Salam semua. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedang dilaksanakan di kawasan red zone termasuk Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor. Walaupun ramai bergumbira dengan PKPB sebab dapat bekerja dari rumah tapi ramai juga yang terkesan dek PKPB especially para peniaga yang bergantung kepada pendapatan setiap hari. Tak kurang juga mereka yang mungkin stress, kemurungan, atau mengalami tekanan-tekanan lain yang boleh memudaratkan diri mahupun orang sekeliling. For those yang mengalami atau yang tahu anyone yang ada masalah sebegini, boleh hubungi Talian Sokongan Psikososial Covid-19 di bawah.
Talian ni beroperasi setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Jangan segan-silu salurkan masalah anda kepada talian ini. Jangan pendam-pendam. InsyaAllah tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. At least bebanan emosi dan mental yang anda alami bila dikongsikan sedikit sebanyak boleh membantu anda lebih lega dan tenang. #kitajagakita ok!
Misya : Risau kes jenayah seksual domestik meningkat.
orang ckp ala pkp je pun kenapa nak depress... but org cuma tau menilai jer kan... talian ni mmg 100% bagos
ReplyDelete