Wednesday, January 11, 2012

Studio 88.. Apakah yang berlaku di sana?

Salam semua.. Sebelum masuk tidur malam ni, saya nak share satu lagi kisah di sebalik tabir sesi photoshoot yang saya join. Cuma yang ni berlainan sikit sebab dirangkumkan dalam video pendek oleh organizer. Actually ni adalah semasa assignment pertama Pencarian Duta KrulMatric Photography & Videography 2011 di Studio 88, Sungai Buloh.. Entrinya boleh tengok di SINI. Dalam video pendek ni, dapatlah korang lihat suasana kami melaksanakan tugasan bermula daripada pendaftaran sehingga sesi photoshoot. Dapatlah saya berkenalan dengan ramai kawan baru dari kalangan talent, photog, krew dan orang kuat KrulMatric sendiri.:)

Jom tengok apa yang berlaku semasa assignment ini!!


Meriah kan? Gambar saya tak banyak.. Dari belakang je. huhu.. Kalau korang perasan, saya muncul di awal-awal babak tapi tak pandang kamera. [Minit 0.24 dan 0.33] 

Nak tengok hasil photoshoot saya? Boleh view di SINI

Abg photog ni sangat istimewa.. Dia insan istimewa (kudung sebelah) tapi masih mampu snap gambar terbaik. Syabas!=)

With adik-adik talent yang comel. Dorang siblings tau.. Lyna & Ayna...

Last session, outdoor.. Yang kelakarnya abg photog ni pun pakai braces. Dia kata masa terhad dan agak kecewa skit, tak dapat dia nak snap banyak-banyak sebab saya dapat bagi pose yang best-best..

So guys, wish me luck for this contest. Saingan sengit-sengit juga. Semua peserta nak berikan yang terbaik for every task yang diberi. Mesti penganjur pening nak pilih who will be the chosen one. huhu.. Good luck everyone!^^



Cik Misya : Bilakah result mahu keluar? Masih ada assignment yang menanti... Tunggu......


To all bloggers, lets join this community group!!

Salam semua... Nak share 1 lagi community group dalam facebook untuk blogger-blogger seluruh Malaysia.. Created by blogger juga.. Mungkin melalui komuniti ni, korang leh tambah kenalan blogger dan saling bertukar-tukar link. Jom join group Kakiblog!
Dah jumpa group ni, join la k.. Saya pun join tau. =)


Em setelah beberapa lama berblogging, saya nak buat sedikit penambahbaikan semasa berblogging.. Antaranya:

1. Menggunakan kata nama diri "saya". Sebelum ni saya bahasakan diri dengan perkataan "aku". Now, saya akan cuba lebih istiqamah menggunakan perkataan "saya". Sopan sikit kot kan?

2. Sentiasa memulakan entri dengan ucapan salam. Ya, itulah sebaik-baiknya. Kadang-kadang saya lupa nak ucap salam. Jadi, dengan ucapan salam, saya dapat mendoakan kesejahteraan korang dan apabila korang membacanya pun, kira mendoakan kesejahteraan untuk saya juga. Indahnya Bahasa Arab tu kan?=)

3. Will try to post entry dengan lebih kerap. This one, saya tak dapat janji lah. Sebab terdapat kekangan-kekangan tertentu. Kerja, masa dan sebagainya. InsyaAllah selagi ada masa terluang, saya kan sentiasa update. Follower bertambah-tambah, takkan entri nak berkurang pulak kan? huhu... InsyaAllah..:)



Cik Misya : Ada sorang follower ni, rajin baca dan komen entri saya. InsyaAllah saya akan buat entri khas sebagai penghargaan jadi follower setia saya. Siapakah yang bertuah tu? Tunggu...:)

Di sebalik tabir: Photoshoot baju pengantin Sentuhan Nadhira.. Menggigil kot!!

