![]() |
Klik banner kalau nak join |
Tuesday, January 27, 2015
Monday, January 26, 2015
2nd time shopping di GoShop || Master Chopper Set
Salam. Ahha.. Dah baca dah about my 1st experience shopping di TV Channel Go Shop? Belum? Jom baca SINI. Sebelum ni saya beli Tudung JelitaSARA. But kali ni saya beli Master Chopper Set. Teruja tengok bagaimana sebuah alatan dapur yang serbaguna untuk kerja-kerja mengisar, menghiris, menumbuk, menggiling dan sebagainya digabungkan menjadi 1! Yang penting tak gunakan elektrik tapi sangat-sangat convenient.
Sudah sampai! 3 hari je..
Ada pelbagai kegunaan digabungkan dalam 1 alat yang sangat inovasi! Perghhh... Telatah pengacara rancangan ni sangat petah explain tentang produk ni memang dipuji. Dorang non stop bercakap tapi macam-macam info tentang produk dalam kepala ni terjawab. Almaklum beli dari tv tak sama macam kat kedai. Tapi rupanya beli di GoShop ni lebih mudah.
Daging pun boleh dikisar. Secara manual je dah leh dapat daging kisar yang halus. Mesin ni sangat terkenal di Korea. Mudah digunakan dan jimat elektrik. Zaman sekarang wanita busy so takde masa nak guna mesin yang complicated. Dapat 1 mesin chopper ni, macam-macam leh buat.
Tak sabar nak masak memasak guna mesin chopper ni. Hanya putar kan sahaja sudah boleh dapat bahan masakan yang kita inginkan. TQ Go Shop!
Misya : Dah lama tak buat kek.
Profiteroles || Desert lemak berkrim dari KFC
Salam. For those yang selalu makan kat KFC mesti perasan benda alah ni. Salah 1 promosi KFC sekarang adalah premium desert berasaskan coklat. Saya dah beberapa kali makan KFC dah lama nampak desert ni terpampang kat board kaunter dia tu. One day teringin try 1 desert yang namanya Profiteroles. Dengan namanya unik dan rupa bentuknya pun memang unik.
Merupakan kek lembut intinya vanilla cream dan diluarnya disaluti coklat cair. Perghh tengok je memang terliur!
Ada 3 biji rupanya dalam 1 bekas.
Amacam nampak sedap kan? Memang sedap! Huhu.. Rasa creamy, manis, lemak berkrim gitu. Makan 3 biji ni pun dah cukup kenyang.
Inilah hidangan KFC saya. Snack Plate with Profiteroles..
Harganya? Tak mahal pun.. Kalau makan kat hotel pun lebih kurang je harganya. Berbaloi la dengan rasanya yang enak.
RM5.80 untuk setiap 1 desert. So pilihla mana yang berkenan di hati. Singgahlah mana-mana KFC yang berhampiran.
Misya : Tak minat tiramisu.
Bazar UNITEN.. Macam-macam ada!
Salam. Siapa pernah singgah ke bazar tepi jalan di UNITEN, Serdang? Yang stay berhampiran for sure pernah rite. Saya pun sejak kebelakangan ni selalu juga ke situ petang-petang hari kalau tak kerja. Tertarik nak datang sebab masa lalu tu ternampak orang jual durian crepe. Memang mencari-cari masa tu. Rupanya macam-macam makanan lagi ada dijual di sini. Dari yang ringan sampai makanan berat-berat pun ada. Kuih-muih, nasi kukus, coconut shake, roti john & etc. Rambang mata! Huhu..
Ramai yang stop tepi jalan singgah sat membeli makanan. Memang meriahla! Tapi bazar ni sekejap je dibuka. Start tengahari sampai petang setiap hari.
Inilah yang sempat saya sambar baru-baru ni. Coconut shake & cendawan goreng tepung memang sangat-sangat familiar kat bazar ni. Ada lebih kurang 5 gerai jual 2 jenis makanan ni. Then ternampak roti john cheese. Oh different ni sebab tak pernah jumpa kat tempat lain.
