Salam. Ahha buat penggemar barangan IKEA, disebabkan musim Covid19 ni, IKEA telah mengumumkan SOP baru untuk para pelanggannya yang mahu berkunjung ke gedung IKEA. Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun dan warga emas berumur lebih daripada 60 tahun tidak lagi dibenarkan mengunjungi gedung IKEA.
For me, baguslah IKEA fix kan arahan sebegini sebab rakyat Malaysia ni still ramai yang degil bawa anak kecil dan orang tua memasuki mall atau tempat awam yang sesak dengan manusia. Golongan-golongan berusia tersebut sememangnya high risk memandangkan immunity system dorang tak kuat. Kalau lihat pada statistik kematian akibat Covid19 pun kebanyakkannya adalah warga emas. Saya sendiri dah pesan pada my parents dan my mom in law untuk avoid tempat-tempat sesak. Paling merisaukan my mom in law sebab dia sorang je yang selalu keluar beli barang dan sebagainya. IKEA ni tak jauh pula dari rumah beliau. Moga mereka semua dilindungi dari virus jahanam ni.
So kengkawan yang ada anak kecil atau orang tua di rumah, pleaselah bersabar dulu dari bawa dorang keluar berjalan-jalan. Saya since PKP start, memang tak bawa anak keluar langsung. Kesian juga dorang tak dapat udara segar tapi nak wat camne, dorang golongan berisiko. Jangan sebab nak lepaskan gian kita untuk jenjalan ke sana ke sini, anak-anak dan orang tua kita jadi mangsa. Good job IKEA for this precaution steps taken.
Misya : Rindu nak jalan-jalan sefamily.
sokong tindakan IKEA. ramai dah parents berani bawa baby jenjalan d mall
ReplyDelete