Salam. Amboi bukan main lagi tajuk entry saya kali ni ya! hehe.. Actually itulah nama produk makanan yang saya baru je try which saya beli dari Kak Hayati (owner & wedding planner Lamar Wedding). Sebelum ni saya pernah beli tapi tak menyempat nak share my review. But baru-baru ni Kak Yati open order produk ni so saya pun join order sekali.
As petai lover, memang pantang dengar if ada produk-produk makanan berasaskan petai ni. Hehe.. So memang excited lah nak try Petai Bilis Rangup ni. Honestly memang rangup krup krap krup krap gitu.
Dari segi rupa dan warna memang tak berapa nak nampak sangat keterujaan nak menikmati petai bilis ni. Hehe sorry kak Yati.. But belum cuba belum tau. Don't judge a book its cover kata omputeh. Haha..
Ginilah rupa Petai Bilis Rangup Bercili Sabaq Sat ni. Actually produk ni memang lain dari yang lain which uols takkan jumpa kat pasaran. Biasa orang jual petai tempoyak or sambal petai. Tapi this one memang berbeza. Kira kalau nak ratah gitu pun boleh.
Ikan bilisnya besar-besar memang puaslah makan. Produk ni memang dimasak sendiri oleh Kak Yati tau. Nampak biasa-biasa je but once masuk mulut, terasa kepedasan cili tatkala menikmati kerangupan petai bilis ni. So if suka kudap-kudapan sebegini bolehlah try order dengan Kak Yati. Boleh view di IG beliau di SINI. Oh ya bukan setakat petai bilis je ada tau. Pekasam daging pun ada. Siap ada 3 jenis flavour lagi! Bolehlah pi try usha IG beliau naa.
Misya : Geram tengok petai besar-besar.
sedap aihh petaii.favourite
ReplyDelete