Kalau petang-petang untuk tea-time tu boleh singgah kat bazar ni. Gerenti habis duit beli makanan! Hehe..
Misya : Dah lama tak pergi pasar malam.
Tutorial menggabungkan widget (Tabber Widget)
Salam. One more tutorial to go. Setelah berkali-kali try nak buat tabber widget ni akhirnya berjaya juga saya merealisasikannya pada blog saya! Ahakss. TQ to Lana for her tutorial. Nampak kemas sikit blog saya rite? Anda pun boleh buat juga.
![]() |
Tengok belah kanan blog saya. |
Nak tahu camne saya buat? Just follow simple step berikut:
1. Go to dashboard > Layout > Add a Gadget
2. Pilih Gadget berikut :
3. Click button + tu nanti keluarlah kotak seperti berikut :
4. Tugas kita perlu copy paste code di bawah masuk dalam kotak SINI tu.
<style type="text/css"> .tabber { padding: 0px !important; border: 0 solid #bbb !important; } .tabber h2 { float: left; margin: 0 1px 0 0; font-size: 12px; padding: 3px 5px; border: 1px solid #bbb; margin-bottom: -1px; /*--Pull tab down 1px--*/ overflow: hidden; position: relative; background: #e0e0e0; cursor:pointer; } html .tabber h2.active { background: #fff; border-bottom: 1px solid #fff; /*--"Connect" active tab to its content--*/ } .tabber .widget-content { border: 1px solid #bbb; padding: 10px; background: #fff; clear:both; margin:0; } .codewidget, #codeholder { display:none; } </style> <script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.6.0/jquery.min.js"></script> <script type="text/javascript" src="http://greenlava-code.googlecode.com/svn/trunk/publicscripts/bloggertabs0.1_min.js"></script> <script type="text/javascript"> $(document).ready(function() { $('#codeholder').bloggerTabber ({ tabCount : 3 }); }); </script> <!-- to make sure the widget works, do not alter the code below --> <div id='codeholder'><p>Get this <a href="http://www.bloggersentral.com/2011/05/create-tabbed-content-blogger-widgets.html" target="_blank">tabber widget</a></p></div>
(Nota : Nak copy, highlight code tersebut dan tekan Ctrl+C)
Petunjuk :
Kod merah : Tukar berapa banyak widget nak digabungkan. Macam saya nak gabungkan 3 widget so saya letak 3.
Kod hijau : Tukar warna background (Rujuk SINI)
Kod biru : Tukar warna border (Rujuk SINI)
5. Then, save html code tersebut. Letakkan widget html di atas 3 widget yang kita nak gabungkan seperti berikut :
Saya nak gabungkan widget Bloglisted, Arkib dan Keywords, so begitula rupanya...
6. Siap? Sila Save Arrangement dan lihatlah hasilnya... Selamat mencuba! =)
Misya : Tahun baru, azam baru, blog wajah baru.
Tutorial create border & background for comment box
Salam.. Kalau anda perhatikan kotak komen saya sudah banyak perubahan. Sebelum ni saya buat scroll bar pada kotak komen melalui kaedah di SINI. Now untuk bagi lagi kemas, saya tambahkan border dan background seperti berikut :
Ok tak? Huhu maybe warnanya agak striking di situ. hehe. Nak buek camno den memang suko pink!:p So, camne nak buek? Lets try this tutorial. Thanks to Cikgu Kacamata atas tutorial yang senang di follow.
