Saturday, April 28, 2012

Al-Fatihah untuk nendaku tersayang.. Tok Bok dalam kenangan...

Sesungguhnya Allah itu maha besar kuasaNya.. Tepat jam 4.20 petang 24 April 2012, satu-satunya nenda kesayanganku menghembuskan nafas terakhir di kediaman Pokde ku di Pasir Gudang Johor Bahru. Nenda yang cucu-cucunya panggil sebagai Tok Bok berusia 87 tahun telah pergi buat selama-lamanya. Al-Fatihah untuk Tok Bok yang disayangi. 

Antara kenangan bersama Tok Bok yang saya takkan lupakan bila saya pulang ke Johor, arwah tanya saya; "Siapa ni?" [Matanya tak berapa nak cam], saya menjawab ''ini Puteh, Tok.." Then arwah menjawab, ''owh Puteh... Puteh dah jadi Coklat!!'' Kami pun bergelak ketawa bersama-sama. Puteh memang panggilan untukku sejak dari kecil. Kata ibu, semasa aku dari bayi, kulitku memang putih melepak! Dats why arwah Tok Ayah & Tok Bok panggil saya Puteh. Sampai sekarang pun ada saudara-mara yang panggil saya Puteh dan tak tahu nama sebenar saya siapa. huhu.

Tok Bok memang best. Sangat sporting. Pandai memasak!! Dan setiap kali kami pulang ke Johor tak kira musim raya ke tak, mesti arwah akan bagi saya dan adik-adik duit raya seorang RM10.00 walaupun saya dah dewasa dan dah bekerja. huhu. 

Cuma selepas arwah diserang kencing manis sehingga mengakibatkan kakinya dipotong, arwah terpaksa bergantung pada kerusi roda untuk kemana-mana. Kuasa Tuhan.. Sempat juga arwah merasai kemeriahan perkahwinan sepupuku Kak Yon 2 minggu sebelum arwah pergi. Kami sekeluarga Alhamdulillah dapat jumpa arwah sebelum arwah jatuh sakit dan meninggalkan kami buat selamanya.

Apa-apa pun, kenangan bersama-sama Tok Bok takkan dilupakan. Will miss u grandma.. Al-Fatihah...



Cik Misya : Di Johor, nenek dan atok dua-dua dipanggil Atok manakala panggilan nenek pula untuk Moyang..

4 comments:

  1. salam takziah buat kak aimi skeluarga. moga arwah tenang di alam sana. al-fatiah.

    #alangkah baik jika diletakkan gambar yg mnutup aurat...takut arwah terseksa di sana hnya kerana kesilapan kecil ini. maaf jika teguran ini mgguris hati aimi.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Nur.. Dik, eja Al-Fatihah tu betulkan k. Thanks atas nasihat, but akak lebih terima if awak jujur dgn identiti awak. Usually hanya stalker sahaja yg menyembunyikan identiti. InsyaAllah Tok Bok tenang di sana. Al-Fatihah.. Tq..

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas teguran kak aimi. itu typing error. ksilapan kecil. tiada mnusia yg smpurna...apa yg pnting, moga2 apa2 ksilapan yg kecil, tidak mndtgkn impak yg besar.:)
    Al- Fatihah....

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...