Tuesday, March 23, 2021

PROMO F.TIMBER MARCH BERAKHIR 7 HARI LAGI

Salam semua!! Allahu punya lama tinggal blog ni sampai berhabuk dah. Sis tersangat-sangatlah busy sampai tak nyempat nak update any entry. Tapi ni sis curi masa jap update sebab rasa ralat sangat if tak share.. Bulan Mac ni ada banyak promosi beg-beg F.Timber tau termasuk FREE POSTAGE! Jom scroll down..

Free postage ni seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan tau!! Selalunya kos postage ke sana RM11, but uols dapat penjimatan tanpa caj postage ni!! So sangat-sangat rugi orang sana tak shopping bulan Mac ni.

Then, March ni juga F.Timber launching new giftbox set which diberi nama Care Giftbox Set. Harga asal giftbox ni RM203 tapi promo Mac hanya RM99 sahaja!!

Apa yang ada dalam giftbox set ni? Ada 6 item dan semuanya anda boleh pilih nak warna apa. Kecuali Box & Reben tu jela takleh pilih. Hehe.. But to be honest, time ni la sesuai nak bagi hadiah kat kawan-kawan atau family yang dah lama tak jumpa. Especially sejak pandemik Covid19 ni takleh nak balik kampung / gathering. So let us deliver this giftbox set untuk yang tersayang.. :)

Nak bagi wallet sebagai gift pun boleh.. Kami ada Love Giftbox set yang bernilai RM144 tapi promo RM89 sahaja! 

Lagi? Lagi?? Haaa next ni paling best! Diskaun 30% untuk beg-beg terpilih! Bukan 1, bukan 2 tapi berpuluh-puluh beg ada diskaun!  Nanti sis update beg mana yang ada 30% diskaun ni dalam entry seterusnya.

Lagi menarik, beli mana-mana beg anda automatik layak untuk Purchase With Purchase (PWP) wallet pilihan anda dengan hanya add-on RM39 sahaja! Harga asal wallet bernilai RM69. So jimat RM30 dah! Sangat-sangat berbaloi... Boleh mix and match nak warna bag & wallet kegemaran. 

FREEGIFT ada ke? Of course ada! Hehe.. Untuk pembelian RM80 ke atas akan mendapat free cardholder manakala RM120 ke atas akan mendapat free Exclusive Origami Tray. Both freegift boleh pilih warna tau selagi stock masih ada.

And terakhir sekali, for those yang shopping bulan ni dengan sis, sis akan bagi hadiah Lucky Draw untuk customer bertuah iaitu sebuah beg Celest Green macam dalam gambar bawah ni.. 

Best kan? So, nak tahu lebih details jemput join telegram group t.me/bagsandwalletbymisya atau follow IG @bagsandwalletbymisya 

Ada 7 hari lagi sebelum Mac 2021 berakhir. Cepat-cepat grab okeys.. Ok, happy shopping!! 😊

Misya : Shopping Pra-Ramadhan

Thursday, January 21, 2021

Pemenang Wallet Giveaway by Misya 2021

Salam semua. Hari yang dinanti-nantikan telah tiba bagi peserta Wallet Giveaway by Misya 2021!!! Sis pun sangat excited plus agak nervous nak umumkan siapakah pemenang bertuah wallet F.Timber dan Nichi yang sis nak hadiahkan. ;) Jom tengok senarai peserta dan points masing-masing. Points dikira berdasarkan setiap orang berbeza yang di tag di IG / Blog / add di Telegram. Peserta yang mempunyai points tertinggi adalah pemenang GA ini! Setelah pengiraan points dibuat, berikut adalah senarainya : 


1. Abam Kie (Telegram) : 40 points

2.  Lycialaurentia (IG + Telegram) : 35 points

3.  Dyastarz (IG) : 113 points

4. Mummy Ayu (Blog + IG) : 30 points

5.  Najah Salwa (IG) : 10 points

6.  Citybakes.my (IG) : 9 points

7. Nora Razalli (Blog) : 8 points

8.Ah_Jaynee (IG) : 5 points

9.  Marywong570 (IG): 8 points

10. Ejulz (Blog) : 34 points

11. Suria Amanda (Blog) : 12 points

12. zackrynazaleekha (IG) : 41

13. cheryy_1212 (IG) : 8 points

14. _.ptriblq506 (IG) : 3 points

15. wendywei_ (IG) : 9 points

16. itsweiqin_ (IG) : 3 points

17. tyrazman (IG) : 22 points

18. lainee_ng (IG) : 6 points

19. erikaxandra (IG) : 12 points

20. nursyazila_aqilah (IG) : 9 points

21. ismecy___ (IG) : 10 points

22. jermaine.com.my (IG) : 10 points 


So, daripada list di atas dah tahu siapakah pemenangnya?? ;) Disebabkan ada 3 wallet maka sis pilih 3 pemenang berdasarkan point s tertinggi. Jeng jeng jeng...


