Wednesday, January 22, 2020

RSMY Nan Cheese @Putrajaya

Salam. Syoknya restoran Nan Cheese terbaik RSMY kini telah dibuka di Presint Diplomatik, Putrajaya!! Mula-mula dibuka, lalu situ punyalah ramai pelanggan. 2nd time, rezeki baby dalam perut nak makan nan cheese dapat masuk kedai ni and terus dapat tempat duduk walaupun pelanggan ramai dan tak putus-putus. Happy tak terkira! hehe.. Senang takyah pi sampai RSMY Bandar Baru Bangi dah nak cari RSMY Nan Cheese.

Of course main menu kat sini adalah nan cheese tarik super marvelous ni. Tak perlu order yang extra cheese sebab yang biasa punya pun dah banyak giler cheese nya. Huhu

Penggemar cheese confirm tak tahan nengok kan? hehe

Sekeping ni cukup lah untuk 2 orang makan. Memang mengenyangkan. Actually saya order garlic nan cheese tapi maybe sebab pelanggan sangat ramai, dia tersalah nan cheese biasa bagi but oklah janji dapat makan nan cheese.

Jangan lupa kalau makan nan cheese kat RSMY mesti cicah dengan Beef Keema ni. Sedap sangat bila daging diadun dengan rempah ratus, perghhh....

Usually saya order nasi briyani tapi honestly mana-mana RSMY saya gi, nasi biryani dia punya taste agak failed. So, kali ni saya try order nasi lemak ayam tandoori. Seriously sangat sedap hokay!! Tak nyesal order.. Memang rasa nasi lemak Melayu bukan versi Mamak punya nasi lemak. Ok now dah tau dah 2nd menu nak order apa if datang RSMY.

Dah sedut suku gelas baru ingat nak snap gambar. Hehe.. Asam Boi, my favourite. Almaklum dah makan cheese, nasi lemak bagai kenalah minum air berlawanan rasa, kasi masam-masam (dengan harapan potong lemak katanya) haha.. Husband saya order kopi 'o', dia kata sedap! Macam kopi kat kampung. Erm sesuatu yang unexpected. huhu.


Overall memang puas hati. Order pun sampai cepat. Terkejut juga sebab pelanggan time tu tersangat ramai. Good job RSMY Putrajaya. But kesian juga customer yang datang tak dapat seat, terpaksa cancel makan di situ. Don't worry next time boleh datang lagi. Dongibab! hehe.. Hope RSMY Putrajaya dapat kekalkan kualiti makanan dan servis ya. Moga terus sukses!


Sumber : Facebook (Saya datang waktu malam, tak dan nak ambil gambar kedai)


Misya :  Ku Nan dah datang makan ke kat sini?

4 comments:

  1. waalaikumussalam. perghhhhhh geram nau tengok. hahaha

    ReplyDelete
  2. yep kat corner tu kannns.. signboard pon x brape nk nmpk.. tp ramai sungg7h pelanggan kanns.. tuari wak singah restoran dayang sarawak corner kat sebelah dia.. hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...