Salam. Sejak PKP ni, pelbagai task saya kena buat. Selain try pelbagai jenis resipi, saya juga try jadi seorang barber a.k.a tukang gunting rambut. hehe.. Customer saya is one and only my husband. Haha. Hari tu saja bosan-bosan belilah set gunting rambut from Shopee. Murah je tak sampai RM10.00 pun. Then, husband kata dia dah terlampau rimas dengan rambutnya semakin panjang sampai jadi stress, so dia minta tolong sis guntingkan rambutnya. Mula-mula takut juga if salah gunting jadi makin buruk pula muka laki sis. hehe. Tapi sis cuba juga kot ada bakat terpendam jadi barber.
Set gunting rambut ni ada 3 pieces. Untuk gunting, trim dan sikat. Walaupun murah, sis rasa oklah berkualiti. Guntingnya sangat tajam memudahkan kerja pengguntingan rambut dijalankan.
Gunting punya gunting, trim punya trim, banyak juga hasilnya. Sis nervous sebenarnya tapi husband kata ok sangat ni dapat potong banyak gini. Kepala pun rasa ringan. Legalah sikit hati ni kan..
Wajah sebelum rambut digunting
Wajah selepas rambut digunting
Ahha bila husband puas hati sambil tersenyum lebar, sis pun happy! Nasib baiklah rambut laki sis ni tak complicated sangat. Just kasi trim je bahagian tepi dan belakang. Cuma takdelah kemas sangat macam kat kedai. Janji kepala dah tak serabut after almost 3 months rambut tak bergunting.
Misya : Sis suka bela rambut panjang.
Wak pun pn is3 yang jadi barber sepankang PKP ni
ReplyDeleteAda bakat jadi barber nampaknya.
ReplyDeletekami memang ada mesin trim rambut tu, misya.
ReplyDeletedari kecik, asben trim kan rambut Izzat. sejenis yg meraung bila gi kedai gunting rambut, kan.
so ari tu, rambut asben, anak sulung aida yg trim kan.
botak head :) ha ha ha ha ha...
now da panjang balik dah hu hu hu hu...