Dengan bangganya sis ucapkan tahniah kepada peserta-perserta berikut :


Yeayyy congratulations!!

Untuk pemenang tempat pertama disebabkan beliau mempunyai points sangat tinggi (melebihi 100 points) so sis beri peluang untuk beliau pilih nak wallet yang mana satu daripada ketiga-tiga wallet yang sis nak hadiahkan. Best tak? Best kan... Pemenang kedua dan ketiga, wallet akan diberikan secara random ya. :) 

Dan berita baik untuk peserta yang mengumpul 30 points ke atas, sis baik hati nak hadiahkan Voucher sebanyak RM10 setiap seorang. Sebab effort mereka sudi luangkan masa dan tenaga join my GA. Boleh tebus untuk beli mana-mana bags atau wallet dari sis. Nak beli untuk diri sendiri or nak bagi hadiah kat sesiapa pun boleh. Baik kan sis? hehe.. Dah dapat voucher bolehlah visit IG @ftseller_bymisya atau join my Telegram group untuk melihat katalog. Siapakah mereka? 

Here are they...


Tahniah!!! 

Buat para pemenang mohon berikan details nama, alamat dan nombor telefon ke IG @ftseller_bymisya untuk tuntut hadiah anda ya. Bagi pemenang voucher, mohon dm sis di IG juga untuk sis berikan details voucher. Buat yang tak menang jangan sedih-sedih tau. Belum ada rezeki tu. hehe.. Jangan serik-serik tau join my next GA. Mana tahu ada rezeki pula di lain GA. :) Thank you so much because sudi support this GA. Moga kita murah rezeki lagi selepas ini. Take care and stay safe!


Misya : Seronok bagi orang hadiah.

Tuesday, January 19, 2021

GIVEAWAY MINYAK HERBA ASMAK !!! (By Kak Ecah & Blog Naimy Art)

Click to join

 

Terima kasih 'Suck'

Salam. Beberapa hari lepas sis dikejutkan dengan komen berbahasa kasar dan kesat dari seseorang yang tak dikenali di salah satu entri sis tulis.

Mula-mula terkejut tapi lepas tu sis gelak jela. Fake account rupanya. 1 jari dia mengutuk sis, 4 jari lagi tuju ke diri sendiri. Maybe dia pernah kena tipu agaknya. Berhati-hatilah ya kawan-kawan. 

Tak tahu apa yang dia marah sangat agaknya. Haha.. Memang dulu sis aktif buat MLM which time tu memang tengah hot la sampai sis berjaya mencapai beberapa kejayaan termasuk percutian free ke luar negara dan sebagainya. TAPI MLM yang sis join adalah genuine ya. Bukan jenis songlap duit orang ribu-riban pastu lari. Even sampai sekarang ada downline sis yang masih kekal aktif. Dan sis tetap berkawan baik dengan downline-downline sis. Siap kami saling support pula each other punya biz sekarang. Hehe. Cuma sis stop sebab nak fokus kat family, anak-anak dan kerjaya tetap sis. 

By the way sis tetap bersyukur sebab pengalaman buat MLM tu banyak mengajar sis pelbagai perkara. Sekarang kalau orang ajak join pun dah boleh tahu MLM tu genuine ke tak. MLM tak salah tapi orang yang buat tu bila dah nampak duit banyak-banyak mulalah gelap mata lupakan orang-orang bawah. Jenis ni memang tak berkatlah hidup dorang. Ada tu pula yang join sebab nak kaya cepat, taknak usaha. Bila tak berjaya, putus asa then salahkan orang lain. 

