Thursday, May 29, 2014

KDE Impiana Villa Hotel || Apa pendapat saya?

Salam.. Nak review satu lagi tempat penginapan yang pernah saya stay. KDE Impiana Villa Hotel merupakan hotel bajet yang berlokasi di Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan.Actually sebelum ni nama hotel ni lain. But last time kami datang tengok aik dah tukar nama rupanya hotel ni. Yang paling best harganya murah! RM50.00 per night tapi dapat tingkat paling atas iaitu level 4. Tiada lif disediakan. Kenalah memanjat. If tingkat bawah harga tinggi sedikit.

Masuk-masuk je terus terkejut sebab biliknya besar. Tak sangka RM50.00 leh dapat bilik yang selesa. 

Ada kettle lagi tu.. Huhu..

See besar kan? If nak stay dengan family pun boleh 1 bilik ni leh tambah tilam je. 

Ada TV lama but still boleh berfungsi. Kalau tak, mati kebosanan saya dan husband dalam bilik ni. huhu. 

Toilet bersih tapi sinki terlalu kecil. Sesuai untuk kanak-kanak agaknya. Huhu. Dah nama hotel bajet  so tiada breakfast disediakan. 

If nak booking dia takde laman web. But boleh call directly ke 09-7447799/ 09-7449799.



Misya : Mesti bijak memilih sesuatu ikut kemampuan dan keperluan. 

Hotel Silka Johor Bahru || Apa pendapat saya?

Salam semua. Start today saya nak create entry-entry "Apa pendapat saya?" berkaitan tempat-tempat penginapan yang saya pernah stay bila travel ke mana-mana. Almaklum sejak jadi businessman ni saya dan suami memang selalu outstation. So, banyak juga hotel yang kami stay. Kira selalu honeymoon la kami. hehe. Ada yang best tapi ada juga yang tak best. Apa-apa pun terpulang pada anda yang melihat. Mana tahu entry-entry ini boleh jadi rujukan buat anda yang nak ketempat dituju.:) 


1st hotel untuk saya review adalah Silka Hotel di Johor Bahru bertaraf 3 bintang. Mula-mula nak ke sini kami tersesat sedikit sebab dalam Waze/GPS takde koordinat yang tepat untuk hotel ni. Lepas pusing-pusing kawasan Plentong yang sama beberapa kali barulah terjumpa. Huhu..

Inilah bilik kami. Agak besar katilnya! Bilik pun luas. Sangat selesa sampai hubby pun kata next time if ke JB lagi, kami stay di sini sahaja.

Ruangan meja solek menempatkan kettle dan air mineral. Bolehlah nak masak-masak air.

Complete set of toiletries...

Bekas tisu ni agak menarik bagi saya. Huhu

Almari tidak disediakan tapi ada meja solek yang bercantum dengan penyangkut baju. Kira macam almari terbuka gitu. Kelihatan kasut my hubby. Amboi syok nya letak kasut atas meja!

Yang penting breakfast disediakan. Seriously sangat sedap nasi goreng yang dihidangkan! Puas hati dengan breakfast.:)


Apa yang tak best nya adalah tempat parking agak jauh dari hotel. Terletak di bangunan bersebelahan hotel. Sebab hotel ni merupakan bangunan apartment so berkongsi parking dengan penduduk aprtment di blok lain. Tiada lif/eskalator disediakan dari parking ke hotel. Kena menapak sedikit. If bawa barang banyak memang membantutkan mood la nak datang sini. Huhu. Yang lain semua ok and kami puas hati.=)

Nak booking? Boleh klik SINI.


Misya : Husband suka parking kereta jauh.

Uncang teh yang pelik dan unik!

Salam. Dah lama tak share benda-benda pelik. Hehe. Biasanya kalau nak bancuh teh, mesti guna uncang teh yang bese beli kat kedai tu kan? Ada macam-macam bentuk. 4 segi, bulat dan lain-lain yang bese kita lihat. Tapi rupa-rupanya ada macam-macam rupa dan bentuk uncang teh ni rupanya! Cuma di Malaysia ianya tak pernah dijumpai. Nak tengok apa lagi bentuk uncang teh yang pelik tu? Jom skroll!

Sekali imbas macam pasu bunga tapi rupanya adalah seuncang teh!

Ahha... Ku sangkakan seseorang sedang berendam dalam air panas tapi uncang teh rupanya! 

Kapal selam di dalam cawan!

Dinosour T-Rex pun boleh jadi uncang teh!

Lepas minum ni mesti rasa melayang-layang ke angkasa lepas. hehe...


Pewitt teh cinta yang romantik.;)



Itik berenang dalam cawan!

Music of my tea....;)

Sauh kapal pun leh jadi uncang teh!

Wah apa pula ni?

