Wednesday, May 27, 2015

Bandung Trip #6 : Makanan Jawa, shopping, seafood...

Salam.. Wah dah masuk Part 6! Part 5 dan sebelum nya dah baca?? Hehe.. Disebabkan area Kawah Putih yang kami jelajahi ni cuaca agak sejuk maka perut cepatla lapar. Huhu. Supir pon bawa kami ke tempat special untuk lunch. Menu kali ni adalah masakan Jawa. Ermmm menarik ni!

Inilah tempatnya. Kami pilih nak duk bersila sambil mengadap pemandangan bukit bukau yang indah..


Nyaman nya rasa.. Angin sepoi-sepoi bahasa perghhh boleh terlena dibuatnya.

Haaa tu diaa.... Makanan Jawa yang dinantikan.. Serius enak bangat! Ada tempe goreng dan sambal lado yang super pedas tapi sedap. Terliur plak!

Sambal dia wat kecur liur!!!

Main dishes!

Nasi dan telur

Ikan masin penambah perasa...


Keropok Belinjo, my feveret!


Suasana di restoran ini. Konsep tradisional Jawa.


Dah kenyang relax jap sambil menikmati keindahan pemandangan dan kenyamanan udara di sini. Tenang je rasa..



Ok dah kenyang.. Jom balik!


Gambar kenangan mesti ada..


Perut kenyang hati riang!^^

Kebun teh yang menghijau...

Wefie! 


Aktiviti seterusnya? Agak tak senonoh sebab kami sambung SHOPPING! Wakakaka... 

Datang ke Bandung jangan lupa beli kain untuk dibuat baju kurung sebab murah bangat kat sini! Macam-macam pilihan ada sampai rambang mata dibuatnya. Hehehe..

Pilih jangan tak pilih...

Fuh, Bandung memang syurga membeli-belah..

Yang paling tak tahan, my hubby kembali semula ke Toko Tiga
Dah nama pun peminat tegar Mercedes Benz, apa lagi kasi borong T-Shirt Merc sampai saya pon terjebak! Haha..

Sales! Sales! Sales! Rugi tak grab!

Happy shopping!

My lil'sis tambah lagi koleksi kain..

Ok la tuh banyak sangat shopping nanti overweight takleh bawak naik flight. Wakaka... Dah penat-penat di siang hari, perut lapar haruslah diisi. Kali ni kami request nak makan seafood. Tak pernah lagi rasa seafood di sini. Sebab my hubby said, seafood di Indonesia lebih segar bcos datang dari laut dalam yang jauh lebih bersih dan luas banding laut di Malaysia. Wah menarik ni, wajib rasa!

Maka kami dibawa ke restoran Kampiun Bistro...




Tomyam.. Kelihatan berbeza daripada tomyam di Malaysia. Rasanya? Serius sangat sedap!

Kacang panjang

Tauhu 

Sotong goreng tepung.

Seriously what my hubby said is true! Sedap bangat donggggg! TQ to supir yang bawa kami makan tempat sedap ni. Siap ada live band lagi cuma tak sempat nak snap photo.

Gitulah story untuk Part 6 ni. Makan, shopping, makan. Ngehehe... If hari-hari camni boleh gemuk saya! Tapi memang puas hatilah. Tu yang bestnya gi travel ramai-ramai dengan family camni. Next Part 7 jangan tak baca tau!=)


Misya : Tak jumpa nasi lemak di Indonesia. 









Bandung Trip #5 : Keajaiban Kawah Putih, bekas gunung berapi!

Salam. Ok sambung dari Part 4, hari kedua no more shopping. Hehe. Plan ke Kawah Putih, sebuah tempat yang merupakan bekas gunung berapi aktif. Pernah terfikir anda berada di tepi kawah puncak gunung berapi? Selalu tengok dalam TV je kan tapi kali ni real punya kawah gunung berapi berada depan mata! Hanya ada di Indonesia sahaja. Kat Malaysia of course takde. Huhu Jom lihat keindahan ciptaan Tuhan di Kawah Putih...

Suhu di kawasan ni agak sejuk walaupun kawah ni panas sebenarnya. Almaklum sebab dia berada di puncak gunung-ganang.

Dah sampai.. Excited sebab kawasan ni sangat cantik berwarna kebiruan. Airnya panas takleh sentuh! Masih kelihatan asap-asap dari kawah ni.



Haaa tengok belakang tu bukan kabus tau tapi asap yang keluar daripada air yang menggelegak tu..

Andaikata kawah ni meletus jadi gunung berapi, mana mau larikk???

Nak ke kawah kena turun tangga sikit.

Menurut lagenda, kawah ni sebenarnya masih aktif. Suhunya panas hingga burung yang terbang melintas atas kawah ni akan mati dan jatuh ke bawah!

Lihat tu....

My family...

Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Puteh! Hahaha


Ramai tourist datang ke sini. 

Kat sini ada terowong bersejarah yang dikatakan tempat persembunyian tentera Belanda semasa zaman perang dulu.

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya!

Datang sini kalau hidung anda jenis tak tahan debu, sila pakai mask sebab debu-debu sulfur berterbangan di sini.

Selfie sat!

My love...

Lets achieve our dreams...


My heroes...

Singgah sebentar di pondok Saung Kecapi.. Mendengarkan muzik tradisional penduduk sini.

Boleh baca info tentang kawah putih lebih details.

My mom posing sat..


Alhamdulillah sampai ke tempat luar biasa ni.. Kawah Putih, Indonesia..

Next, supir bawa kami minum jus strawberry free! Suasana kat sini macam di Cameron Highland. Segala maca sayuran dan strawberry dijual di sini. Fresh!

Fresh strawberry juice.. Masam-masam manis..



Yang menarik dihidangkan dengan kuih ala-ala otak-otak di Malaysia. Very nice.. Strawberry tu saya beli. 1 pack murah je... RM10 je tapi leh dapat strawberry gemok-gemok.

So, if datang ke Bandung jangan lupa singgah di Kawah Putih. Perjalanan lebih kurang 2 jam dari Kota Bandung. Almaklum jalan agak sesak dan sempit. Tapi berbaloi la sampai di sini.

So, next destination? Nanti baca Part 6 ya!=)


Misya : Menikmati ciptaan Tuhan.







Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...