Terima kasihlah buat Encik/Puan/Cik 'Suck' yang komen ni. Menamakan diri sendiri sebagai 'Suck' tu pun dah cukup menggambarkan peribadi beliau. Rasanya semua benda dia tak puas hati dia akan luah cara baling batu sembunyi tangan camni. But its okey. Sis doakan beliau insaf dan banyakkan berlapang dada.. Sis tak tau apa yang beliau telah lalui so sis taknak judge apa-apa. Maybe dia geram sangat sampai terkomen kat sini. Hehe. Thanks sudi singgah blog sis walaupun meninggalkan jejak kurang enak di sini. :)


Misya : Layan MLM - Maharaja Lawak Mega. 

Friday, January 15, 2021

Giveaway by ejulz & anakdenesor

 

Klik untuk join

My First Giveaway by Blog Sal

 

Klik untuk join

MCO 2.0 GIVEAWAY

Klik untuk join

 

Review Blog : Kisah Aienienka

Salam. Yeayy sudah sampai ke blog ke-10 terpantas (Segmen INI) untuk saya review iaitu Kisah Aienienka, Jar of Memories


Masuk-masuk je this blog, seperti namanya juga Jar of Memories, sis pun automatik teringat kenangan-kenangan manis yang pernah sis alami. Serius! hehe.. Sebab gaya, susun atur dan penulisannya memang kena dengan tajuk blog ni. Penggunaan warnanya pun tersangatlah sweet.. Sejuk mata memandang gitu. Bila dah bergelar ibu ni, memang suka nengok benda sweet-sweet ni. Terus teringat kat anak-anak dan husband. hehe.



Nama Aienienka tu pun ada kisah tersendiri. Uols patut visit her blog okeys. Antara blogger yang rajin juga blogwalking dan join any segment. Kipidap Ibu Nami dan Nimi! hehe..


Misya :Suka nama Marvelous Misya sebab peminat filem Marvel.

Review Blog || Blog Cik TK

Salam semua. Blog kedua terakhir but still 10 terpantas yang join segmen sis sebelum ini, adalah Blok Cik TK. Why namanya Cik TK? Ahha dats why uols kena pi visit her blog. Sis pun tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan huruf TK tu. Belek punya belek akhirnya sis jumpa. Hehe memang unik asal kejadian nama TK tu. 


If nak tahu apa maksud TK tu silalah klik gambar di atas then klik 'About Me'. Sangat menarik plus uols dapat mengenali lebih dekat lagi personaliti penulis blog ni. Dari segi susun atur blog, sis suka sebab kemas tak serabut. Warna purple which antara warna favourite sis. hehe. Ada pelbagai story yang Cik TK share in her blog. If anda peminat J-Pop, anime dan lain-lain berkaitan Jepun, sesuai follow her blog. Mana tahu 1 day dapat pi Jepun. Sebab sis pun teringin nak gi Jepun!!! hahaha.. Tapi apakan daya, musim Covid-19 terpaksa simpan dulu impian tersebut. So jemput singgah Blog Cik TK ni ya! :)


Misya : Walaupun dah bergelar puan, but still ada rakan blogger panggil sis Cik Misya. hehe..

Friday, January 8, 2021

Senarai Peserta Wallet Giveaway by Misya 2021

Salam semua. Dah join Giveaway saya yang tengah berlangsung sekarang? Still berlangsung tau sehingga 15 Januari 2021. If belum join boleh klik banner kat bawah ni untuk lihat kaedah penyertaan. Mana tahu ada rezeki uols dapat wallet baru di tahun baru ni. :)


So, sis nak update senarai peserta dan poin terkini yang terkumpul oleh setiap peserta. Macam mana nak kumpulkan poin? Senang je! Cecepat klik banner di atas. Berikut senarai peserta mengikut ranking point masing-masing. 


1. Abam Kie (Telegram) : 40 points

2.  Ejulz (Blog) : 34 points

3.  Lycialaurentia (IG + Telegram) : 32 points

4. Dyastarz (IG) : 14 points

5. Mummy Ayu (Blog) : 12 points 

6. Suria Amanda (Blog) : 12 points

7. Najah Salwa (IG) : 10 points

8. Citybakes.my (IG) : 9 points

9.  Nora Razalli (Blog) : 8 points

10. Ah_Jaynee (IG) : 5 points  

11. Marywong570 (IG): 4 points

Next?


Nampaknya blogger Abam Kie mendahului kesemua peserta. Masih ada masa untuk para peserta mengejar points! hehe.. Good luck kepada semua peserta.. Berapa wallet sebenarnya sis nak bagi free ni? 1 or 2 or kesemuanya? Jeng-Jeng jeng.. Tunggu.... ;)



Misya : Kurang 'lucky' in any contest.

Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...