Salam semua.. Sebelum ni saya ada umumkan tentang kemenangan saya dalam contest Pencarian Model Butik Pengantin Sentuhan Nadhira. Anda ingat lagi? Takpelah kalau tak ingat, saya bukan artis famous pun nak diingat-ingat. hihi statement sentap kah? haha, takdelah gurau je..;)

Alhamdulillah Kak Nadhira dah invite saya dalam satu sesi photoshoot untuk butik pengantinnya di Banting. Excited sangat-sangat nak shoot!! ^^ 1st time dapat shoot dengan busana pengantin yang lengkap. 5 pasang lak tu. Semuanya design-design baru. Masuk-masuk je butik, rambang mata semuanya cantik-cantik!! Before start shoot, tangkaplah gambar kenang-kenangan dalam butik ni. So, dipaparkan di sebalik tabir shooting dengan Butik Pengantin Sentuhan Nadhira...



Baju gaun pun ada! Tapi seksi, saya takleh pakai. hehe...


Inilah design baju yang saya paling admire.. Tersenyum kambing! hehe...

Sedang bersiap-siap... Memang busana pengantin agak rumit untuk digayakan. Macam-macam aksesori dan pin kena pakai. huhu. Thanks to Kak Liza untuk make-up yang cantik..:)




Now ready for photoshoot!! Photog by Littlestars Photography.. (Abg Ardha)
Best dapat kerjasama ngan abg photog ni. Walaupun pro, dia tak sombong bagi tunjuk ajar camne nak pose. Maklumlah saya 1st time shoot pakai baju pengantin lengkap, gigil gak kot! haha..



Baju yang saya admire sangat tu rupanya one of the baju yang saya kena pakai untuk shoot. Happy giler!! hehe..


Tuu dia.. Beraksi depan kamera...;) Menggigil gak pose masa ni.. Aura baju pengantin agaknya.. hehehe..


 
Final wardrobe... Light pink.. Sweet kan? hehe.. 

With my best friend forever... Thanks temankan shoot dan tangkapkan gambar-gambar ni.:)

After shoot... Di luar butik..

Lapar... Singgah makan jap pastu pulang ke rumah....

Nanti bila dah dapat semua gambar, saya akan upload dalam blog k.. Nak tengok sikit-sikit pun boleh dah..:) Just go to the facebook page Butik Pengantin Sentuhan Nadhira..

Cer teka gambar siapakah di profile page ni? hehe... Tunggu saya upload dalam entri akan datang ya..:)


Cik Misya : Lepas ni ada sesi outdoor plak.:)

Supermodel Ara Lee pilih saya jadi model butiknya!!

Salam kengkawan semua.. Dah lama nak maklumkan tapi asyik terlupa je.. huhu. Hari tu saya ada terbaca dalam blog supermodel Ara Lee tentang Pencarian Model untuk produk keluaran Ara Lee Boutique akan datang. Jadi, saya hantarlah penyertaan. Salah seorang pemenang akan dipilih sendiri oleh Ara Lee. Syaratnya kena beli, pakai dan tangkap gambar dengan shawl Ara Lee Boutique..

More pictures click HERE...

Inilah Ara Lee memakai shawl yang aku gayakan dalam photoshoot dengan Apex Photography..

Agak lama juga menunggu keputusan siapakah yang bertuah dipilih oleh Ara Lee.. Dan Alhamdulillah, Ara Lee telah memilih saya dalam pencarian ini!! Syukur dan terkejut sangat-sangat!!  

"Assalamualaikum..


Saya telah memilih Aimi Syahirah Shokarny dari putrajaya untuk pemenang contest pencarian tudung AraLeeBoutiqe. InsyaAllah Aimi bersama butik ini pada keluaran akan datang! Congrats Aimi! :)"


Selalu juga saya belek blog Ara Lee. She's so beautiful.. Suka sangat tengok gaya pose semasa photoshoot. Pandai catwalk lak tu.  Banyak masuk magazine dan majalah. huhu.. Tak sabar nak kerjasama dengan beliau.^^ InsyaAllah saya akan menggayakan skirt design terbaru Ara lee Boutique.

Butik Ara Lee ni still new.. Tapi shawl yang dijual memang berbeza dengan shawl keluaran lain. Kainnya lembut dan sejuk. Nak shopping di Butik Ara Lee? Boleh ke page facebook Ara Lee Boutique atau blognya di SINI. Cantik-cantik tau..:)


Cik Misya : Nervous nak bekerjasama dengan supermodel! hehe

Cayang korang semua!!

