Thursday, March 17, 2016

Jam tangan Polo kembali selepas 3 tahun jadi hantaran perkahwinan

Salam.. Huhu siapa kat sini dah kahwin bertahun-tahun lepas tu baru nak guna hantaran yang tersimpan sekian lama? Maybe ada kot. Macam saya lah. Hehe.. hari tu kemas-kemas rumah terjumpa sepasang jam tangan Polo ni. Hadiah hantaran perkahwinan kami. Saya ni bukan penggemar jam tangan sebab tu lepas dah hampir 3 tahun kahwin baru terdetik di hati nak pakai. Kalau tak, tersimpan gitu je. Dah jumpa ni kami pun pakailah. Ada elemen sentimental value juga. huhu. Thanks husband bagi hadiah jam ni. Walaupun isterimu ini tak displin pun pakai jam ni. hehe. Kadang terlupa juga. Ngeeee...

Yang uniknya walaupun dah dekat 3 tahun jam tangan masih berfungsi dengan baik. Bateri pun tak kong. Tapi tetap gi tukar juga bateri sebab dah lama sangat tersimpan. 



Misya : Hargailah setiap detik alam perkahwinan.

Review blog Najwa Zahid [Pemenang #2 Segmen bloglist Misya]

Salam. Ok seterusnya review pemenang kedua Segmen Bloglisted by Misya iaitu Najwa Latif. Eh silap! Najwa Zahid. Hehe..

Klik untuk terjah

Wah macam tahu-tahu je saya ni suka musim winter. Header blog Najwa pun bertemakan winter ada snowman gitu. Saya suka warna gold dan putih blog ni sebab nampak unik dan eksklusif. Tapi dari segi susun atur maybe Najwa boleh perbaiki lagi sebab adakala tak nampak perbezaan antara setiap widget dengan body entry. Plus tulisan yang lebih sesuai boleh digunapakai supaya mesra pembaca. :) jangan marah tau Najwa. Saya pun masih baru tapi mana tahu lepas ni blog Najwa lebih meletop dengan penambahbaikan yang bakal Najwa lakukan. =)


Misya : Suka kumpul dinar emas.

Review blog Salina Johari [Pemenang #1 Segmen Bloglist Misya]

Salam semua. Nak review pemenang pertama Segmen Bloglisted by Misya iaitu blogger Salina Johari. Masuk-masuk je blog ni saya tertarik dengan headernya. Menggunakan trademark 'kisah pondok kecil' memang sesuailah dengan headernya. Cantiklah header ni plus dihiasi warna hijau amat mendamaikan kalau singgah blog Salina. Yang paling penting kemas dan teratur. Even blog saya pun tak berapa nak kemas sangat. Hehe. 

Klik untuk terjah

Jangan tak tahu blogger Salina ni femes tau sampai pernah masuk paper beberapa kali. Tak caya gi la terjah. Beliau sangat rajin join segmen sebab kebanyakan entry beliau lebih kepada penyertaan segmen dan GA. Nak terjah boleh klik gambar header beliau di atas.


Misya : Rindu nak menghirup udara kampung yang segar di pagi hari.

Tuesday, March 15, 2016

Cesar Millan ajar saya tak takut dengan anjing?

Salam. Siapa biasa tengok channel Nat Geo People saluran Astro 725? Saya ni kalau takde movie best atau rancangan best, mesti saya akan buka channel 725 ni. Especially bila ada rancangan Cesar to The Rescue. Apa yang bestnya tentang rancangan ni? 

Sebab ia berkenaan seorang lelaki hebat bernama Cesar Millan dari Mexico yang mempunyai kepakaran menjinakkan semua spesis anjing! Dengar macam biasa je kan tapi seriously Cesar ni sangatlah hebat. Secara tak langsung saya pun belajar camne nak berhadapan dengan anjing liar di luar sana. Sebab sebelum ni saya seorang yang sangat penakut dengan anjing. Macam nampak hantu mesti nak lari! Walhal anjing tu takde wat pape pun. haha.. Bukan apa sejak dari kecil dimomokkan anjing ni ganas dan mengigit manusia.

Cesar menceritakan bagaimana beliau menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan dengan anjing yang dipelihara oleh sesiapa saja. Ada anjing yang ganas, ada yang terlampau peramah, ada yang suka kacau anjing lain, ada yang suka buat benda-benda pelik atau mencuri makanan tuannya. Anjing ni pun rupanya ada macam-macam masalah. So Cesar bertindak sebagai dog trainer yang membantu tuan anjing yang bermasalah ini.

Dan yang paling menarik, nak bela anjing ni bukan macam bela ikan atau ayam itik. Anjing ni perlukan leadership yang bagus dari tuannya. Seriously baru saya tahu kenapa anjing tak takut dengan manusia sebab manusia tu tak tunjukkan leadership dan keyakinan diri yang bagus terhadapnya. If tuan anjing takde leadership dats why anjing-anjing ni naik lemak dan bertindak agresif. Hebatnya Cesar ni, dengan hanya sentuhan tangan dia je, anjing yang agresif terus jadi jinak! Seolah-olah anjing tu faham apa yang Cesar nak.

