Salam. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih dilaksanakan until 9th June 2020, maka saya tak dapat pulang ke rumah my parents untuk beraya. Tahun ni should be giliran beraya with my parents di Seremban. Tapi apakan daya, larangan merentas negeri memisahkan kami di Hari Raya kali ni. Solutionnya, kami video call sahaja di pagi raya. Not only us, but kami bervideo call juga dengan adik perempuan saya yang kini berada di Australia with her family. Even kalau boleh balik Malaysia pun, saya sendiri tak izinkan sebab high risk, kena kuarantin dan sebagainya which better tak perlu balik dulu. Takpe, yang penting our family sihat dan selamat dari bahaya Covid19.
Alhamdulillah walaupun tak dapat bersama secara fizikal, video call kami beraya tetap meriah. Jauh di sudut hati saya, sedih juga tak dapat beraya plus my parents belum jumpa lagi cucu terbaru dorang, Dhiya Soffea. Bilalah PKP ni akan berakhir ya. Geram bila tengok ada orang beraya ke sana ke sini tanpa peduli SOP, menipu balik kampung, dan sebagainya sedangkan kami dan ramai lagi yang patuh PKP memendam perasaan tak dapat beraya dengan family tercinta. They are so selfish! Even jiran saya ajak datang beraya rumah dorang pun saya terpaksa tolak dengan baik. Just bertukar juadah raya je. Bukan tak sudi or sombong tapi sebab saya ada baby kecil, high risk nak bawak dia gi beraya dan jumpa bermacam jenis orang.
Walau jauh tetap dekat di hati. Kebetulan tema baju raya kami hampir sama walhal takde janji pun. Plan asal tema kami tahun ni merah saga tapi sebab PKP, terpaksa tunda hajat tu. Hopefully next year dapatlah kami beraya bersama.
Walaupun video call, moga kenangan beraya melalui video call ni menjadi kenangan terindah buat kami semua.
Ini barulah rare! Hangpa yang sibuk sangat nak balik kampung tu sampai sanggup menipu pihak berkuasa, beringatlah pada orang-orang like us. Paling tidak pun, frontliners kita yang terpaksa bertugas sebab nak pastikan keselamatan dan kesihatan kita semua terjaga. Rugilah tak merasa beraya melalui video call camni. In future boleh tunjuk pada anak cucu cicit pula. Balik jumpa parents kena selalu, bukan time raya je baru nak balik, ye dop?
Luckily my lil'brother ada with my parents. Bolehlah tengok-tengokkan dorang. Takdelah sunyi sangat raya dorang kan..
Siap dapat duit raya lagi dari adik saya. Moga murah lagi rezeki adik saya. Hopefully dapatlah kami beraya bersama next year. Rindu ngan my parents dah lama tak jumpa dorang. Last jumpa hujung bulan Februari. Then PKP dilaksanakan until now tak dapat lagi balik jumpa my parents. Biasa memang every month saya balik jenguk my parents. Huu sedey tau! Selamat Hari Raya buat ayahbonda ku tercinta. Maaf zahir dan batin. InsyaAllah jika diizinkan Tuhan, kita dapat berjumpa tak lama lagi. Miss all of you....
Misya : Jangan kerana kedegilan segelintir orang, PKP disambung lagi.
Selamat hari raya maaf zahir batin..
ReplyDeletePengalaman raya yang takkan dilupakan. VC semua adik beradik, mak ayah kat kampung!
SALAM AIDILFITRI dari aida utk misya sekeluarga.
ReplyDeleteaida pun sepatutnya beraya di seremban dulu thn ni, rumah mak mertua.
apakan daya, PKP, raya kat rumah sendiri ajer.
kalau 9 jun last pkpb, selepas tu berdesup lah aida naik seremban & kl jumpa mertua dan emak abah.
rinduuuuuuuu!!!