Owh, diriku dilanda kebosanan dan mengantuk teramat sangat. Semalam tidur macam biasa je kot. Takdelah lewat sangat. Aku bersilat dalam mimpi agaknya kot. Ngehehe... Rest kan minda jap.. On PhotoScape, apa lagi, godek-godeklah gambar yang ada..  Hasilnya....

Just simple sweet smile from me.. Pinky girl!! hehe..

Cayang korang!!(~_^)

Thanks atas sokongan anda terhadap saya.. Cett ayat macam artis la pulak.;p 

Gambar ni diambil selepas runaway show kat Summit USJ hari tu. Gi minum-minum ngan Incik J, saja tangkap gambar guna kamera hp. Nice make-up from Abg Bart Gustov. Memang dia sangat happy go lucky. Sepanjang make-up ada je lawak dia wat. huhu..



Cik Misya : Ramai ternanti-nanti bila saya akan buka braces.. Ngeee....;)

Monday, January 9, 2012

Kagum dengan semangat juang family beliau!! DSAI tidak bersalah!!

Syukur Alhamdulillah, Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) tidak bersalah!! Ok tu je nak cakap. Ngehehe..;p Maklumlah isu politik ni kalau ditulis, panjanglah pulak perbahasannya. 


Semalam aku tengok video ni. Tersentuh hati aku.. Sampai menitis air mata ok! Betapa tabahnya family beliau mengharungi dugaan maha hebat ini. Sejuk hati aku tengok family beliau.. Semuanya berhijab! Inilah contoh pemimpin yang berjaya memimpin keluarganya. Orang yang selalu diuji bukan bermakna dia jahat tetapi sebenarnya adalah orang yang baik-baik dan Allah ingin menguji setinggi mana tahap keimanannya. Jika kita tahu kita di pihak benar, percaya pada Allah swt, InsyaAllah Dia maha mendengar dan akan tunjukkan kebenaran.:)


Actually, semangat dorang inilah yang aku kagum dan jadi inspirasi buat aku dalam menempuhi kehidupan. Bayangkan saban tahun tak habis-habis musuh duk menyerang, memaki-hamun, menghina dan sebagainya, tapi DSAI dan family sangat kuat dan sentiasa berjuang menegakkan kebenaran. Bukan semua orang dapat lalui semua ni dengan tabah. For sure lah dorang pun menangis dan Alhamdulillah air mata itu terbalas dengan kegembiraan. Walaupun ditakdirkan DSAI didapati bersalah sekalipun tetap tidak akan melunturkan semangat family beliau. InsyaAllah..


"look at the media.as the opposition leader.im not given even one minute airtime" nice quote by DSAI. 
Wah, interview by Al-Jazeera! TV kat Malaysia, ada bran ke nak siar? huhu.. Jangan ada propaganda lain di sebalik keputusan mahkamah ni sudahlah.. huhu..

Takpelah, yang penting masa PRU-13 nanti jalankan tanggungjawab anda sebaik-baiknya ok..:)


Cik Misya : Apa nasib si sepul tu ye? Wallahualam... 

Friday, January 6, 2012

Peluang makan free di Kenny Rogers!!

Nak makan free?? Pagi ni aku terima satu emel from Kenny Rogers tentang promosi yang bakal berlangsung pada 11 Januari 2012 ni! [Birthday CT Nurhaliza dan pakcik aku]

RED is BACK at Kenny Rogers ROASTERS on 11 Jan 2012!

Time to don RED all over again this 11 January 2012 as the annual ROASTERS Eating Day (RED) is back! Wear RED – the colour of life, to celebrate good health and vitality through good eating and healthy living with Kenny Rogers ROASTERS (KRR).

The ticket to a year full of vitality starts with an active lifestyle fueled by a wholesome and healthy diet. KRR is in support of maintaining your resolution to a healthy 2012 for you and your loved ones. Celebrate health and vitality by wearing something RED to any KRR outlet and get two (2) Kenny’s Quarter Meals for the price of one.*

Whether it is a RED cap, t-shirt, trousers or lipstick, celebrate health and vitality of you and your loved ones or friends by wearing RED – the colour of life to KRR!