Huhu senang je nak buat teh lepas ni.



Misya : Teh O minuman panas terbaik.

Tahniah Charms!! Pemenang Anugerah Lingerie Terbaik 2014!!

Salam. Tahniah tahniah tahniah buat Charms dari Elken yang menerima Anugerah Lingerie Terbaik 2014 oleh majalah Women's Weekly!! Terbaekk lah Charms! Saya sendiri pun sudah memilikinya.. Ahaks... Hadiahkan sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri. Bila lagi kan? Yang paling penting husband bertambah sayang..;))


Charms juga telah menerima pelbagai liputan media cetak! Bukan lingerie biasa-biasa Charms ni. Dalam banyak-banyak brand yang ada tu lagi mahal daripada Charms tetapi Charms yang terpilih sebagai pemenang. Nak tahu apakah rahsia Charms? Boleh ke SINI.


Setiap helaian Charms memberikan fungsi dan kelebihan tersendiri. Siapa yang memakainya akan terasa dirimu begitu berharga. Ahaks..

Bukan sekadar cantik semata-mata tapi membantu dari segi pemulihan bentuk badan supaya bertambah langsing dan mantop!





Beruntungnya dapat memliki set pakaian dalam Charms yang luar biasa ni. Anda wajib memilikinya at least 1 pasang! Sangat-sangat selesa dan boleh digayakan dalam pelbagai bentuk dan pakaian.

Yakin dengan Charms!



Misya : Penjagaan kecantikan bermula daripada dalam.


Al-fatihah untuk Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah..

Salam. Petang semalam Malaysia dikejutkan dengan kehilangan seorang Sultan dari negeri Perak iaitu Sultan Azlan Shah. Saya sendiri agak terkejut dengan berita tersebut sebab selama ni nampak Almarhum kelihatan sihat sahaja. Dan Almarhum juga antara Sultan favourite saya dari kecil sebab semasa Almarhum menjadi DYMM Yang Dipertuan Agung Malaysia masa tu saya masih kecil tapi saya sangat kagum bila melihat Almarhum dalam TV. Sangat-sangat berkarisma menjadi Raja.Tak sangka kini baginda sudah tiada lagi.. Al-Fatihah....


Berdasarkan entri di blog Omak Kau

Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Al Marhum Sultan Yussuf Izudin Shah 
mangkat pada jam 1.30 petang semalam. 

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir secara langsung di RTM semalam.

Ekoran kemangkatan itu, bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang selama 100 hari di negeri itu manakala bendera Malaysia pula selama seminggu.

Semua hiburan dan keraian ditanggguhkan dalam tempoh tujuh hari.

Menteri besar juga mengumumkan cuti umum di Perak selama sehari sebagai tanda berkabung.

Jenazah almarhum akan dibawa ke Istana Kuala Kangsar pagi ini dan akan dimakamkan selepas asar.



 Misya : Kagum dengan kesederhanaan Sultan Kelantan

Wednesday, May 28, 2014

Wordless Wedenesday || Gaji tak cukup, kerja sampai mati!

Salam realiti hari ini.. If anda duduk di kawasan bandar, berpendapatan di bawah RM3000, anda dikategorikan sebagai miskin bandar. Jangan compare if anda duduk di kampung atau luar bandar yang kurang membangun. Yang pasti di kawasan tersebut kos hidup lebih rendah tetapi jarang kedengaran orang boleh makan gaji berpendapatan sebanyak itu di kawasan kurang membangun. Dan jangan compare if anda anak orang kaya yang sampai sekarang ditanggung ibu bapa anda.

Majoriti dari kita duk di bandar rite? Tapi tahu tak anda, majoriti juga adalah golongan miskin tanpa mereka sedari. Sebab apa, bila dapat je gaji, benda pertama yang perlu diselesaikan adalah HUTANG!

Ada yang sanggup bunuh diri kerana hutang. Family berpecah belah kerana hutang. Hidup tidak tenteram, bergaduh, stress, jatuh sakit hanya sebab HUTANG! 10 sen pun kira hutang tau if orang tu tak halalkan...

Alternatif.. Terpaksa bekerja sampai tua a.k.a mati !

Setiap masa kos hidup makin naik. Yang pasti ianya TAKKAN TURUN!

Hakikatnya, RM2500 atau berapa saja nilai gaji anda dapat, hanya singgah sementara di bank sebelum diagih-agihkan kepada pemiutang...

Takkan anda masih nak bekerja keras walaupun usia anda sepatutnya duk relaks di rumah? Bak kata orang; kubur sudah memanggil-manggil tapi masih berada depan PC. Langsung tak menikmati kehidupan dari muda sampai tua. Terbazir begitu saja usia anda...

