Salam. Dah rasa Ayam Goreng McD Extra Spicy? Ke ada yang tak berani nak rasa? Hehehe.. Untuk penggemar makanan pedas macam saya ni, confirmlah nak rasa betul ke pedas sangat macam digembar-gemburkan sampai ada yang kena admit hospital sebab sakit perut dan cirit-birit.
Ginilah rupanya ayam McD 3x spicy tu. Lebih kurang sama je dengan yang biasa. So pedas ke tak? Yessss memang pedas! TAPI untuk yang kaki pedas macam saya dan husband, bagi kami kira acceptable lagi tahap kepedasannya. Boleh tahan juga pedasnya. Kalau tak biasa makan pedas, baik elakkanlah. Takut korang complaint macam-macam nanti. Sebab McD dah pesan, tanggung sendiri if makan ayam 3x pedas ni. huhu
TETAPI hasilnya, balik je rumah, saya dan husband terus ke toilet! hahahaha... Perut suddenly memulas. Tapi takdelah teruk sangat sampai ada yang kata cirit-birit tembus spender tu. huhu.. Sekali jela kami memerut pastu ok je seperti biasa. Maybe kami dah biasa makan pedas so takde hal lah. Saya pernah rasa benda lagi berganda pedas daripada ni which makes me surrender after that. Iaitu Maggi Pedas Giler dan seangkatan dengannya (Maggi Pedas dari Korea). So Ayam Goreng McD 3x Spicy ni masih boleh diterima lagilah oleh saya.
Misya : Berani Makan Berani Tanggung
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.