1. Go to dashboard > Template > Customize
2. Click Advanced > Add CSS untuk copy paste coding berikut:
#comments {
height:700px;
padding:5px 10px 10px 10px;
border:5px double #aaaaaa;
background:#fafafa;
overflow:auto;
}
Petunjuk :Kod warna biru:
Untuk menambahkan/mengurangkan jarak tinggi Scrollbar yang dikehendaki
Kod warna ungu:
Untuk menukar jenis border pada Scrollbar *klik untuk mendapatkan jenis-jenis border lain
Kod warna pink:
Untuk menukar warna border pada Scrollbar
Kod warna aqua/cyan:
Untuk mengubah warna background dalam border Scrollbar
Untuk memilih kod warna sila klik SINI
P/S : Jika tidak perlukan warna background dalam border Scrollbar, buangkan saja kod warna oren dan aqua/cyan.
Friday, January 23, 2015
Lets create pahala lepas mati..
Salam.. Perkongsian di Hari Jumaat yang penuh barakah. Mari create pahala banyak-banyak sampai kita meninggal dunia. Islam itu mudah.
Part watercooler tu kalau boleh letak lah yang betul-betul berkualiti dan selamat diminum airnya. Kalau letak tapi last-last orang yang minum jatuh sakit, bukan pahala yang dapat tapi bala jadinya. Huhu. Contoh watercooler terbaik di SINI.
Misya : Tak ramai orang Islam adalah Islam sebenar.
Thursday, January 22, 2015
Dwitasik Putrajaya.. Hope dapat beli sebijik!
Salam semua.. Haishh semakin hari keinginan nak memiliki sebuah rumah sendiri makin membuak-buak. Almaklum, tak lama GST akan dilancarkan. masa tu harga rumah pasti lagi meningkat. So, now saya n hubby memang mencari-cari rumah untuk wat investment terlebih dahulu. Antara yang menarik minat kami adalah Apartment Dwiputra ala-ala kondo bertemakan resort. Terletak hampir dengan Alamanda Putrajaya dan Presint 14. Luas setiap rumah takdelah besar sangat tapi untuk long term, memang berbaloi beli sebijik. Harga more than RM500k. Masih affordable untuk apartment berkonsepkan resort terletak di kawasan elit seperti Putrajaya. Kami datang lepas sebulan je tinggal beberapa unit je kosong! Perghh laris babe!
Ni replika je. Huhu. Tapi sangat nice ada swimming pool tau!
Belah belakang..
Di Gallery, kami dibawa visit ke rumah contoh. Teruja tengok deco rumah contoh ni. Sangat mewah walaupun kecil je rumah nya.
Dapur ni kalau takde kabinet nampak la lebih luas..
Master bedroom.. Masuk je rasa macam nak tidur je. Ngeh..
3 bilik tidur, 2 bilik air.
Macam hotel.. Tapi deco ni tak termasuk lah dalam harga rumah. Ni contoh saja. Nak camni kena spend lain amount.
One of bathroom..
Disebabkan kami memang nak sangat ada rumah sendiri dan juga sebagai pelaburan untuk masa depan, maka try la apply sebuah.. Walaupun bukan rumah impian, tapi sedikit sebanyak kami dapat avoid GST nanti. Hopefully approve dan impian kami memiliki rumah tahun 2015 ni tercapai.:)
Buat masa sekarang ianya masih dalam pembinaan. InsyaAllah siap tahun 2017 nanti.
Doakan saya dan suami dilimpahkan rezeki untuk beli sebuah rumah tahun 2015 ni ya.
Ya Allah Ya Tuhanku, limpahkanlah rezeki kepada Misya dan suaminya. Semoga tahun 2015 membuka jutaan pintu rezeki buat kami sekeluarga. Amin..
Misya : Doa sangat powerfull.
Ina Naim, bekas tunang Mawi sudah berpurdah!
