Salam. Musim raya ni antara menu wajib ada di atas meja adalah lontong which nasi impit dimakan dengan kuah lodeh. Kalau ikutkan ni tradisi orang Johor (mak saya asal Johor) tapi saya lihat kebanyakan negeri pun menghidangkan lontong sebagai juadah hari raya. Even tak hari raya pun, still boleh menikmati lontong sewaktu sarapan pagi. Saya sendiri pun masak kuah lodeh untuk pagi Syawal baru-baru ni. Gabungan resipi ibu saya dan inspirasi page Limau Nipis, makanya terhasillah kuah lontong/lodeh versi Misya. Hehe.. Jom tengok camne cara nak membuatnya.
Bahan-Bahan
- Udang kering / Ikan Bilis (Amaun terpulang nak kuah pekat mana)
- Bawang merah
- Kunyit hidup
- Kacang panjang
- Lobak merah
- 1 peket soo hoon & fucuk (direndam bagi lembut terlebih dahulu)
- Santan segar / santan kotak
- Tempe (digoreng)
- Tauhu (digoreng)
- Serai (Diketuk)
- Garam
- Air secukupnya
Kaedah Memasak
1. Kisar terlebih dahulu udang kering/ikan bilis (boleh guna mana-mana yang disukai), bawang merah dan kunyit hidup bersama sedikit air sehingga halus.
2. Masukkan bahan kisar, santan dan serai ke dalam periuk. Jangan lupa on kan api dapur. hehe.. Kacau sehingga mendidih. Makesure kacau selalu untuk kurangkan risiko pecah minyak, nanti tak cantik tekstur kuahnya.
3. Masukkan kacang panjang, lobak merah, soo hon dan fucuk. Letakkan sedikit garam secukup rasa. Kacau sehingga rata.
4. Then masukkan pula tempe dan tauhu. Kacau sehingga mendidih.
Padamkan api, siap dimakan dengan nasi impit, telur rebus, sambal ikan bilis/rendang atau kuah kacang.
Ada sesetengah orang letak udang, sayur kobis dan sengkuang. Tapi saya tak gunakannya dalam resipi saya ni. Nak letak, boleh sahaja. Cuma nak bagi simple dan boleh dimasak pada bila-bila masa, so saya share resipi ni. Anak saya pun suka makan. Selamat mencuba!
Untuk full recipe by Limau Nipis boleh klik SINI.
Misya : Lontong dan lotong adalah berbeza.
Dulu kami tak tahu kewujudan juadah ni. Kami orang pantai timur, family tak pernah try juadah ni. Bila dapat kak ipar dari selangor. Dia masak ni, kami tak tahu cara makan. Kami makan dengan nasi jadikan macam makan sayur lemak. Hahaha.. Rupanya makan dengan nasi impit dan sambal..
ReplyDeleteSedapnya lontong
ReplyDeleteSedapnya.
ReplyDelete