Salam semua. Beberapa hari lepas saya share Resipi Macaroni & Cheese. Kali ni tema macaroni juga tapi versi goreng yang simple dan sedap. If teringin nak makan dan cukup bahan-bahannya, boleh cuba. Yelah sometimes bosan juga asyik-asyik bab goreng ni, tak nasi, bihun, mee, kuetiow. Why not cuba goreng macaroni pula. Jom tengok sis share resipi yang sis modified sendiri. hehe..
Bahan-Bahan
Macaroni
Bawang Benggala (Hiris)
Bawang Putih (Ketuk)
Cili Kisar/Cili Giling
Perencah Bihun Goreng Adabi
Mix Vegetables (Carrot, Kacang Peas & Jagung)
Daging/Ayam Kisar Ramlee
Garam
Kaedah Memasak
1. First of all, rebuslah macaroni dulu. hehe. Kali ni tak perlu gaul macaroni dengan olive oil untuk tak bagi melekat. Sebab bila goreng nanti dah ada minyak memang automatik macaroni tak melekat.
2. Tumis bawang putih dan bawang benggala sehingga terbit aroma. Kemudian, masukkan 2 sudu cili kisar/giling (nak pedas lagi, tambah lagi) dan sepeket perencah bihun goreng jenama Adabi. Bolehlah nak letak sedikit air jika mahu. After cili dan rencah dah pecah minyak, bolehlah masukkan daging atau ayam kisar Ramlee.
3. Gaul semua bahan dan masukkan pula mix vegetables. Gaul semua bahan sehingga rata dan mendidih. Taburkan sedikit garam secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan macaroni yang telah direbus tadi.
5. Gaul sehingga semua bahan rata. Agak-agak dah mendidih, maka bolehlah padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
Tak cukup terliur silalah view video di bawah. hehe
Misya : Menu PKPB.
lama tak menggoreng macaroni / spageti kat rumah, Misya.
ReplyDeletesebab Ijat x makan hu hu hu hu... nak kena masak utk dia lauk lain.
kami yg lain sgt suka kalau macaroni goreng gini. best!
buat time sarapan or minum ptg, seronok makan ekk :)
Huhu alahai.. Anak saya suka makan ni sampai bertambah-tambah. Betul, anytime pun boleh goreng ni.
Deletemenarik ni misya...
ReplyDeletenieyl pun dah lama juga x masak pasta ni...
Hehe memang menarik sis. Sila2...
Deletecantik je kejadiannya, rasanya mesti sedap ni misya kan :)
ReplyDeleteAlhamdulillah memang sedap! hehe bukan puji diri sendiri. Husband saya yang cakap sedap so means memang sedap. Wakaka..
Deleteyummy sedap tu
ReplyDeleteHehe memang sedap. Try la Raz..
DeleteSedapnya ni misya!
ReplyDeleteternampak malam2 hahahha jadi lapar pula
ReplyDeleteyummy!!! suka pasta jenis color dari yg creamy tu
ReplyDeletesedap!! lama tak masak ni
ReplyDeleteAssalamualaikum, terima kasih kongsi resepi, boleh tambah ilmu, buat macaroni pula lepasni
ReplyDeletewow mmg mudah ni boleh lah mama cuba
ReplyDelete