Salam.. Siapa tak kenal Mawi suatu ketika dulu penyanyi yang mewujudkan fenomena aura Mawi World selepas memenangi Akademi Fantasia beberapa tahun lepas. Selain kisah kejayaan beliau dalam bidang nyanyian, kisah cinta Mawi juga mendapat perhatian. Yang paling hot adalah kisah beliau putus tunang dengan gadis sekampung beliau iaitu Ina Naim. Lepas clash, masing-masing bawa haluan sendiri. Mawi meneruskan kerjaya nyanyian dan berkahwin dengan pelakon Ekin. Ina Naim pula try bidang nyanyian tapi kurang menyengat dan selepas tu berkahwin pada 12 Ogos 2007 dengan penyanyi nasyid, Suhaimi. Tapi apa saya nak story ni bukan kisah Mawi dan Ina but tentang imej baru Ina Naim yang telah pun berpurdah since 4 months ago. Alhamdulillah... Sejuk mendengar khabaran ni..
Menurut Mstar Online :
PETALING JAYA: Bekas penyanyi Ina Naim kini tampil dengan imej purdah sejak empat bulan lalu selepas diminta suaminya yang juga penyanyi nasyid iaitu Mohd Suhaimi Saad. 33.
Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md. Naim, 29, berkata, pada mulanya dia kurang selesa dengan imej itu tetapi selepas hampir empat bulan memakainya, dia sudah mula serasi dan tidak bermasalah dalam melakukan segala aktiviti harian.
"Alhamdulillah saya sudah pun melalui fasa baharu dalam hidup sebagai umat Islam.
"Lagipun hukum berpurdah itu sunat dan apabila suami meminta saya untuk berubah imej, saya akur. Kiranya saya lakukan ini semua kerana Allah dan suami," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.
Tambah Ina, keputusannya untuk berpurdah juga bagi mengelak daripada difitnah individu yang tidak bertanggungjawab.
Mengenai perkembangan terbaharu, bekas tunang penyanyi Mawi ini menjadi suri rumah sepenuh masa dan bahagia dalam menjaga ketiga-tiga anaknya iaitu Ehmad Hadie Elfardi, 5, Sallman Elkhoyri, 3, dan Thyrosh Elfadwah yang berusia setahun.
"Buat masa ini saya hanya menjaga anak-anak dan menguruskan suami. Maklumlah mereka masih kecil, maka perlu diberi perhatian lebih"
"Bagaimanapun agak mengejutkan juga kerana saya masih menerima undangan membuat persembahan. Walaupun tidak seaktif dahulu, sekali sekala ada yang memanggil," tuturnya.
Kata Ina undangan persembahan yang masih ditawarkan kepadanya membuatkan dia menyimpan hajat untuk kembali aktif menyanyi apabila anak-anaknya sudah dewasa kelak.
"Kalau nak tahu, suami telah menyediakan beberapa lagu buat saya. Tinggal nak rakamkan sahaja.
"Insya-Allah jika tiada aral, saya akan muncul dengan lagu-lagu berunsur dakwah. Tak tahu bila, tetapi biarlah anak-anak besar sikit," katanya.
Ina pernah merakamkan sebuah album mini Duhai Hati tidak lama dahulu yang turut memuatkan lagu Rebah, kisah mengenai kehancuran cintanya dengan Mawi.
Oh macam tu rupanya.. Alhamdulillah, beruntung siapa dapat Ina ni. Isteri yang solehah mendengar kata suami. :) Yang part rakam album tu saya rasa kalau dia wat show untuk kaum Hawa sahaja ok kot. Kalau dah berpurdah tak sesuai nak wat persembahan depan audien selain wanita. Apa-apa pun all the best untuk Ina Naim. Dulu pernah diduga begitu dasyat, sekarang meniti kebahagiaan bersama family tercinta. :)
Misya : Tak pandai nyanyi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Berjalan di tanah gersang
Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...

-
Salam semua.. Sempena Birthday aku yang ke-25 tahun baru-baru ni (10 Sept), aku rasa aku nak buat satu bloglist khas untuk mereka-mereka ya...
-
Salam semua! Wow tak sangka entry saya yang telah terpublish telah mencapai 600 entries! Follower saya juga telah mencapai 650 orang! [Cipu...