Salam. Macam-macam kes viral sekarang ni ya. Tapi yang paling wat saya terpanggil nak ulas adalah kes Ustazah dipaksa merangkak oleh ibu seorang murid di sekolah tersebut. Mula-mula saya tak nak tengok video Ustazah merangkak tu tapi entah perasaan simpati menerpa terus tengok juga. OMG kesiannya la hai Ustazah tersebut.. Sampainya hati wat gitu pada seorang guru yang mengajar, menurunkan ilmu kepada anak sendiri. Sampai netizen naik hantu mengamuk nak cari ibu murid tersebut even peguam pun terpanggil untuk membela nasib Ustazah yang dimalukan tersebut. Balik rumah buka TV saya tengok berita pun keluar kisah viral ni ok!
Berdasarkan apa yang terakam dalam video tersebut, ibu tersebut tersangatlah marah sebab anaknya telah didenda dengan cara yang sama sampai cedera lutut. Tu yang dia mai datang serang sekolah berdepan dengan Ustazah tersebut.
But at the same time, nenek saudara kepada murid tu cuba menjelaskan keadaan sebenar kenapa ibu tersebut berkelakuan sedemikian. Tapi macam biasalah, netizen kan.. Dengan nenek-neneknya sekali netizen cari sampai beliau terpaksa deactivate account fb buat sementara waktu.
Then tak lama lepas tu, nenek murid tersebut activate semula account dan up status terkini berhubung kes tersebut. Dikatakan Ustazah dan ibu murid tersebut telah berbaik. Even Ustazah tu pun memaafkan perbuatan ibu tersebut dan tak mahu ambil sebarang tindakan undang-undang. Baik sungguhlah hati Ustazah ni. But ada netizen still tak puas hati, at least ada tindakan diambil terhadap ibu tersebut sebab dah memalukan Ustazah ni 1 Malaysia. Supaya jadi pengajaran buat parents yang lain juga supaya tak wat benda sama. Kalau tak senang-senang je nanti lepas wat benda gini, minta maaf, kira selesai? Huhu..
Sumber : Facebook
Cuma ada kisah lain pula timbul. Kakak ipar ibu tersebut menerangkan kejadian sebenar yang berlaku. Kira lain tujuan rakaman video dibuat tapi tersebar story lain pula. Huhu i sudah penin wooo dengan ini kes.
Apa-apa pun sebagai manusia memang kita takkan terlepas dari membuat kesilapan. Cuma as parent which saya pun ada anak, janganlah wat benda sebegini. Apa-apa problem berkaitan sekolah anak, salurkanlah dengan cara yang sepatutnya. Tak memasal diri sendiri malu dikecam sampai terpaksa menyembunyikan diri, efek ahli keluarga yang lain, bisnes terjejas, dan tak mustahil persekolahan anak juga terganggu.
Misya : Pernah jatuh basikal lutut melecet tersagat atas jalanraya, perghhh...
Alhamdulillah dapat diselesaikan dengan cara baik
ReplyDeleteYang sebenarnya, kenapa perlu dirakam.. tu yang salah..
ReplyDeletedua-dua pun salah. Ustazah tak patut denda sampai 16 pusingan merangkak macam tu sedangkan dalam guideline guru pun dah dilarang melibatkan fizikal sampai cedera. Sebagai ibu memang la mengamuk tapi tu lah, tangan dia sama cepat dengan tangan netizen jugak sampai nak record video viralkan bagai. Kalau dia buat aduan disiplin mungkin dia tak dikecam teruk macamni. Harap dua belah pihak ambil pengajaran lah.
ReplyDelete