Thursday, June 25, 2020

Apa nak buat dengan rambut BabyS ?

Salam. Satu lagi urusan tentang babyS selesai iaitu mencukur rambutnya dan ditimbang kemudian dinilaikan dengan harga emas semasa. Which hasil timbangan rambut babyS yang telah dicukur nilainya RM90.44 which boleh digenapkan kepada RM100.00. Agak banyak juga compare dengan kakaknya BabyE dulu nilai rambutnya dalam RM70.00. Walhal rambut dorang ni lebih kurang je bila lepas dicukur. Tapi maybe sebab mengikut nilai emas terkini, tak tahulah if nilai emas sekarang lebih mahal. But it's ok, takde masalah apa pun. Just sharing.. hehe..



Macam mana kami cukur kepala BabyS? Last time saya ada story kisah kepala BabyS berjaya dibotakkan dalam entry INI. So, dah tahu nilai rambutnya kena buat apa? Nilai wang tersebut perlulah disedekahkan kepada fakir miskin. Masa BabyE dulu, daddynya sedekahkan kepada salah seorang nenek saudara BabyE yang merupakan ibu tunggal dan tiada pekerjaan tetap. Untuk BabyS ni dah ada calon dah cuma belum berkesempatan untuk bertemu insan tersebut. Moga dipermudahkan urusan kami seterusnya. Kami pilih ahli keluarga yang susah terlebih dahulu. Sebab kadang-kadang kita sendiri terlupa yang kita ada ahli keluarga yang kurang berkemampuan tanpa kita sedari. So, dengan rezeki cahaya mata yang Allah kurniakan kat kami, kami panjangkan rezeki kepada ahli keluarga terdekat yang memerlukan pula. Dengan harapan kehidupan anak-anak kami juga sentiasa dipermudahkan. Amin..


Misya : Mommy dulu lahir takde rambut. 

11 comments:

  1. Alhmdulillah.. doakan saya dan suami dikurniakan zuriat jugak ye.. aminn

    ReplyDelete
  2. Anak saya dulu. Atok nenek dia Yang urus. Saya tak tahu apa2.hahahaha

    ReplyDelete
  3. But thanks for the info 😘

    ReplyDelete
  4. @Han Hanni Amin.. Moga dipermudahkan urusan mendapatkan cahaya mata sis Hanni dan suami.

    ReplyDelete
  5. @Ms Zyra hehe terpaksa sbb zaman skrg atok nenek pun moden tak tahu apa sgt. semua kena belajar sendiri. huhu

    ReplyDelete
  6. Lepas timbang dan sedekahkan nilainya..sy tanam sj rambut bby aritu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya lupa part tanam tu. Aah mmg kena tanam lepas tu. Hehe terima kasih cikgu.

      Delete
  7. Replies
    1. Hehe nampak lebat sebab dah kumpul gitu. Sebelum cukur nipis je rambut dia.

      Delete
  8. Alhamdulillah selesai semuanya :)
    doakan saya juga dikurniakan cahaya mata :)

    jemput singgah dan join segmen saya :)
    http://www.duniashida.com/2020/06/segmen-bloglist-2020-blog-shida.html

    terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. moga ada rezeki shida dan suami juga. :)

      Delete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...