Wednesday, June 3, 2020

Face mask merimaskan bagi yang berkaca mata

Salam. Nowadays nak ke mana-mana wajiblah pakai face mask dan amalkan normal-normal baru such as gunakan hand sanitizer dan social distancing. Tapi part face mask tu realitinya untuk orang pakai spec mata like me, memang menyusahkan sebenarnya. Sebab ianya akan menjadi punca munculnya kabus awan nano pada cermin mata yang mengaburkan pandangan mata sis. Haha.. Sebab nafas tu kekadang keluar kot lubang antara hidung dengan face mask naik ke mata. Fuh rimas dibuatnya. Tapi nak taknak still kena pakai especially di tempat-tempat awam.

Beberapa hari lepas sis diberi me-time oleh husband jap untuk keluar. Sis cuba lah tak pakai spec, tapi gantikan dengan contact lens. Selesai masalah sis! No more awan nano menyelubungi kacamata yang merimaskan. Untuk yang senasib dengan sis, I feel you! huhu


Cuma sis taktahulah if naik kerja nanti after cuti bersalin, nak pakai lens hari-hari ke? Yela mata pun perlukan rehat kan? Tak kisah lah janji mengurangkan peluang virus Covid 19 menjangkiti sis. Yela dahlah sis ada 2 orang anak kecil. Kena sentiasa take precautions.

So kengkawan yang lain please jangan lupa pakai mask ok. Walaupun kelihatan kes jangkitan Covid19 semakin menurun, belum tentu persekitaran kita bebas dari virus tersebut. Sekarang dah banyak jual kat pasaran dah. So tak susah nak cari face mask lagi.

Stay safe. Stay at home. Sis keluar ni kebetulan ada urusan sikit di office dan ada keperluan nak beli barang di kedai. If not memang terperap saja di rumah dengan anak-anak. So daddy dorang kasi chance jap mommy amik angin luar. Lega betul rasanya. Moga cepatlah hilang virus Covid19 agar kita boleh menikmati semula kesegaran udara ciptaan Allah di muka bumi ni tanpa face mask. 


Misya : Muka tak mandi pun orang tak tahu if pakai face mask.

9 comments:

  1. lau pakai mask berjam2 terus berpeluh2 huhu

    ReplyDelete
  2. yes! masalah global penguna cermin mata 😜😜

    ReplyDelete
  3. Kan rasa tak selesa lama-lama pakai face mask. Lagi time beli barang dapur rasa nak cepat balik je. Aaminn2 moga cepat hilang covid-19 ni.. Stay safe sis

    ReplyDelete
  4. Lagi satu, jimat makeup. Hahaha.

    Tapi kita makeup jugak sikit. Nipis je. Hee. Lepas ni memang nilahnormal kehidupan kita... face mask ke mana sahaja kita pergi. Saya kalau pakai rasa sukar nak bernafas. Jadi, rasa nak cepat-cepat balik je.

    ReplyDelete
  5. kami pakai spek. memang rimas. nasib baik kat office kami tak makan sebab jauh dari opismate. pakai time nak kemana2 je..

    ReplyDelete
  6. yeaaaahhh sy pham perasaan tu sbb sy pon pakai spek!
    haha..
    mmg rimas tp nak xnak terpksa pakai..
    sbb sy xsuka pkai contact lens.. hihi

    ReplyDelete
  7. @Cikpijaaa kan.. bgn tido terus pi kedai pun org tak kenal. hihi

    ReplyDelete
  8. Hehe ramai senasib dgn sis rupanya. bertabahlah kita semua.. ngeee

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...