Thursday, June 18, 2020

Kenapa penting 7 langkah mencuci tangan?

Salam. Nowadays amalan mencuci tangan menjadi norma yang sangat penting walaupun sebenarnya dari 'azali' lagi amalan ni perlu diamalkan sentiasa. Even saya sendiri sebagai food technologist yang memang involved dalam bidang food hygiene dah banyak kali terangkan kepada orang ramai especially kepada pengendali makanan yang menjual makanan kepada pembeli. Awat penting sangat cuci tangan ni? Memang penting sebab tanganlah medium paling utama penyebaran segala bakteria dan virus boleh berlaku. Walaupun terdapat keperluan sanitasi tangan menggunakan sanitizer but still cuci tangan dengan sabun dan air yang bersih is the best way to remove all dirts and microorganisme on your hands.


Ok cuci tangan memang cuci tangan tapi kalau setakat cuci gitu-gitu je, no point ok. Kuman dan virus tak hilang pun malah siap boleh membiak lagi dengan jayanya. So that's why KKM mengeluarkan garispanduan 7 langkah mencuci tangan yang betul. Ada yang tanya, why 7 steps? Ada sebabnya. 

Step 1 :  Basuh dengan sabun dan air secukupnya. Kenapa sabun dan air penting? Sebab nak wujudkan efek saponifikasi. Siapa pernah belajar sains kat sekolah dulu, saponification ni merupakan tindakbalas sabun terhadap kotoran (lemak dan minyak) termasuk microorganisme. Which dalam bahasa mudahnya, 'ekor' molekul sabun (surfectant) nanti akan melekat pada kotoran dan menarik keluar kotoran tersebut apabila dibilas nanti. So tanpa sabun dan air, tindakbalas ni tak berlaku maka sia-sia jelah proses cuci tangan tu. Yang keluar buih-buih tula kira saponification sedang berlaku. Boleh refer SINI untuk penerangan lebih jelas.


Step 2 - 5 : Gosok tapak tangan, celah jari, belakang tangan dan gosok tangan menggunakan kuku. Why? Sebab tangan kita ni tak rata. Cer tengok tapak tangan kan penuh garis-garis dan lipatan-lipatan kan? Kat situlah paling banyak kotoran dan bakteria terkumpul. That's why ada step memerlukan penggunaan kuku untuk mengikis dan menarik celah-celah garis dan lipatan tersebut. Malah celah-celah kuku tu pun akan turut terkeluar sekali kotorannya. Haaa jangan lupa pula kuku pun mestilah dipotong pendek! 


Step 6 : Pentingnya menggunakan air yang bersih sebab kalau tak sia-sia jela Step 1-5 yang anda lakukan tadi if last-last bilas dengan air kotor. Air bersih ni maknanya air terawat dan mengalir. Bukannya air yang bertakung dan digunakan beberapa kali.

Step 7 : Mestilah kena keringkan tangan sebab tangan yang kering dapat mencegah pertumbuhan kuman dan bakteria. Cuma saya suggest cara yang terbaik gunakan tisu atau alat pengering tangan automatik berbanding gunakan kain. Sebab kain biasanya orang guna banyak kali. So no point cuci tangan bersih-bersih, last-last kotor balik lepas lap. 

OK dapat tak tips ni? One more thing, untuk makesure lengkap 7 steps ni, cer nyanyi lagu Happy Birthday which kalau ikutkan memakan masa lebih kurang 20 saat. Tak lama sangat kan? Lagi lama lagi bagus sebenarnya. Janji tangan kita bebas dari kuman dan kotoran. So, bolehlah amalkan lepas ni.


Misya : Kerana tangan diri binasa.

1 comment:

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...