OKU pun boleh berkorban untuk ubah kehidupan, kenapa tidak kita? Sejak tu saya tekad saya akan bantu sesiapa yang betul-betul mahu dibantu. Ramai yang tidak bersyukur dengan apa yang ada. Diberi kudrat, tenaga dan fizikal sempurna pun masih ada yang pandang rendah pada usaha saya untuk bantu orang lain. Hope entry ni dapat beri inspirasi kepada semua. Tiada yang mustahil selagi ada kemahuan. 


Misya : Biar cacat fizikal jangan cacat minda. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...