Thursday, October 30, 2014

Cinta facebook kami diterjemahkan dalam kad kahwin...

Salam.. Ahha... Dah setahun dah saya kahwin.. Belek-belek gambar ternampak kad jemputan wedding saya belah husband ni. Rupanya saya tak pernah kongsikan buat tatapan blogger di sini. Kad ni idea my hubby. Saya tak tahu pula dia nak wat design facebook. Huhu creative juga my husband ya. Maybe sebab kami memang berkenalan daripada facebook (story penuh di SINI), so beliau ilhamkannya dalam bentuk kad kahwin kami. Saya sendiri pun pernah tertarik dengan salah 1 design wedding card versi facebook ni di SINI.

Lawak kan? Tapi inilah kenangan terindah buat kami setahun yang lepas. Rasa macam nak klik-klik je atas kad tu kan?=)


So, kot-kot ada yang nak kahwin, boleh lah try-try idea wedding card versi facebook saya ni..:) Yang paling best printer company ni siap bagi kami bunting free 2 pcs lagi. Berbaloi la. Sekeping dalam RM1.20 camtu if tak silap. Then ada dapat tag untuk doorgift.. FOC!

Kalau nak dapatkan khidmat pencetak kad ni, boleh contact Klik Creative- number ada pada bunting. Kedainya di PKNS, Bandar Baru Bangi, Shah Alam.

Penghias di guest book..


Nak tengok lagi gambar-gambar majlis bertandang kami? Boleh ke SINI atau SINI.


Misya : Jodoh di tangan Tuhan.


3 comments:

  1. kad kahwin sekarang semuanya kreatif2.
    yg jenis bil api air pun ada.
    shark punya nnti tak tahular patern mcm mn pulak.

    ReplyDelete
  2. menarik dan tertarik.. macam macam org zaman sekarang ni

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...