Yang paling teruk, belum sampai usia emas lagi sudah bankrap! Hutang terlampau banyak, nak hidup mewah  dan selesa tapi malas berusaha... Sayangnya usia muda dibazirkan begitu saja.


Jom berubah selagi masih ada masa!

Masih memberi alasan? Masih berkompromi dengan diri sendiri? Masih suka jadi mangsa keadaan? Terpulang...

Yang nak berubah mari klik SINI



Misya : Keluar daripada masalah dan selesaikannya.



Segmen Blogwalking by Izzati Amira

Assalamualaikum w.b.t

[ tekan banner untuk join ]

Aktiviti : Happy Blogwalking

Pemenang.
1st & 2nd Top Referral : Washi Tape 1x ( sorang satu  atau sorang dua maybe?? heee. )
4x Random :  '19Capri' button badge 1x

Tamat : 17 Jun 2014

Selamat join !



Misya : Camne nak wat html scrolldown tu ya? Senang nak wat segmen.


Tuesday, May 27, 2014

Apabila kejayaan diri memberikan inspirasi buat orang lain...^_^

Salam semua.. Sejak saya dan suami diraikan dalam Winners Nite baru-baru ini, bertalu-talu kami  menerima ucapan tahniah. Especially dari mereka-mereka yang pernah menolak kami dahulu. Betul lah kata pemimpin Elken, kita kena jadi sample dahulu baru orang akan follow. Syukur Alhamdulillah di Elken kami dibimbing dengan sebaik-baiknya dan kami tak sia-siakan setiap ilmu dan masa yang dicurahkan untuk pembinaan kerjaya kami di Elken.


Salah seorang rakan di facebook memberi ucapan tahniah.. Terharu rasa sebab dapat memberikan motivasi dan semangat buat rakan saya ni meneruskan bisnes luar biasa ni. Saya setahun melakukan tanpa jemu, sebab Elken sangat-sangat luar biasa, Sentiasa memberikan inspirasi dan semangat untuk terus berjaya dalam dunia bisnes networking.:)

Ucapan tahniah dari salah seorang cousin nun jauh di selatan.. Pernah berkongsi tentang Elken dengan beliau tapi akibat halangan yang tidak dapat dielakkan beliau berdiam diri. Tak sangka tiba-tiba beliau kembali dengan ucap tahniah di wechat! Sememangnya niat saya mahu membantu ahli keluarga berjaya dan mengubah kehidupan mereka. One day saya harap seluruh family saya berada di Elken. Amin..:)


Misya : Tiada langsung ucapan tahniah dari BFF.

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah

Salam. Yeay Ayu Insyirah wat segmen lagi! Harus kita menyertainya! Klik banner tau...


Misya : Dah lama tak rasa cuti sekolah.

Palace Prime penawar lemah tenaga batin lelaki??

Salam. Ahaks.. Entry apakah ini? Huhu sorrylah ini untuk 18 tahun ke atas sahaja. Bukan entri nak melucah tak tentu pasal tapi mahu berkongsi kaedah penyelesaian buat para lelaki di luar sana yang ada masalah tenaga batin. Sebab ada yang tanya saya produk Elken takde ke untuk lelaki? Of course ada cuma jarang orang tahu..:)

Kenyataan akhbar membuktikan lelaki memang cenderung mempunyai masalah sebegini. Nampak gagah dan perkasa tapi tak sangka di sebaliknya mereka lemah tenaga batin. Kesian mereka... Jom bantu mereka dengan Palace Prime!!

Apakah Palace Prime ini??

Actually bukan untuk tenaga batin sahaja. Tapi lebih kepada memperbaiki sistem tubuh dan kesihatan lelaki. So anda akan rasa lebih sihat dan bertenaga sepanjang masa. 

Diperbuat daripada 8 herba Cina terpilih dan sangat-sangta berkualiti. Bukan herba-herba atau ubat kuat mengarut yang banyak dijual di pasaran sekarang dan tidak diluluskan oleh KKM.

Dari segi seksual.. If anda ada masalah-masalah di atas ni wajib amalkan Palace Prime. 

Haa selalu sakit belakang? Ada tu muda-muda dah sakit-sakit belakang. If dibiarkan takut jadi lain pula. Palace Prime mampu membantu memulihkannya!

Yang paling penting mempunyai kelulusan dari segi Halal, keselamatan dan kualitinya. So anda tak perlu ragu berbanding anda beli ubat-ubat kesihatan lelaki yang bukan-bukan sampai ada yang beri kesan buruk lagi terhadap kesihatan anda. Anda lelaki, tunjang keluarga so anda kena jaga kesihatan sebaik-baiknya.:) 


Nak order/pertanyaan lanjut tentang produk boleh wasap 016-9561764 (Ahmad/Misya)




Misya : Belajar memahami lelaki.




Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...