Maksudnya, pada 11 Januari 2012 nanti kalau korang gi makan kat Kenny Rogers, kebetulan korang memakai something yang berwarna merah macam T-Shirt ke, Seluar ke, topi ke.. Korang berpeluang dapat 1 set percuma Quarters Meal if korang order 1 set Quarter Meal. huhu.. Takde lah free sangat pun. Just beli 1 percuma 1. Kalau keluar berdua, dapatlah berjimat sikit if rasa-rasa teringin nak makan Kenny Rogers. huhu.. Layan......


Cik Misya : Bertuahlah dapat benda free dalam dunia ni. 


Fenomena Ustaz Azhar Idrus melanda diriku...

Sehari dua ni facebook riuh rendah dengan kenyataan jawapan Ustaz yang disayangi ramai iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI). Especially bagi kaum Hawa..

Soalan: "Kenapa wanita suka berbelanja.. isteri saya janji, sekali ni je-sekali ni je, tapi beli jugak''

Jawapan ustaz: Wanita macam budak-budak... suke membeli.. contohnye budak-budak, pantang tengok mainan terus je nak, padahal mainan dah banyak kat umah... macam juga wanita, padahal baju, kasut banyak dalam almari yang tak pakai lagi.. nak beli lagi.. wanita memang suke tengok benda yang cantik.. MEMANG TUGAS SUAMI CARI DUIT, ISTERI HABISKAN DUIT.. kalau bukan isteri yang habiskan duit, siapa lagi... kalau bukan isteri, siapa lagi yang nak beli periuk, kuali, dan lain-lain... SUAMI JANGAN MARAH.. ISTERI BESAR JASANYA.. Tolong beranakkan anak, jaga anak-anak, tolong basuh baju kite, tolong masak, kemaskan umah, dan lain-lain..

Maka ramailah kaum lelaki tak puas hati dengan kenyataan ustaz ni. Aku tergelak je baca komen-komen orang lelaki yang tak puas hati plus masih nak menafikan kebenaran kata-kata ustaz ni.. Contohnya....

- Kalau benarkan perkara ni berlaku, akan membazir.. [mengumpamakan seperti amalan syaitan]
- Suami banyak masuk neraka kerana isteri bla bla bla...
- Camne plak kalau suami yang banyak wat kerja rumah?? [ala-ala Mr. Mama]

Bagi pendapat aku lah, jawapan ustaz ni simple tapi sebenarnya mendalam maksudnya.. Dia berbalik pada tolak-ansur, saling menghargai, kepimpinan seorang suami dan pengorbanan seorang isteri.. 

Kalau suami pandai mendidik isteri, insyaAllah takkan berlaku pembaziran. But now, suami sekarang ramai yang mendidik isterinya jadi kedekut. Aku ada kenalan, di mana suaminya sangat control semua perbelajaan isterinya. Sampai kad bank semua dia pegang. Nak beli beg RM10 pun kena minta izin!! Walhal beg sedia ada dah koyak rabak dah. Walhal tu duit gaji isteri dia. Hmm.. Thats why ramai wanita sekarang bekerja sebab taknak susahkan suami. Bila ada duit sendiri, at least takde sebab suami nak halang apa isteri nak beli apa dia suka. Just bimbing dia untuk jadi seorang yang berjimat-cermat. At least dia dah bantu ringankan beban suami..

Yang pasal masuk neraka semua tu, mungkin video ni leh membantu. [Minit ke 12.00]


So, didikan seorang suami tu sangat penting. At least jangan asyik salahkan perempuan bila gagal mendidik isteri. Banyak sangat pengorbanan isteri sampai suami takleh nampak benda tu untuk dihargai. Daripada suami dok spend duit kat scandal/perempuan simpanan, baiklah bagi isteri. Then isteri pun pandai-pandai lah guna duit tu sebaik-baiknya.. Lelaki ke perempuan semua sama sahaja. Ada tanggungjawab masing-masing. Buat jahat masuk neraka, buat baik, syurga dijanjikan Allah. InsyaAllah..