Antara teknik yang Cesar tunjukkan semasa melaksanakan pemulihan anjing. Taktahu la Cesar ni kaya mana tapi dia ada ladang yang besar menempatkan Pusat Pemulihan Anjing yang sangat luas. Dekat Singapore dan Hong Kong pun dia ada pusat ni. So kalau anda ada kawan non-Muslim yang bermasalah dengan anjing dorang, bolehlah tonton rancangan Cesar to The Rescue. Waktu tayangannya berubah-ubah. Di channel National Geographic pun ada.


Misya : Dah tak takut anjing.

Photoshoot Tema Warisan, Makeup ala Angelina Jolie

Salam. Erm dah lama tak share about my photoshoot session. last month my friend merangkap Make-Up Artist (MUA) iaitu Aishiteru Mazz ajak join photoshoot bertemakan warisan. Kebetulan memang saya ada baju songket Sarawak yang baru je tailor siapkan, so terus jela shoot. Mazz kali ni nak bereksperimentasi make up ala-ala pelakon Hollywood Angelina Jolie. Saya tadah jela muka as long tak nampak macam hantu sudahlah. Haha.. Jom tengok hasil-hasil photog yang hebat antaranya dari Azali Photog dan Nasir Ibrahim. Lokasi di Kompleks Sukan Air, Putrajaya. 
















Misya : Gadis Melayu.


Restoran Tomyam Kung, Presint Diplomatik membuakkan selera!

Salam.. Fuh tengahari waktu lunch ni mulalah idea nak update entry pasal makanan berlegar-legar di otak. hehe. Ahha untuk penggemar masakan Thai such as Tomyam, if di area Putrajaya ni bolehlah try Restoran Thai Tomyam Kung di Presint Diplomatik. Last month saya dan suami saja la singgah sebab takde idea nak makan kat mana. Nak tahu juga rasa masakan di sini camne. Sebab bila lalu bese ramai juga orang datang singgah makan.

Menu wajib mestilah tomyam! Hirupan pertama je wow slurrpppppp! Memang pure punya tomyam lah rasa dia. Ada macam-macam jenis tomyam kat sini tapi tak ingat yang saya order ni apa namanya. hehe tak kisahlah asalkan tomyam. Wakaka..

Tomyam dia dihidang panas-panas gini memang membuatkan selera membuak-buak seiring pembuakan tomyam yang tengah mendidih dalam pot ni. Heh.

Then try tambah lauk sampingan seperti isi ikan masak merah ni. Not bad but taste dia manis-manis masam gitu. 

Oh jangan lupa kami kalau makan tomyam mesti disertai dengan telur dadar. Tapi yang uniknya telur dadar di sini tak seperti biasa. Physically tekstur dia macam jaring. Nak kata macam kerak, bukan sebab lembut je telurnya. Entahlah susah nak explain tapi memang unik and uols should try this. 

Dah makan mesti kena ada aiar kalau tak mahu tercekik. Bandung soda dan tembikai pilihan kami.

Rate kami nak bagi 4/5 bintang. nape tak 5 bintang? Hehe sebab ada tomyam lagi power dari sini. Kat mana? Tu rahsia...;) Tapi overall kami puas hati makan di sini. Deco dia sangat nice macam di luar negara. Tenang je rasa sambil menikmati tomyam yang lazat. 

Waktu operasi : 10 pagi - 10 malam.
No. Tel : +60 3-8861 3203


Misya : Masakan terbaik jika sedap tanpa Ajinomoto.


Mango Cheese Cake by Elynn Nordin

Salam. Wow sape suka manisan/deserts? By Elynn Nordin, beliau mengeluarkan Mango Cheese Cake yang sangat lazat ni. Saya memang peminat produk-produk kek dari Elynn Nordin ni sebab sedap-sedap. So kali ni try pula Mango Cheese Cake ni. Serius rasa dia sangat superb! Dalam bentuk soft frozen serius time panas-panas makan ni confirm terasa nikmatnya. Mangga nya pun manis. Berbaloi lah beli RM10 sepotong. Walaupun size nya takde besar mana tapi sebab dia tebal dan padat kenyang juga makan sorang-sorang.


Kalau nak order boleh contact Kak Elynn ni seperti nombor dalam gambar atau terjah fb beliau di SINI. Kak Elynn ni glamour tau pernah masuk newspaper hasil bisnes bakery dan cake beliau. 


Misya : Takde bakat bake and deco.

Monday, March 14, 2016

Yeay menang segmen bloglist Kataubaid!

Salam. Yeay menang segmen bloglist lagi. Hehe tq blogger Kataubaid! Tak caya saya menang? Boleh klik gambar di bawah. Hehe.. Actually saya ni banyak je join segmen tapi nak menang tu jarang sekali. Nasib malang agaknya. hehe. Bila terpilih untuk bloglist ni pun rasa bertuah dan bersyukur dah. Huhu. So rajin-rajin join segmen tau!=)


Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...