Masa cerita Mr. Mama mula-mula keluar kat TV, aku tak berapa suka sangat cerita tu walaupun its just komedi. Macam mengajar masyarakat untuk tidak bertanggungjawab dalam mengurus rumahtangga. Aku tidaklah pandai sangat bab rumahtangga sebab lum kahwin lagi. Tapi aku suka dengar pengalaman-pengalaman tentang orang-orang yang dah berkahwin untuk dijadikan panduan. Mostly lelaki lepas setahun dua kahwin, menganggap cintan-cintun bersama isteri tu tak penting. Means tak macam masa bercinta. Sampai ada seorang sahabat kata "nak buat apa nak romantik-romantik ngan bini, dah 'dapat', dia ikut jela cakap kita". Tapi kat luar pengetahuan isteri bukan main melayan awek-awek lain. Ni berlaku depan mata ok! [macam nak tampar pun ada] Camne nak respect kaum lelaki camni? Kadang-kadang wat aku takut nak kawin. huhu..

Yang mana-mana jadi Mr. Mama tu, fikir-fikirkanlah tanggungjawab anda ye.. Leh tengok video dari UAI ni..


So, no reason suami kena duk uma wat kerja rumah pulak. Kena tegaslah ngan isteri kan? This is just my opinion.. Maklumlah fenomena UAI sedang merebak di seluruh Malaysia sekarang ni. Sampai aku pun turut terkena tempias aura UAI yang hebat ni. Balik kerja je, lepas solat mesti nak dengar ceramah daripada dia. Guna Samsung Tab, senang.. At least dapat gunakan kecanggihan teknologi dalam menuntut ilmu..


Cik Misya : Bilalah UAI nak datang Putrajaya wat ceramah? huhu.. 

Wednesday, January 4, 2012

Mari sertai Pencarian Model Butik Mama Pusingan ke-3!

Pencarian Model BUTIK MAMA Pusingan ketiga kini sedang bermula!! Jom hantar penyertaan sekarang!! Kaedahnya, sila lihat gambar di bawah..


Kali ni aku ingin mencuba nasib.. Alhamdulillah aku tersenarai dalam shortlisted peserta Pencarian kali ini!!

Thanks Kak Ainna who gives me opportunity to join again in this competition. Ramai gak yang hebat-hebat terpilih. Aku sangat merindui untuk shoot bersama Butik Mama. Kalau ada rezeki untuk pencarian ni, Alhamdulillah... Untuk shopping di Butik Mama boleh layari http://www.butikmama.com.my atau dapatkan maklumat lanjut tentang Butik Mama di laman facebook

Kenangan.. 1st time shoot dengan butik yang sangat terkenal...:)


Cik Misya : Tengah cari idea camne nak gayakan Selendang Zulaikha yang sangat gojes tu. huhu...


Mari undi artikel saya dalam pertandingan Karya Terbaik Majalah Warisan Chanteq!!

Salam semua... Setelah sekian lama tak buka emel tup-tup dapat 1 emel best! huhu... Apakah??;) Maaf ye, ni bukan emel daripada stalker. huhu..


Rupa-rupanya emel tentang artikel aku di Warisan Chanteq Online Magazine terpilih untuk dinilai sebagai Karya Terbaik dalam pertandingan Karya dan Penulisan WC 2011..!! Syukur Alhamdulillah.. Actually aku hantar 2 artikel tapi yang ni terpilih. Penilaian akan dibuat berdasarkan undian LIKE pada artikel dan markah daripada juri profesional. This is my first time aku mencuba nasib as writer. Gara-gara terpilih sebagai finalis Gadis Warisan, maka aku pun memaksa otakku memerah idea penulisan artikel tak seberapa ini. Maybe sebagai info asas bolehlah kot. :)

So, pada mereka-mereka yang meminati tarian ZAPIN tapi tak tahu langsung apa ke benda tarian ZAPIN tu, cer baca artikel ini sebagai pengetahuan am anda. Klik SINI untuk membaca. Kot-kot lepas ni minat nak belajar tarian zapin pula.:)

Dah baca? Ramai tertanya-tanya macam mana nak LIKE? Ok mudah saja...Di bahagian bawah artikel ada kotak kelabu.. Lebih mudah tengok gambar bawah ni untuk cari mana button LIKE.


Dah like? Thank you so much atas sokongan anda! At least korang semua appreciate seni budaya warisan negara kita.:) Untuk senarai 11 artikel lain yang turut terpilih untuk dinilai boleh lihat di SINI.

Last date for voting adalah pada 14 Februari 2012! So cepat-cepat undi ya!^_^ 


Cik Misya : Nak belajar menari? Jom join ASKOPUTRA!

Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...